Pages

Tuesday, 6 March 2012

sagupal

tak de mood la nak tempek food maryam. semalam buatkan dia puding roti ngan bergedil. dua-dua makan sikit jer. hurm..tak tahulah ape yang dia nak makan sebenarnya. tapi semalam dia selesema. hari ni nampak macam dah takde. sebab food maryam takde so tempek gambar food bukak puasa lah.

bila puasa automatik roh german meresap dalam badan. haha. bukak puasa mesti nak kuih manis-manis. nasi tak berapa teringin sangat pon. semalam gigih buat sagupal. gigih ke? senang jer pon buatnye

sagupal

sagupal ni berasal dari perkataan "sagu kepal" kut (pandai-pandai jer) sebab nak buat kuih ni memang kene kepal-kepal pon itu sagu.

resepi sagupal

1 cawan sagu
3/4 cawan air panas.

-campur sekali, pastu bentukkan jadi bulat-bulat. saiz suka hati nak buat besar mana. kecik senang nak makan.

kuah:

santan dari satu biji kelapa
gula
halba
daun pandan

kacau santan, gula, halba dan daun pandan sehingga menggelegak masukkan sagu tadi. kacau sehingga sagu semua bertukar menjadi jernih. makin lama masak makin lembut.

dinner walid: ketam masak cili bertelur

resepi masak ketam yang paling senang la ni. blend 4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1/2 inci halia. tumis sehingga wangi, campak 2 sudu besar cili kering blend, masak sehingga pecah minyak. 2 sudu sos tiram. 3 sudu sos cili. air sikit kalau kering sangat. campak sebatang serai. garam, gula, perahan asam limau. campak ketam. tutup kejap bagi ketam masak, bila dah masak pecah kan telur. kacau-kacau kejap. siap untuk dihidangkan~

makan dengan kangkung belacan

dua-dua food ni faveret walid sebenarnya. tak susah pon selera laki mak. hihi.

mak layan sagupal sampai senak. nasi jamah sikit jer sebab kekenyangan.

hari ni tak nak buat kuih la. nanti berganda-ganda lemak. 10 hari lagi kene ganti!  -_____-"

2 comments:

Ami said...

behnyo sogupal tue,lamo doh tok buat sebab nyo malah hihi

NenetPenne (NP) said...

ketam..liked
sayur kangkung...liked
sagupal...not like..ha ha ha...
penat nak kunyal sebab chewy...