Pages

Monday, 9 April 2012

food maryam dihospital

 mula-mula sekali nak mintak maaf ngan semua orang sebab ade yang susah hati sebab maryam. bertuah sangat maryam dikelilingi orang sayang dia dan mengambil berat pasal dia. huhu

masa hari rabu lepas, masa tengah main-main ngan dia tiba-tiba pegang badan dia rasa panas. eh? tiba-tiba demam budak ni. pergi ambik termometer cek suhu 38. 7. hoh. tinggi jugak. so petang tu makan ubat.

malamnya demam lagi. sponge-sponge bogelkan, tidur macam biasa. dia pon active jer macam tak demam. tersedar pukul 2. badan maryam panas giler. cek temperature 39.8. bila sponge badan dia, dia tersedar, bagi makan ubat. dia pon sambung main sampai lah pukul 5 baru tido balik. esoknya sedar, masih lagi demam. masih lagi tak turun-turun, suhu nak dekat 40. walid dia EL bawak pergi prince court. naseb baek lah doc sharmila forever available. buat appointment pukul 10.

doc kata ada nampak ulser dalam mulut dia. mungkin sebab panas sangat. masuk ubat bontot. turun sikit temperaturenya. tapi masih lagi tinggi. patang paling rendah turun pon 38.4. malamnya temperature makin tinggi.

ni first time maryam demam temperature tinggi sebenarnya. biasanya paling tinggi pon 38.8 pastu makan ubat terus kebah. ni dah la tinggi, tak kebah-kebah pulak tu. so cuak lah ummi ngan walid dia yang tak pernah handle anak demam tinggi melampau ni. tak senang duduk dirumah. so malam tu sekali lagi ke prince court pukul 1130 malam. kali ni memang siap-siap bawak baju. kalau kene warded senang.

tak jumpa paed maryam. jumpa doc kat emergency jer. dia nasihatkan masuk ward jer. tapi kalau nak balik pon boleh dia bekalkan ubat montot. sebab dok rumah pon hati tak senang, baik dok hospital bagi nurse ngan doc jaga kan?

so lepas tu berperanglah ngan maryam nak cucuk jaum masukkan ubat ngan drip tu. masa ni menyesal la jugak sikit pilih untuk stay kat hospital. kesian maryam kene cucuk-cucuk segala=(

malam tu terus temperature maryam turun 36. over kan. nak dok spital rupanya budak ni. tapi dia fobia. sebab dia kene kejung atas katil nak pasang drip tu. so dia fobia katil. menangis sepanjang malam. nak berdukung jer. bergilir lah berdukung ngan husband. tapi bila dah pukul 3 lebih i dah weng. sebab malam sebelumnya pon tak tidur. maryam pon tak nak sangat pon ngan i, so i tido, biar walid dia layam maryam. hihi

esok nya. maryam masih cranky. temperature dah normal. cuma tak nak makan. makan pon satu masalah jugak kat hospital sebab maryam tak makan garam gula lagi.

menu breakfast. menu ni tak pilih pon sebab baru masuk dia hantar jer.

semua benda diaatas ni maryam tak makan. so sape makan? ummi lah. heh heh heh. sedap pancake tu. i tak rase ianya sesuai dengan maryam sebab cukup rasa

pagi tu ornag f&b datang tanya menu dan makanan yang biasa maryam makan. i cakap kat dia maryam tak makan garam dan gula lagi so nak menu untuk baby 1y kebawah. dia cakap menu lebih kurang jer. blabla bla. i pon tak faham sebenarnya ape dia cakap. redha jelah makanan camane sampai, cuma i pilih texture ngan lauk pauk jer.

tengahari: bubur ayam. puree mangga, buah-buahan

bubur ayam tu tawar tak rasa apa dilidah ku kecuali rasa halia dan plack pepper. dia ade sediakan kicap kalau nak tambah rasa. semestinya lah maryam tak boleh makan kicap tu. dia makan la bubur ni 4 suap kut sambil main-main. tengahari mood dia dah ok. dah pergi main kat playground masa walid balik sembahyang. sebelum ni masuk playground pon dia tak nak.

