Pages

Friday, 2 March 2012

mighty lasagna

sebab sehari sebelum ni ummi tak sihat, dan maryam terpaksa makan ape yang ummi mampu buat jer (dengan kata lain oter-oter frozen stock jer) so ummi nak masak something special for maryam semalam. heheh. dah lama ummi beli instant lasagna ni..tapi asyik tangguh jer nak buat. so semalam rajinkan diri jugak buat.

 
mighty lasagna

 
bahan-bahan untuk mighty lasagna: homemade tomato sauce, white sauce, grilled salmon, brokoli floret, sekeping instant lasagna sheet, mozzarella cheese

homemade tomato sauce recipe:

1 cawan puree tomato (tomato buang biji, blend, masak atas api sampai masak)
2 oz carrot puree
1/2 batang celery (blend)
1/4 labu bawang holland (cincang halus)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
mixherb

tumis bawang dengan pure olive oil sehingga naik bau. masukkan celery, tomato, dan carrot. masak sehingga menggelegak. akhir sekali masukkan mixherb

white sauce: (sebenarnya sos super mac and cheese.)

sedikit bawang putih dan bawang holland cincang
1 sudu teh tepung atta
1 sudu teh unsalted butter
2 oz puree labu
cheddar chesse 2-3 sudu
air secukupnya

tumis bawang dengan unsalted butter sehingga wangi, masukkan tepung atta, kacau sehingga menjadi paste..lepas tu masukkan air perlahan-lahan sambil kacau supaya tidak beketul-ketul..air ikut kepekatan yang anda mahu. lepas tu, masukkan puree labu dan cheese..kacau sehingga cheese cair, tambah lagi air jika perlu.

grilled salmon:

salmon dibasuh dengan perahan limau nipis. bilas. perap salmon dengan halia dan serbuk lada hitam (boleh abaikan lada hitam kalau anak tak makan lagi) sikit..grilled atas pan dengan sedikit unsalted butter

instant lasagna sheet tu saya rendam air sejuk..dalam setengah jam..sampai agak lembut.

ok jom kita mulakan

 
ambik ramekin sapu dalam ramekin dengan unsalted butter, kemudian letak selapis lasagna lapisan bawah sekali. letak homemade tomato sauce, dan carikkan isi salmon atas tomato sauce tu.

lapisan kedua. atas tomato sauce letak lagi selapis lasagna sheet, pastu sos putih super mac and cheese, tabus brokoli floret.

lapisan 3, ulang lapisan pertama tadi, dan tabur mozzarella cheese parut diatas. siap. bakar pada suhu 180 degree C selama 20- 30 minit. ikut saiz acuan dan oven masing-masing. cek-cek la sokmo. hehe

dah siap. mighty lasagna with love from ummi special for maryam dengan ucapan,

 "thanks maryam, ummi sakit kepala awak sibuk tarik rambut ummi yer!"

mighty lasagna is ready to ngap~

kenapa dia mighty? sebab dia guna sos super mac and cheese ditambah pulak dengan sayur-sayur lain. mommy yang anak nya picky eater kene try recipe ni sebab tanpa anak sedari, dia dah makan tomato, carrot, labu, dan brokoli! 4 sayur yang super...sape yang tolak cheese kan? hehe

yummm~

 asyik bogel jer maryam ni kan..haha..mak janji 1 tahun 6 bulan dia akan dipakaikan baju sokmo..haha

dia sangat susah pakai baju u ols..kadang-kadang malas i nak berperang. haish

untuk dinner: pasta with bolognese sauce

tumis bawang hollad dengan garlic sikit..tambah daging cincang. tambah homemade tomato sauce. senangkan=)

hah! elok sangat la makan cangkung. duduk~

 
 dinner walid: spaghetti hailam

walid cakap,

"ape ni? sayur hailam ke?"

hahaha..makan kedai ade letak sayur mayur and lauk setimbun sampai xnampak spaghetti begini?=P kadang-kadang mak over masa siang sayur..semua nak letak..bila masak, hoih..penuh kuali!

belek-belek nampak lah spaghetti!

9 comments:

Afifah_Fify said...

Maryam boleh geng ngan hero aunty..sama gak xsuka pakai baju..xpe jimat basuh baju hehe

nagena said...

Salam.ummi maryam
thanks yea..ur blog byk tolong
me yang masa terhad nih nak sediakan
makanan untuk my cik puan..heee
mmg byk sgt membantu..:)
best jgak tgk bila maryam selera mkn..:)

fara kertina waty said...

Andu ba Maryam...cumil biarpun mencangkung..jom maryam ke tawau..mama Kembar jemput nanti jalan2..

Ummu Nurul Iman said...

cedapnya, nak trylah

azy lah said...

sgt suke resepi ni.. mesti cuba...

MyLia said...
This comment has been removed by the author.
MyLia said...

thank u ummi maryam, resepi lasagna ni telah dicuba, dan ianya sgt sgt sedap, mama adel ni pun siap pau mknan adel ni...hihi..

mas said...

Tomato sauce ni kalo kite wat bole tahan brape lame?....mixherb means?

mrs.spicy said...

kalau simpan frozen boleh simpan 3-4 hari..kalau simpan dalam chiller boleh tahan 24 jam jer...mixherb tu kalau kat bahagian rempah2 ade..dia tulis mixherb. or italian herb pon boleh..lebih kurang jer ingredient dia