Pages

Tuesday, 28 February 2012

semalam hari makan

mood tak nak makan dia dah habis kut. semalam makan oat+ yogurt+ buah..senang kan makan yogurt ngan oat..boleh buat satu mangkuk besar makan sekali ngan ummi. maryam pon makan dengan enjoy sebab konon-konon makan food ummi la teww..padahal ummi yang makan food awak..cuma dalam mangkuk ummi jer. hehe

lunch: kemalasan terserlah. flat bread pizza. he he he

semalam sebab dok bercakap pasal belut kat group teringat kat belut dalam peti. masak padpik tak tahu lah eja cmane..muahaha..tapi masa keci i sebut paprik jer..bila besau baru tahu ooo paprik lain. ni pakpik/ pad pik..mak pon tak tahu la nyahhh...nenek mak dia sebut jer..tak ajar mengeja la pulak kan..hehe

 sebab mak yang masak..so mak yang layak letak nama kan. mak nak letak nama padpik..husband pon panggil paprik sebenarnya..sama ngan i panggil kecik- kecik

resepi padpik/paprik belut

2 labu bawang merah besar
4 ulas bawang putih
1 incihalia
1 inci kunyit
2 batang serai

(semua bahan diatas diblend)

2-3 sudu besar cili kering giling
hirisan daun limau purut
garam dan gila sebai perisa

belut lumur dengan garam kunyit. goreng garing

tumis bahan blend sehingga naik bau. masukkan cili  kering. masak sehingga pecak minyak. campak daun limau. perasakan dengan garam dan gula. masak sehingga pekat. campur dengan belut yang dah digoreng tadi. siap~

kalau awoh saya buat dia guna cili padi. so pedas bedesing sampai meleleh air hidung. mak guna cili kering je. tu pon dah pedas. huhu

semalam makan ngan sup bening/ sayur air bayam. husband suka belut masak macam ni. semalam dia makan bertambah sampai senak. haha. dah la malam nak main badminton. =) tak puji sedap pon i tahu sedap. kan bie?=P

maryam pon nak belut padpik jugak laaaaaaaaaaaaa...


1 sudu bahan blend kat atas (bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, serai)
tomato puree
sayur (i guna carrot ngan brokoli floret)
daun limau purut
belut lumur kunyit pastu shallow fried sampai masak

tumis bahan blend sehingga wangi. masukkan tomato puree dan carrot. masak sehingga tomato masak, masukkan brokoli.  pastu gaul sekali ngan belut
 belut padpik/paprik maryam. hihi

i masak pon sekali arung. masak beras putih ngan beras perang. walid, ummi, maryam semua makan nasi tu jer. tapi masak tak keras sangat=)

 maryam makan sambil ummi masak dinner walid

tak nak dok atas kerusi. duduk la awak bawah kerusi

dia makan=)

i rasa bau-bau wangi serai daun limau tu menaikkan selera dia kut..habis nasi 3 sudu besar.

5 comments:

gee ryder said...

camne la maryam makan nasi 3 sudu besar jer bole sangat chubby. kalau afeef 3sudu tu sikit sgt haha. umpama dia xnak makan.
tapi makan banyak habis semangkuk pun tak besar2 budak ni. hadoiii!

mrs.spicy said...

susu ummi berkhasiat=P 3 sudu besar..bukan 3 suap gee..kene ingat perut baby besar segenggam tangan dia jer..kalau makan banyak boleh buat xhadam..huhu

Cik Rose Cute said...

follow sini..

Madi @ Aed said...

garam dan gila sebai perisa..typonyo~~haha

Wuhuu Mommy said...

aha...first time jumpa org share resipi phakpik..ni sbnarnya resipi org thailand..i tau pun MIL ajar sbb dia kelantanese :)

tp mmg sedap makan dgn nasi panas2..i selalu pakai keli je :)