Pages

Friday, 10 February 2012

swedish meat ball with cheesy sauce

meat ball with cheesy sauce,kidney beans paste, steamed brocoli and potato

ala-ala ikea giteewww..tapi versi baby..hehe

lama jugak ummi tak makan ni *hint*

bahan-bahan: resepi asal boleh refer kat sini

resepi meat ball

  • 3 sudu breadcrumb (saya bakar roti sampai keras, pastu blend kasar)
  • 1/8 cwan yogurt (resepi asal guna susu)
  • 2 ulas bawang merah cincang halus
  • 1 ulas kecik bawang putih cincang halus (yang ni saya tambah)
  • 200 g daging cincang
  • 1/2 biji telur
  • a dash of serbuk lada sulah (kalau baby xmakan pedas xpayah letak..resepi asal guna allspice tapi saya xde)
  • 1/8 teaspoon ground nutmeg(tak de tak payah letak)
  • 1/2 cawan carrot (tambah sayur bantu meatball kekal bentu. tambah nutrisi jugak)
1)rendam breadcrumb dalam yogurt lepas tu campur semua bahan..bentukkan bulat-bulat. simpan dalam freezer untuk kekalkan bentuk dia

bahan untuk kuah:
  • 2 sudu besar minyak (saya campur olive oil 1 sudu, unsalted butter 1 sudu)
  • 1 sudu besar tepung atta
  • 2 oz homemade stock (bagus kalau ade daging, tapi saya guna ayam jer sebab ayam jer ade) 
  • cheddar cheese
panaskan non stick pan masukkan minyak. masak meat ball sehungga perang. golek-golekkan supaya masak sekata. bila dah masak, keluarkan meat ball dan buang sedikit minya sehingga tinggal satu sudu jer. dalam oan yang sama, masukkan tepung attar dan kacau sehingga menjadi paste macam peanut butter. masukkan stock ayam sedikit demi sedikit dan sentiasa kalau supaya tak berketul..masukkan air sedikit demi sedikit sehingga kepekatan yang kita mahu..masukkancheddar cheese, kacau sehingga semua cair

hidang dengan brokoli dan potato steam dan kidney bean paste

susun dalam pinggan bukan main kan..ni jer rupa sebelum masuk perut maryam..haha

menu dinner. jadi pasta with cheesy pumkin sauce and baked meatball pulak

cheesy sauce ade banyak lebih. so i panaskan petang, campur puree butternutsquash. pastu bakar meatball tu dalam oven.

saya tak guna daging cincang ramly untuk food maryam. kebetulan walid beli daging so i cincang sendiri jer. biasanya i guna daging batang pinang. sebab i tak de food processor *hint lagi yo!* i hiris daging nipis-nipis pastu i chop chop chop dengan pisau besar macam orang jual ayam guna tuh..agak gigih lah jugak. kalau ade food processor senang la kerja *hint lagi  dan lagi* haha..tapi fun la jugak. sampai maryam yang tengah tengok tv pergi jenguk kat dapo ape la ummi buat bising sangat. dia ingat i berjoget so dia ikut berjoget sekali. apa daaa...

meatball lebih saya simpan dalam tupperware. lapis2 dengan palstik wrapper tak nak kasi melekat. boleh guna dalam masa 4-5 hari..so hari-hari maryam bermeatball..haha

6 comments:

Teenager Housemaid said...

mak aih..sedapnya..
terlir saya memalam cenggini...hehehe

Byzura Mj (By) said...

tak kira! aku nak jadi anak angkat ko! wakakaka leh makan sedap2

♥MAMASYAZA♥ said...

memang nampak sedap sgtttt

wardahkamaruzzaman said...

tergodes nya saya...

Atikah Honey Bee said...

resepi utk 8 bln ke atas...klu bru nak msk 8bln, bleh ker?

cik aletheea: said...

hohoh....
lapar tengok...
adeh...