Pages

Thursday, 1 March 2012

puding roti kami kami

hai semua. hari ni maryam ganti ummi kejap yer. ummi boleh rest dari jadi blogger hari ni. maryam nak cerita pasal puding roti yang maryam makan hari tu..ummi rajin sangat buat puding sekarang ni kan.

sebab ade perlapik aluminium ni la. tak payah keluarkan steamer gabak dah. wok pon dah cukup=)

bahan-bahan:
1/2 cawan susu (kalau kawan-kawan nak yang lembik, suruh lah mummy korang tambah air sikit)
1-2 sudu besar yogurt (tak nak letak pon takpe, ni ummi saja letak sebab nak habiskan stock yogurt)
1 keping roti
1 biji telur
sedikit unsalted butter (1/2 sudu teh , tak letak pon takpe)
buah-buah (ummi maryam guna prune, dragon fruit dan pisang)

campur telur, susu, yogurt dan unsalted butter.carik-carikkan roti pastu rendam la roti..rendam lama-lama sikit biar roti kembang. pastu campur ngan buah-buah boleh la kukus.

sebelum kukus

siap~

ready to ngap~

yummm~


saya macam biasa. dapat makan mesti happy=)

kawan-kawan tak boleh makan telur yer? jangan sedih sedih tau..sebab ummi maryam pon pernah buat kan maryam tak letak telur..

egg-less bread pudding. boleh tengok resepi eggless bread pudding disini yer kawan-kawan

ummi saya bakar. tapi ummi pernah try steam pon ok. lagiiii lembut. yum yum

mana boleh maryam jer makan setap-setap kan. ummi cakap dia kene la berlaku adil. walid pon ade puding roti juga

puding roti simple

ummi dapat resepi kat sini

resepi puding roti simple sesenang ABC

Bahan-bahan

  • 500 ml Susu segar
  • 8 keping Roti ( ummi guna wheatmeal gardenia 6 keping jer)
  • * 4 sudu besar Gula halus (ummi letak 3 sudu jer..kempen kurangkan gula)
  • * 4 sudu besar Butter(ummi guna planta. 2 sudu jer)
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu tea Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung
  • 2 sudu besar Kismis(ummi letak sesuka hati tabur)

    Cara-cara

  • Susun roti dalam loyang dan rendam dengan susu selama 30 minit.(ummi rendam lamaaa..haha)
  • Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan masukkan kedalam loyang.
  • Taburkan kismis diatas adunan tadi.
  • Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
siap~

ummi buat ni masa walid balik awal buat spotcheck. hehe. ngam ngam pudding masak, walid pon balik. so walid makan puding ni panas-panas lagi..

puding roti panas-panas makan ngan ice cream oreo kegemaran walid

ummi makan kosong macam tu jer. sebab dia malas nak buat sos kastard. hehe.

3 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

feveret akak kalo puding roti.

wardahkamaruzzaman said...

setappnya maryam mkn!! slalu buat utk diri sndiri ja xpnh lg buat utk baby heheh..

ibu MZW @ farah idayu said...

Assalam...sedap nya..terliur pulak..esok cuti mesti mahu kasi try test resepi nih ;) thnx 4 sharing...