Pages

Wednesday, 7 March 2012

hari kedua lebih bertenaga

masa first day puasa, i sempat sahur ngan 3 biji kurma dan air masak jer. dah la first day kan, tengahari i dah ketaq-ketaq lutut lapar. tak boleh mengadap lappy sebab pening. kebulur tahap lampau. tu yang sampai rajin nak buat kuih tu. sebab lapar! lapar! tapi alhamdulillah. susu sampai ke petang lebat. =)

semalam banyak la jugak makan masa sahur. sambung makan sagupal nye lagi. so bertenaga lah sikit. dah tak ketaq dah lutut sampai ke petang. and milk production maintain lebat. alhamdulillah. kalau macam ni gaya, nak puasa straight 11 hari pon boleh ni.

buntu la nak masak ape kat budak kick ni kan. semalam buat olio jer
*celery, mixherb, dan daging tiasa dalam gambar

bahan-bahan
bawang holland cincang
bawang putih cincang
celery
daging
sayur-sayuran (i guna capsicum, peas, carrot, dan corn)
mixherb
pasta

tumis bawang dengan olive oil sampai wangi, masukkan daging. masak sehingga masak, masukkan carrot, celery, dan capsicum. tambah sedikit air. kacau sehingga sayur lembut. masukkan peas, jagung dan pasta. kacau. akhir sekali masukkan sedikit mixherb

*boleh tambah cheese kalau nak lagi setap. i tak tambah pon. 

olio daging

marah orang nak suap tau. nak makan sendiri

cubaan makan sendiri dengan garpu masuk la sekali. yang lain lantai yang makan. bila dia leka main-main i suap dia nganga jer. pastu sambung makan sendiri lagi (kononnnn). sejam lebih tau i suap dia makan. masuk lah 10 suap. kalau lah maryam ni orang lain jaga, i rasa manjang orang tu cakap tak nak makan. sapa nak layan awak makan perangai macam ni?

kondosi lantai lepas makan jangan cerita lah yer. dah la lupa nak lapik paper

oppsss..kata tak nak buat kuih kan, akhirnya buat jugak. perut lapar, semangat nak buat kuih lebih. haha

mari buat popia. kulit dah 2 minggu beli. air kosong untuk letak kan. inti

untuk inti: tumis bwang holland dengan sedikit minyak. campakkan 5 ekor udang cincang. campakkan sayur mayur (i guna carrot, sengkuang (dipotong mancis), togeh, kacang peas), tambah garam. akhir sekali pecah kan telur, kacau-kacau. pastikan inti tak berair

sebab semangat lebih, terlebih pulak buat inti. buat stock frozen untuk 3 kali makan.

dah tak daya dah nak sumbat tupperware dalam freezer. lauk pauk penuh tak boleh bernafas. kesian lemas dalam tu. xde ruang nak bernafas. kalau ade rezeki lebih nak gesel-gesel husband beli deep freezer la nanti.

walaupon masakkan maryam 2 portion untuk tengahri dan petang. tapi petang i masak lain. kut-kut selera dia ade kat benda lain.

 masak udang goreng kunyit. makan ngan nasi sama ngan ummi ngan walid. big girl kan~

3 ekor udang (perap dengan kunyit)
sedikit halia
seulas bawang putih
1/2 biji bawang merah
sayur (i guna tomato, zucchini, carrot, capsicum)

tumis bawang putih dan halia sehingga wangi. masukkan sedikit air. campak semua sayur, masak sehingga lembut. akhir sekali masukkan udang. kacau shingga masak.

buat basah-basah sikit senang nak makan ngan nasi since takde kuah.

 siap~

makan sambil tepuk-tepuk tangan. sangat anak walid kan? udang jer laju...tak fahan selera maryam ni. maryam nak makan macam food orang besar dah ke? nanti ummi goreng ikan kembung nak?

popia goreng

 saiz kecik-kecik jer sekali ngap

lala masak cili

hehe..dua hari berturut-turut makan masak cili. dah ini jer cara senang dan sedap masak seafood kan. hari ni tak leh makan masak cili dah. =P

makan ngan sayur campur

2 comments:

wardahkamaruzzaman said...

ummi maryam..slalu sahur saya mkn oat+kurma mmg smpai ptg insyAllah btenaga n susu pn btambah:-)
setap2 nya food maryam hehehe..

shark said...

lala masak cili tu menyayat hati nampak :) sedap..