Pages

Tuesday, 14 February 2012

ubat pengasih

 meh nak ajar buat ubat pengasih cara mak. tak perlu jumpa tok bomoh belajar buat nasi kangkang. haha. just buat food yang dia gemar makan walaupon food itu sangat lemak manis dikala anda sedang berusaha diet.

husband mak sweet tooth orangnya. dia tak mengaku. tapi coklat-coklat, ice cream dalam peti semua hak milik dia. coklat mak makan sekali lah. hehe. ice cream tak berapa gemor. kalau makan pon sesudu dua.

so ini adalah salah satu ubat pengasih yang dia gemari..

tiramisu

mak tak berapa gemor ubat pengasih complicated ala-ala masterchef. ubat pengasih ni simple jer. pukul-pukul, campur-campur. susun-susun. masuk peti

resepi tersangat simple ubat pengasih. eh. tiramisu

125 g cream cheese
125g whipping cream
60g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
bungkus biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir  secukupnya
serbok kok/cokolat utk hiasan

cara-cara:
1) pukul whipping cream+ cream cheese+ gula sehingga kembang. 
2)Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas(i guna bekas kecik jer sebab nak dia berlapis-lapis sebab ni separuh adenan jer. i guna bekas boleh masuk microwave yang petak tu)
3)Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan.
4)Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hias kan dengan taburan koko/cokolat di atasnya ikut suka bila nak makan 
resepi asal disini . i buat separuh adunan dan kurangkan gula.


 tambah bentuk love tu kan. lagi bertambah-tambah kasih sayang. gagaga. tu resepi tambahan untuk kuatkan lagi kesan ubat pengasih ni. 

 sebab i mengamalkan konsep 'yang penting rupa' dalam masakan, buat benda cantik macam ni boleh mendatangkan mood yang baik. haha


selamat mencuba!

4 comments:

Princess Cindellyna said...

alamak!saya pun ada sweet tooth gak!cuma mls nk bt je.. huhu. bestnya tiramisu nih... nyum2!

Legally Pink said...

Ah bestnya if I can cook and bake like you. I tak reti masak sgt hehe

zailamohamad said...

nampak macam senang!

gee ryder said...

farah, faizal suka sangat ni tau. tapi kitorg tak tau apebende sebenarnye. teruk kan?? hahah
asik duk teka cam ada caramel jer sbb rasa manis.