Pages

Wednesday, 14 March 2012

3rd anni kami

 maryam demam. tiba-tiba jer demam. tak tahu lah demam sebab nak naik gigi ke sebab penat g jalan-jalan kat johor hari tu. dia tak pernah demam pon nak naik gigi selama ni tapi. and tak nampak pon ade gigi nak naik. cuma air liur berjejes-jejes. demam teruk jugak la kali ni sebab kene makan ubat baru temperature turun. lepas abih kesan ubat naik balik temperature. malam-malam sampai 39. 5 semalam. bagi makan ubat, basahkan badan ngan air kejap jer turun. tinggi kan *risau =(*. siang 38 ++ jer. malam ni kalau demam dok tinggi lagi haruslah bawak dia ke hospital.

 breakfast pagi semalam: garlic, carrot french toast 

whole grain bread  kaya dengan zinc yang memainkan pernan penting dalam menyokong immune system dan membantu dalam penghasilan antibodi dan melawan infection.

carrot kaya ngan beta carotene nanti akan diconvert ke vit A juga membantu regulate immune system.

garlic jugak powerful booster untuk immune system. 

dia makan seketul jer untuk breakfast. T_T

pastu cranky nangis-nangis sampai muntah keluar semua susu and roti yang dimakan.

snek bagi kiwi + yogurt

kiwi good source of vit C, membantu badan menghasilkan lebih banyak sel darah putih untuk lawan infection.

yogurt selain kaya dengan zinc dia juga ade bacteria baik yang mampu melawan bacteria jahat dalam usus. kesihatan yang baik bermula dari usus yang sihat. eh

saya juga rebus air barli sampai pekat. sebab air barli boleh menyejukkan badan. so lunch maryam pon berasaskan barli.

bubur barli ayam Mc Maryam. guna resepi bubur ayam Mc Maryam kat SINI 

barli tu i blend kasar

banyak dia makan. alhamdulillah selera masih ada walaupon tak sihat.melasak pon macam orang tak demam jer semalam-___-"


\cik hazi datang semalam. masa lunch cik hani pon join sekali. kalau ade orang ok la sikit mood dia.

petang nya walid soh siap-siap sebab walid balik kerja terus nak keluar makan.

hug bebear?

tak nak orang nak ikatkan belt. ado orang demam berdiri dalam stroller? ado?

tolong walid pilih hadia anniversary. *ehem* yang kene bayar sendiri *ehem*

 tunggu walid semayang kita menyusu dulu. lepas menysu kita main dalam nursing room. best jugak sunway piramid ni. lepas ni boleh la bertukar arah from midvalley ke sunway piramid pulok

my husband menyerahkan tugas pilih mana tempat nak makan kepada i, so i ajak dia pergi ole-ole bali. masuk-masuk jer dah nampak lebel hijau carlsberg dari kejauhan. berdoa dalam hati agar husband tak nampak tanda hijau itu sebab dia sangat pantang. biar dia nampak lepas makanan sampai ke..ok sikit.

i suka sangat suasana kat ole-ole bali tu. romantika habis siap bercandle segala sesuai sangat lah untuk meraikan anniversary (walaupon suasana tak akan menjadi seromantika yang dibayangkan sebab adanya maryam yang tak tido lagi ni). tapi, benda tu jugak yang dia nampak dulu.T_T

hancur hati kuuuu..

ke kedai lain 2,3 biji berhampiran semua serve bendalah itu. why oh why...teringat kak ila ada buat entry pasal tarbush hari tu. moh kita ke tarbush la~

bila-bila masa dimana saja~

aramak! suka suki dia jer selak-selak kan~~!

ok meh i nak buktikan sesuatu. sila perhatikan gambar-gambar dengan teliti yer. (tak perhati betul-betul pon  tak pe sebab obvious)

pilih menu

tunggu food sampai. MAIN FON

"u ni asyik main foooonn jer..u nak spend time ngan family ke nak main phone?"

