Pages

Friday, 3 February 2012

ummi, maryam hungry~

 kesahnya ummi terleka sangat sebab sibuk dok main fb *matik la kalau walid tahu ni* sampai sup maryam hangit kat dapor. maryam kalau bab makan dia sangat lah mengikut masa. pukul 12 biasanya dia akan menunjukkan tanda-tanda lapar. so ummi kene make sure kul 12 tu food dah memng ready untuk disuap..suhu sesuai. bukan masih menggelegak berasap-asap.

bila sup hangit, and kene masak buat kali ke 2, kul 12 tu sup masih lagi panas. xboleh nak suap lagi...kesian maryam. haha..lambat makan 2-3 minit xkurusnya maryam..hehe

sedang asyik tengok tv

maryam sebenarnya baru jer dapat mulut. dulu dia baby senyap bunyi kadang-kadang jer. sekarang bunyi bising tapi sepatah pon tak faham. yang i faham "mek" kalau dia nak milk, mama/ammeh kalau panggil ummi, abah kalau walid. tu jer..sekarang dok sibuk sebut "pak pak pak" ape entah...

lambat la sikit maryam kalau bab bercakap. it's ok my dear darling. take your time. sedap jugak dengar awak membebel dalam bahasa tak difahami. kadang2 buat ummi ngan walid ketawa. sungguh lawak bunyinya. so kalau nak ape-ape dia banyak guna bahasa syarat lah..macam baby-baby lagi..hehe mak dia kene lah pandai2 faham body language anak yer.

 bila lapar start lah menggigit macam-macam. meja pon dia g gigit.

 or, membebel-bebel kat kita sambil sumbat jari dalam mulut

 atoiii..lambat pulak sup tofu  ni sejuk, kata maryam

 bahan-bahan:

bawang putih, bawang merah (hiris)
sayur mayur (labu, tomato, brokoli)
daun sup
tofu
stock ayam

tumis bawang dengan sedikit olive oil, masukkan stock ayam, labu dan tomato. masak sehingga lembut. bila dah lembut masukkan brokoli, tofu dan daun sup. kacau kejap. sedia untuk dihidangkan.


 makan dengan barli

barli i rebus sampai kembang pastu blend kasar..kalau sebiji2 maryam kurang makan

petangnya, masa panaskan tambah seekor udang. hehe..budak tu kan dah makan udang

petang makan dengan bihun pulak. barli  ngan bihun lagi laju dia makan bihun kut.

walid dan ummi makan bihun tomyam.hehehe

2 comments:

Munie said...

Maryam jom dating ngn Marisse! Shomeyyy la awak ni aunty gerammm nk picit pipi hehe

mamalieyna said...

oklah tu kan maryam..makan ikut time ^_^

comel die ni tau..eeiii..