Pages

Thursday, 28 June 2012

nasi bukhari ayam

kadang-kadang bangun tido jer terus pikir hari ni nak masak ape eh untuk maryam.mak buntu lah! buntu. tambah-tambah musim sekarang ni..dia tengah nak naik gigi geraham dua-dua kat atas. selera dia sangat lah susah nak jangka. kalau makan tu banyaaaakkk habis satu pinggan. kalau tak nak terus tak nak. kesudahan bila tak nak mak lah yang penat sebab dia asyik menyusu jer.

resepi asal kat sini

nasi bukhari ayam

ubah-ubah sikit ikut kesesuaian perut maryam

bahan tumis:
rempah 4 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
bawang putih, bawang merah, halia (dimayang)
unsalted butter (resepi asal guna minyak sapi tapi takde)
1 sudu teh rempah kurma

tomato
daun ketumbar
ayam organic(masukkan sekali ngan kulit untuk perisa, tapi tayah la makan kulit)
1 pot beras perang
susu segar (yogurt pong boleh)
kismis hitam
mix veggies
air secukupnya

1)dalam periuk nasi, tumis rempah 4 beradik dengan unsalted butter sampai naik bau, masukkan bahan dimayang.
2)tunggu sehingga wangi, masukkan rempah kurma yang dicampur sedikit air. masak sehingga rempah kurma masak dan wangi. 
3)bila dah wangi, masukkan ayam , tomato dan daun ketumbar, kacau2 sikit, masukkan beras.
4)lepas tu transfer kedalam rice cooker, masukkan susu dan air secukupnya. sebab beras perang, i lebihkan air.
5)lepas tu masukkan kismis, masak seperti biasa. bila dah agak-agak nak kering baru masukkan sayur.

ayam tu nak makan carik-carikkan

jimat masa dan tenaga. sayur dan lauk dah ade skali dalam nasi. muahahaha

sebanyak lah kan sebenarnya masak 1 pot nasi untuk maryam sorang. kalau buat untuk sorang budak makan, kurangkan separuh resepi je ke. tapi kalau imacam biasalah, ummi maryam memang makan food maryam. sedap okeh nasi ni walaupon xde garam gula. resepi asal memang lah letak garam gula. i pon makan macam maryam. macam macam tu jer dah sedap. next time boleh try buatkan untuk walid maryam pulak. guna ayam kampung ke, kambing ke, mesti lagi sodap




selamat mencuba!

9 comments:

ShimaSalleh said...

Stimm aje mata time makan.. Mmg sedap lah tu ummi masak kan.

Madi @ Aed said...

nk try!!

shark said...

misti cube..**ayat wajib mak nok ;p;p

Anonymous said...

farah, klau nk wt nasik nih versi bubur leh ke?utk my 8mos..

mrs.spicy said...

anon, mcm awal sangat jer nak bagi serbuk kurma..kalau skip rempah kurma, tomato ngan susu tu boleh la

ederq said...

nasik tumis2 ni peberet eisya! tp tak pernah lagi buat yg letak rempah kurma. nak try la pasniii

Ribbon Clown said...

farah, akak pun kebetulan masak nasik ni dinner tadi.. mmg sedap!

Anonymous said...

kak farah biase beli ayam organik kat mne yer ? cmne nak tau ayam tu elok ke tak yee ? :)

mrs.spicy said...

anon,

biasa jumpa hpa/azzain jer..

ni nak cari kedai az zain tedekat http://az-zain.com/azzain.html

tapi yang paling senang nak cari awak cari yang non-antibiotic..yang ni ade jer kat giant, c4. tapi ni bukan organic la..tapi lagi selamat la kalo nak compare ngan ayam2 biasa kat pasar..harap membantu=)