ok amik gambar beberapa ketul tu pon kualiti hurmmphhh!!

maryam buat macam rumah dia jer

appetizer sampai. makan kibbeh. Deep-fried minced lamb coated with cracked wheat shell katanya

maryam mengganas besar-besaran. cubaan walid nak tidokan maryam. GAGAL

i dah cuba tapi gagal. so SAMBUNG BALIK MAIN FON LA KAN?

 food sampai lagi. tarbush mix grill. A mouth-watering medley of Shish Tawook, Shish Kebab, Lamb Cubes, Grilled Prawns & Grilled Arayes. setap! roti tu setap. udang tu fresh. daging lembut. err..dengan kata lain. setap.

kalau perhatikan gambar kat atas. fon masih menyala. baru letak. letak tu pon masih tekan-tekan fon. susahnya nak berpisah dengan fon walaupon sekejap sahaja. untuk MAKAN jer SEKEJAP

kalau makan pon pegang fon memang akan ade amukan la kat tarbush ni! naseb baek letak

dessert. baklawa. A must-have traditional Middle Eastern finger pastries filled with nuts. 

 mango lassi

lepas makan. tanpa tunggu-tunggu dah! kembali kepada FON. -____-"

kesimpulan disini, next time tapau jer makan kat rumah. kalau maryam tak tido memang susah nak menikmati food. semalam dia terhantuk kat bucu meja. menangis tak ingat la kan. i makan sambil peluk dia tido. bila letak jer sedar nangis. dia tak sihat kan. camane nak menikmati makanan?

and yes. i suka makan sambil berbual mesra sambil menikmati food. maryam mengganas tu satu hal kan. dah memang begitu sifatnya budak nak membesar. kita dulu pon begitu jugak. haruslah mak redha jer. si bapak nya tak habis-habis ngan phone phone ape cellop?. mak malas lah nak merosak kan mood romantik yang tak romantika langsung. 

naseb baek lepas dia tengo mak makan bersusah payah..baklawa tu dia yang tolong suapkan. udang pon dia yang tolong hiris and suapkan (mak yang suruh). so tu jelah sisa-sisa romantika kami di usia perkahwinan BARU  3 tahun. i tak dapat bayang kan bila 5 tahun. 10 tahun? T_T

walaubagaimanapon. thanks bie. belanja makan.

tapi bab phone tu plis lahhhh *menyampah*

sekian.

-wife mu yang sangat menyayangi mu-

*husband cakap sekarang i boleh pengang title 'mak cik emo'. asyik nak emo jerr. *

18 comments:

zailamohamad said...

Pejar samo macam laki akak, kalu takdok simbol HALAL jangan harap nk masuk..mak kempunan nak makan TGIF ngan Tony Roma's you! tapi tarbush meme di hati selain harga yang mencekiks

laki akak pula kalau outing tak habis2 orang kilang call..kadang2 kalu ada masalah di laut pukul 3 pg ada orang kacau..memula mak hangin jugak tapi lama2 dah biasa..kita as a wife kn sabar..itu sumber periuk nasi kita..tp kalu laku layan fb/twitter..haaa hoktu kn bg amukan..hahaha

lama2 akan biasa dengan situasi gini..dulu masa couple duduk rapat2, dah ada anak duduk rengang2..hahaha :D

happy anniversary Farah!

Anonymous said...

pegang phone selalu tu adalah persediaan kot2 1 ari nnt dh naik GM ke ape. kene keje 24/7 hokey. so nnt u layan emo je la 24/7 :p

nieda said...

sedap food..
bab henfon tu susah nk komen.. hubby u baca mayb dia blh berubah kot utk hari yg romantik mcm ni

Legally Pink said...

Happy 3rd Anni! Memangla "sentap" if asyik dgn phone aje hehehe.. I sdg tunggu my 3rd Anni pulak..