minum petang: bagi budak minum milo? hayyoh. SEMUA ummi makan. haha. kuih tu tawar jer sebenaryan dia buat. tapi still letak garam gula.

tu jus epal manis leting. walid yang minum. kenapalah dia tak boleh nak bagi jus buah betul? kata ward budak kan? *eh banyak bunyik*

dinner: nasi lembik, ikan kod steam, sup ayam, puree carrot+ labu, jelly oren

ikan kod steam tu tawar, ade rasa minyak bijan.lulus!

puree i tak sure sebab rasa macam sedap semacam jer. hurmm..hurmm..tapi carrot ngan labu memang sedap dok?

sup ayam dia buat tawar, tapi still ade rasa luar la..maybe sebab maryam dah setahun lebih garam dah boleh bagi tak kuantiti sedikit. tapi masalahnye maryam makan macam baby lagi. so sup ayam tak lulus.

jelly tu tawaq hebeq..haha. nak sangat food tawar kan..cuma sos dia tu ade rasa manis oren dan parutan kulit oren.

semua makanan diatas maryam reject so ummi makan. hehehe

esok: roti

semua tak nak. awat milo tak boleh tinggal? macam la berkhasiat sangat. -____-"

makan la semulut roti. yang lain ummi makan!

tengahari: nasi lembik, ikan kod kukus, brokoli steam, sup ayam herba.

macam sebelum ni la. sup ayam ade rasa sikit-sikit. ikan kod tawaq. tapi brokoli rasa sos tiram daaa...so husband suruh basuh brokoli tu dengan air. dia makan la sesuap dua

dengan kata lain makanan kat hospital tu ummi jer yang makan. so ummi lah yang sihat.

esoknya ummi buat bubur simple giler campak-cempak jer.

beras+ 2 ketul ayam sekali ngan tulang+ halia sikit+ bawang putih sikit+ labu.

masak semua kecuali labu sampai nasi betul-betul kembang. akhir sekali masukkan labu. tunggu sehingga labu lembut, sedia untuk dihidangkan.



 walid yang suapkan sebab ummi masak. makan nak habis semangkuk!

nak ummi masakkan baru nak makan yer?

hehehe..sebenarnya dah lalu makan dah kut sebab dah sihat sepenuhnya



aksi malam tadi..kul 12 malam mintak roti. nak habis sekeping dia makan. kover balik tak makan beberapa hari. hahaha


10 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

bila dah sihat, selera makan pun makin ok. syukur alhamdullillah. risau bila anak2 demam.

~ Secantik hati ~ said...

alhamdullilah..sehat da maryam..hhuuhu..ummi jugak yg ngap food maryam..tp xguna bazirkan magh!hahha

iDz aUra said...

alhamdulillah,maryam dh sihat..:)

sally said...

alhamdulillah..sure la kan maryam nk mkn ummi masak..mana sedap makanan kt sepital tu..hehehe..

AIN NAZRI said...

syukur maryam dah sihat... dah leh main2.. yeeyyy

ShimaSalleh said...

Alhamdulillah sihat dah..

ederq said...

haha patut naik 2kg kot ummy? hihihi.

sally said...

ederq awat xbole bukak blog..dr mlm td akak nk bukak xleh

wardahkamaruzzaman said...

sedap sbenarnya food kat prince court tu utk mommy kn??hahaha..utk budak2 mmg xlepas la..pa pn Alhamdulillah Maryam dh sehat!!;-)

zailamohamad said...

kak ila dulu masa Ashraf masuk DEMC meme suko makanan spital..sero makanan sihat doh tu..
tapi farah buleh tapis lg dok bg ko Maryam..baguslah gitu..meme jaga sungguh2 tu..huhuhu

Ashraf masa tu kak ila order chicken rice porridge hari2 & lunch mesti amik lauk ikan & sup..memang best menu spital swasta ni:)