Pages

Friday, 3 February 2012

sayur lemak labu dengan grilled salmon

 sayur lemak labu, grilled salmon, beras siam+ beras perang

dah macam menu orang besau kan..hehe..memang menu ummi ngan walid sekali pon.

untuk masak lemak labu, tumbuk bawang merah, bawang putih sangat sikit, ikan bilis ngan ladahitam. campur sekali ngan santan, pastu campak labu. masak sehingga lembut. pastu asingkan untuk maryam. letak dalam bekas lain. sebab nak tambah garam untuk ummi ngan walid. dan tambah sedikit serbuk lada hitam. maryam punya xpedas sangat. hehehe

siap sayur lemak labu maryam

sonang kan. masak sekali harung. ummi suka kerja senang.

grilled salmon maryam lagi la sonang. sebab grilled kosong. wahahaha. kalau nak bagi perisa lagi moleh perap ngan halia and bawang putih. tapi kosong pon setap jugak makan ngan kuah lemak dah ade rasa.


 menu lunch satu family. for ummi ngan walid tambah lagi ikan kerisi sumbat dan belut goreng lebihan dinner semalam...warna hitam sebab dalam sambal letak gula. (beria-ria explain takut orang kata dia goreng ikan hangit)gagaga. ikan kerisi sumbat ni letah bawang merah banyak, bawang putih sikit, halia, kunit, serai, dan asam jawa. seimbangkan rasa masin dan manis. kalau masak ikan kerisi, pesen ni jelah walid maryam suka. hehe. makan dengan sambal memang selalu ade. wajib. sebab tu buat secara pukal jer senang.

haha. menu simple jer dihari rabu lepas. walid cuti tak pergi mana pon. berpeleseran dirumah.=)


dah pecah dah pelampung cik ain kasi ni. *sobs*

2 comments:

ederq said...

eh kenapa sama ni. haha semalam je baru plan nak masak ni kat cha. tapi pagi tadi baru tengok santan kat freezer. so esokla mommy masak grilled salmon n lemak labu ni.
lemak putih labu ni mmg fave i!

Anonymous said...

salam..nk tanye,baby 9 bln dh leh mkn santan eh?