Pages

Thursday, 14 June 2012

tomato sauce

tomato sos ni memang kene datang mood baru rajin nak buat..tapi bila dah buat memang menyenangkan kerja. tomato sos orang pemalas senang jer, tak de buang-buang kulit. just buang bili, blend. masa blend tu letak jugak sikit bawang putih dan bawang holland. nak kasi wangi. pastu masak la atas dapur. masa masak, kadang-kadang letak minyak macam kita buat sambal campur sekali. kadang-kadang masak kosong macam tu jer. masak sampai tomato bertukar kaler kelap sikit. tunggu sejuk, letak dalam bekas kecik-kecik sekali guna. sumbat dalam deep freezer. dah!

bila dah siap boleh la masak macam-macam dengan sesenang abc.

bihun goreng.

campak bawang putih sikit, isi ayam sikit, homemade sos tomato sikit, kacau sebati, masukkan mix veggies, masukkan bihun dah direbus lembut. sonang!

bolognese dengan meat ball cap ibu dan anak

resepi bolognese dah banyak sangat dah. boleh cek kat sini

cuma kali ni daging letak asing sebab buat meat ball. lepas masak meat ball dengan minyak yang sedikit sampai masak, dengan menggunakan minyak yang sama, sebab nak rasa daging kat minyak tu, tumis bawang putih ngan holland, masukkan tomato sos, puree labu, dan italian mix herb. sudah siap~

meat ball pulak lagi lah senang

daging dicincang campur sedikit lada sulah..kepal2 bentuk bulat. goreng ngan minyak yang sedikit..balik-balikkan biar dia masak sekata.

ni omelete pasta. sos bolognese tadi, campur telur, campur pasta masak atas non stick pan.

ni pulak breakfast pagi tadi. sandwich salmon bolognese

grill salmon ngan unsalted butter sikit. sampai masak pastu carik-carikkan, campak bolognese sos.

camane nak buat bentuk love tu? gigih la sikit. tapi maryam kalau makan sandwich sure dia nak makan roti jer nanti isi tinggal. so kene make sure dia suap sesuap sandwich tu.

langkah-langkahnya:

1) sekeping roti tu dibelah dua guna pisau roti. buat dengan lemah lembut supaya roti tak carik. hihi.

2) so sekarang dapatkan kepingan roti yang sangat nipis. letak inti salmon tu kat atas roti. make sure satu tempat yang muat2 acuan kita jer. pastu kapit dengan lagi satu keping roti.

3) dengan menggunakan acuan biskut. tekap lah. make sure inti tadi tengah2 lah.

dengan sendiri nya tepi-tepi roti tu ter-klim so inti salmon tu tak keluar la

sedia untuk dihidangkan!








 haha..jatuh saham kalau tengok aksi budak ni makan. =P

 dah habis!

penuh mulut 2 keping sekali suap kalau tak tengok -__-"

habis 4 ketul tu kira banyak lah bagi maryam..hehe

maryam pakai baju baru walid belikan sebelum walid outsteseng haritu. walid xsempat tengok maryam pakai pon kan. muat-muat lah walid! tq walid. baju ummi? eh eh eh

4 comments:

AIN NAZRI said...

sedapnya sandwich maryam ni.. suka tgk budak ni makan berselera sungguh.. yummmyyyy

Wanieys said...

sandwich mariam bentuk love lagi tu ptt mkn smpai habis hihihihi

zailamohamad said...

hisy salah masuk r..dohlah poso harini..dok pasal tele ailio..harap2 janganlah terbatal poso kak ila..hahaha

♥MAMASYAZA♥ said...

sronok bila tgk maryam makan dgn penuh selera