selamat kembali

selamat kembali mesin basuh, vacuum, mop, rumah kesayangan, dapo, tilam~

dah kat rumah dah..sori lah tak sempat menjawab soalan kat komen. akan diusahakan harini kalausempat. kalau tak sempat malam ni la yer. hehe. banyak ni kain baju nak kene basuh. puas berehat kat kampung, balik rumah sendiri kene bekerja keras la.

 
maryam dan walid dikedai kopi 

*muka baru bangun tido*

kat kelantan masuk dapo sebab masakkan food maryam jer. manjang makan kedai. kat kelantan food sedap senang dicari. beli food kedai kopi depan rumah pon food dah boleh mendatangkan orgasm. RM 20 dah kenyang satu family siap dengan air. kat kl RM 20 boleh makan ape? kalau makan kat nasi ulam kat rumah ni baru boleh makan 2 orang. hihi. tapi air nya ya rabbi manisnya..hahaha. mak kejutan budaya sekejapan. lama tak minum air kedai kopi sebenarnya. manissssssssss. kalau mintak kurang manis pong datang manis leting jugak.

semua wishlist food balik kali ni tercapai kut. tiap-tiap hari breakfast nasi kerabu daging bakar ngan air kopi manis leting adalah sungguh yummm..*sambil sorok penimbang bawah sofa*

bila perut kenyang senang hati. walaupon cuaca super panas, hati tetap senang. tapi panasnye kelantan ya Allah! semalam sampai demam suam-suam kuku. terus makan ubat takut melarat. nasib baik lah hari ni dah ok. maryam macam biasalah. alhamdulillah dia antibodi kuat. relax jer dia berpanas berhujan pon. nasib baik. kat kampung pon, 24 jam berpeluh happy jer dia main, tak buat perangai walaupon panas. bagus. bagus.

masa balik kampung hari tu harga emas turun sikit dari biasa. semua kedai emas penuh ngan orang. orang beli emas macam beli ikan. sempatlah singgah kedai emas pau walid maryam seurat dua. kih kih kih.

kedai emas dah rupa pasar dah! sorang-sorang datang beli emas bawak duit bergulung-gulung duit isi dalam 'supik gelenya' jer. (supik gelenya= bag plastik) ummi maryam paw walid maryam seketul tu kira haluih bebeno nak compare ngan orang lain beli emas besar kepala lutut. dari duduk sebatu nampak dah bling bling kat lengan. gila lah kaya orang kelantan ni. dah la beli cash. tu pon lepas beli emas, banyak lagi gulung-gulung duit dalam supik gelenya masing-masing. (nangis je lah mak tengok)

kedai emas pulak macam kedai biasa jer. tak de pon security guard nak kena jaga. selamat jer. nak pakai barang kemas kat kelantan pon rasa selamat jer. (kat kl takut kene ragut). duit masing-masing berkepuk-kepuk, makanan murah dan sedap. sebab tu la orang kelantan tak kisah pon negeri kitaorang takde pavilion (tiba-tiba) hahaha

i love kelantan. i love nik aziz. (tiba-tiba lagi)

baiklah. sudah-sudah lah merapu. mahu menjemur kain dijemuran.

You Might Also Like

15 comments