Pages

Wednesday, 20 June 2012

setahun 6 bulan

kak maryam

kak maryam tengah breakfast makan cucur labu.

dah big girl sangat nampak kan? huhu. hari tu dok ngan husband sambil tengok gambar-gambar lama maryam rasa macam maryam membesar sekelip mata jer. bila entah dia membesar. 

lunch guna lebihan puree labupagi tadi, buat super mac and cheese. resepi dah ade kat SINI

super mac and cheese

seulas bawang putih (cincang)
sedikit  bawang besar holland (dadu)
2-3 sudu besar puree labu 
brokoli
1 sudu tepung attar
isi ayam sikit
olive oil untuk menumis
1/2 cawanair-(kalau baby dah 1 tahun keatas boleh ganti fresh milk, lebih creamier..nyummm). tapi mak malas guna air jer tadi
cheese diparut

cara

tumis bawang dengan olive oil sehingga lembut, masukkan isi ayam sehingga separuh masak, masukkan tepung atta. kacau sekejap, masukkan sedikit-demi sedikit air/susu sambil kacau.
kacau sehingga sebati dan make sure tak ketul-ketul.
masukkan cheese, tunggu semua cair, masukkan puree labu dan brokoli floret
masukkan macaroni direbus lembut, sedia untuk dihidangkan.
done!










maryam dah mula bercakap banyak dah..tak de lah senya macam dulu-dulu. tapi masih lagi bahasa german la. yang dah clear dia sebut

dap=sedap
nak= nak
jom= jom
abah= walid (kadang-kadang ummi pon abah)
ma= ummi
bek = bird
dowa = don't want

tu je kut..hihi..

drama kuat la..penuh ngan mimik muka, muka kagum sambil cakap "uuu waaa" . terkejut baut jaw drop sambil cakap , " oooo?" sometimes nak marah pong xjadi ngan budak ni.

suka cakap bahasa german. suka merayu kalau benda dia nak. mendayu-dayu sekali. selagi tak dapat selagi tu lah dok merayu. cara terakhir dia menangis. dan yes. sangat suka menagis. aka manja kededek dek

pandai urut2 perut ummi kalau cakap ade baby dalam ni..dia gosok-gosok. hehe.

hanya akan datang kiss kalau datang mood manja dia sekrang. susah sangat nak suruh kiss.

dah pandai menerima arahan, dan kenal benda-benda penting. sangat penting dikala ummi malas bergerak, nak suruh dia ambikkan phone or remote control.ekekek. dah berguna dah budak ni =P

kalau mengira start ngan number 2. dan two jer keluar. lepas two, two lagi..haha

sangat suka membebel sekarang ni. iyakan saja apa dia cakap. sebab semua benda pon tak faham.

kalau ngantuk dan kenyang, dah pandai tido sendiri dah sekarang. g baring sorang-sorang, tengok-tengok dah tido. kata kakak kan. dah tak payah cari nenen. tapi kadang-kadang je lah. biasanya dia akan cari jugak.

2-3 hari ni sangat jarang bangin menyusu malam. dah besar jugak dah T_T sebelum ni bangun 2 jam sekali tak berubah-ubah since dia baby. sekrang dah besar kut.

dan banyakkk lagi. bercerita pasal anak tak pernah habis kan. =)

walau cepat or lambat pon maryam belajar sesuatu benda, ummi bangga dengan pencapaian maryam. we love u so much sayang!

9 comments:

Irfa said...

comelnya maryam ;)

♥ Elin ♥ said...

kakak maryam yg comel...

die skg bf atau dah beralih susu botol(susu tepung)?

mrs.spicy said...

irfa, thanks

elin, fully bf lagi=)

Anonymous said...

suka blog nie sbb bnyk bg idea nak masak makanan utk baby dan suka tngk maryam yang comelll sesangat tu.

Anonymous said...

suka blog nie sbb bnyk bg idea nak masak makanan utk baby dan suka tngk maryam yang comelll sesangat tu.

Cik Pea said...

Maryam comellah...
Dah nak jadi kakak, so lebih matured la kan, lebih berdikari a.k.a berdiri atas kaki sendiri.hehehe
Ni kalau letak Maryam dengan Awish dok sesama, memang keluar bahsa german, jepun, korea, india semua ada.
Anak saya muda 2 bulan je dari Maryam. Yang dia pandai cakap:
Ba ba, Kakak.. Ibu still tak boleh lagi.. erm, bodeklah baba tu byk2. :)

NenetPenne (NP) said...

tulah rasa baru je hari tu tengok dia masih baby kan... alih2 mmm dah membesar budak maryam ni

tengok pembesaran dia walaupun secara maya dah cukup buat hati rasa terharu...

thanks for sharing about maryam with us....

mama mia said...

suke tgk maryam... teringinnn nk jmpa maryam.. nk tgk mia & maryam main masak2 smbil borak bahasa german... :)

Ellie Best said...

salam,

boleh tanya..untuk resipi ni guna cheese apa ya?

tq