NenetPenne (NP) said...

ahkak kalau keluar makan dgn orang tu pastu dia cek hp, ahkak rasa mcm nak baling je hp dia... pastu ahkak cakap, kalau u asyik dgn phone je, buat apa keluar dgn i?

memang, memang menyampah kan???

tarbush best..penah try.mix mcm tu laa kot...prawns best...

ole2 bali kat sunway piramid pun dah try..deco cantik... makanan pun boleh tahan gak... kat empire pun ada... baik gi empire, nanti maryam boleh tengok air pancut2 kat luar ole2 bali tu...

mrs.spicy said...

Ouh..x naik GM siap!

Shehan Ismail said...

halamak.. rsnya yg kaki pon nih, saya.. heeee.. happy anniversary yg ke 3 kak.. sy ujung thn nih yg ke 3.. heeee

♥MAMASYAZA♥ said...

happy 3rd annniversary. semoga kekal bahagia hingga akhir hayat. cam akak ni dah nak masuk 13 thn, tak larat dah nak emo, last2 diam aje, maleh nak ckp

Simply Parents said...

Congratulation on your anni!

Haha..suami saya pun same aje. Pantang lepa,sibuk main game farming ape ntah kat fon. To the extent, terbangun tgh malam pun capai fon tepi bantal nak tgk dh boleh harvest blum fruits yg dia tanam before tido tu.. haha! Harvest kejap pastu sambung tdo. Apakah tak?? Sampai saya kata, kalau saya nampak lagi aw main game tu saya sorok fon aw tiap kali aw sampai umah ! haha!

My son pun baya maryam tgh demam. Jangkit dgn ibu dia ni. Musim kot skang ni...Doc suruh kasi ubat 4 hourly before temperature dia naik. Mommy amik la vit-C pastu kasik BF banyak2 :)

Hani said...

meg ole ole bali xsedap.
sekian dari saya yang suke makan semua tempat bes, so bile i kate tempat tu xsedap, u paham paham sendirilah haha.

u tau bakpo abaja xsuke g kt carlsberg2 gtu, sb tepat gtu u boleh g ngn kawan2 u..larikkkkkkkk haha

~~zaa~~ said...

farah!

happy 3rd anibersari! :D

LiTtLe^m3 said...

Congratulations farah n peja... Semoga bahagia hingga ke syurga... Amin

ryy.han said...

happy 3rd anniversary :)

td kunun g celebrate anniversary bw 2 hero kecik...end of day husband kata next yr nk celebrate anak2 xpyh bawak tggl je kt nursery (nk romantik cmne...anak 2 org xlarat layan...)

wardahkamaruzzaman said...

happy anniversary!! normal la kot pmpuan musti ada ja yg xpuas ati ngn laki ehehe..

putri zuraidah said...

happy 3rd anni magh...ai punye yg ke 3 pon sama dgn shehan..ujung taun nih...nk tgk dia main fon ke tidak...theheheheee

Mama Faris said...

happy 3rd anniversary farah! 3rd anniversary saya hjg tahun ni 12/12/12. :)

anyway, incik suami saya pun sama asik dgn hp je. dlm keta time jem pun dia sempat fb lagik. kdg geram gak. tp kdg tu saya wat bodo je. malas dah nk tegur. huhuhu.

Hassanah said...

sy suke tgk maryam,
comel sgt ((=
nk pinjam boleh??
hehe

Raieza Hanim R said...

Hahaha Magh, kelakar gila kau ni ok.

1) Maryam comel nak mampus, jom playdatekan dgn Nia.
2) Bagusnya kau if breastfeed public masih pakai cover tu.Nia tak suka cover2 so aku tak cover dah cuma kena cari tempat yg seclude sikit la and pakai baju yg tak over-expose. Oh! :/
3) Kau dah kurus?
4) Biasa la tu sisa sisa romantika leftover ni kan, hehe
5) Maryam comel. Sekian :)