Pages

Monday, 5 March 2012

aku bukan tepal~

ade orang tanya  ape i guna nak buat bentuk bulat-bulat bila buat pancake/ omelet untuk mayam. dulu bentuk love i guna acuan goreng telur tu..tapi i rasa macam agak leceh. kadang-kadang nak cepat agak menyusahkan, i pulak jenis tak happy kalau tengok food tak cantik. kene cantik baru best. rasa no 2. haha

i guna ni. nama dia AKU BUKAN TEPAL

jenama first choice kut beli kat giant. mula-mula nak beli yang jenama maxim. rm 22++ kalau tak silap..pastu jalan-jalan lagi jumpa yang ni letak la maxim..yang ni RM 10 jer. nak try, kalau tak ok pon tak de lah rugi sangat.. saiz kecik jer..nak letak atas dapo pon muat2 ngan tempat keluar api tu  je..hoho

ade orang cakap tak ok guna non stick pan ni buat masak. i pon pening kalau bab masak ni tau. orang ni kata macam ni, baca kat sini kata macam ni. bagi i, kalau menyenangkan kerja guna je lah..tapi berhati-hati jugak sebab ade baca dia cakap non stick pan ni kan jadi bahaya kalau guna bila overheat/calar. calar tu memang terjaga la sebab i xguna berus/ ape benda beli kat non stick pan ni..senduk pon pakai yang kayu. kalau bab overheat tu tak sure la macam mana. malaih aihh nak pikir..teringat kata-kata dalam movie food inc 

The industry doesn't want you to know the truth about what you're eating. 
because if you knew,you might not want to eat it.

memaaaaaaaang..bila tahu banyak benda ni, makin pening dah i. APAAA PON TAK BOLEH!

tapi kalau u nak selamat dan natural. buat pancake/lempeng lapik la dau pisang macam zaman dulu-dulu. wangiii.

pancake labu.


cuma tambah labu jer

 ni pulak omelet bihun breakfast hari sabtu

telur
homemade tomato sauce. resepi sini
salmon grilled
brokoli floret
bihun dicelur sampai lembut

campor sekali masak atas non stick pan letak minyak sikit. denagn api perlahan.

 breakfast walid ngan ummi. nasi goreng kampung dengan ikan dori celup tepung






ok lah..tak boleh nak mengarut sekarang. puasa kene kurangkan mengarut.

susah sangat nak taip siapkan satu post ni sebab maryam tak bagi ummi main latop...ni dia tido so taip cepat-cepat. nak kene kemas rumah, lipat kain. buat kerja yang suri rumah patut buat. mengadap latop ni bukan kerja suri rumah. dari mengadap lappy baik lipat kain ye dok? #maksentapnok

0 comments: