sabtu kami kami kami

yeay yeay yeay!

ni timbang hari sabtu lepas. lepas seminggu. i tak letak target pon seminggu nak turun berapa..sebab takut jugak. makan masih jugak kerap..maybe kurangkan kuantiti jer..lalala~ happy. makin bersemangat..4.6 kilo lagi target.hehehe

maryam sekarang pagi-pagi dia laju makan kalau i buatkan dia pancake, roti, cucur..tapi malas la ummi nya nak buat tiap-tiap hari. bagi oat memang tak nak. buah laju pulak makan. so kalau ummi malas tu makan buat jer as breakfast. jadi baby balik.hehe


butternut squash bakar

bakar alternative xnak keluarkan steamer selain guna microwave.
labucado. baby sangat kan? hahaha..menu 6-8 bulan dah ni maryam..ni antara menu yang dia suka masa baby-baby. kalau avocado memang kene sembunyikan dalam buah manis lain kalau nak bagi dia makan

sebab dia dah 1 tahun, ummi add sedikit citrus.habis semua ni dia makan. buah dia memang laju.

for ummi and walid ummi buat nasi lomak sambal sotong. hehe.



for walid cup D. hehehe

 sapo kata diet xboleh makan nasi lomak?

sebab homemade, lemak pada nasi tu dikurangkan. sambal tumis memang xmoleh tolong lah..xkan nak makan nasi lemak ngan sotong rebus kan. haha. telur instead of makan ngan telur mata i rebus. and makan ngan veggies-veggies setap. selain mentimun jepong ni, i celur kangkung jugak makan ngan nasi lemak. and nasi tak moleh la nak cup D macam orang kat atas tu. cup A sudah la.

menu maryam untuk lunch

lemak kuning labu dengan udang ngan nasi beras merah + beras wangi+ millet+ quinoa

lemak kuning labu ngan udang ni i main campak jer sebab mula-mula ingat nak keluar. so masak cepat2. sekali xjadi keluar daaa..duduk jer rumah sepanjang hari

masukkan santan dalam periuk, campak bawang putih, bawang merah, sedikit halia, sedikit kunyit, labu, dan juga udang akhir sekali. (1 yahun ke atas sebab ade udang)

baca doa makan. amin~


tengahari menu insaf lah ape lagi..haha

ikan bakar ngan air asam hot

resepi air asam hot untuk rujukan dimasa hadapan 

1 biji tomato
7 biji cili padi
1/2 biji bawangholland saiz cute
sedikit belacan (dibakar)
2 sudu besar asam jawa (campur ngan air buat air asam jawa)
limau nipis
garam dan gula

tomato separuh di blend, separuh dipotong dadu. blend tomato dengan air asam jawa, cili padi 4 biji, belacan sampai haluih. pastu didalam mangkung campur dengan tomato didadu tadi. bawang hollang hiris nipis-nipis, lagi 3 biji cili padi hiris halus, air perahan limau nipis secukup rasa, dan seimbangkan rasa garam gula.

makan pon ngan sayur air...haha

menu petang yang diriject

sama jer ngan menu tengahari padahal. cuma sebab nak jimat masa oanaskan i campur sekali then panaskan..tapi dia tak nak. sesuap jer dia makan. i anggap dia tak lapar sebab dia kuat menyusu. so i makan. SAMPAI HABIS. hahaha. sedap ok, lemak labu ngan udang ni.

setengah jam kemudian dia menyendeng-nyendeng kat i sambil gigit semua benda yang boleh gigit. alamak! lapar ke? errr..ummi dah habiskan bubur maryam la. 

kebetulan masa tu tengah bukak page homemade solid for for yor baby tengok yamie post murtabak nasi terus dapat idea. i memang dah celur bihun untuk dinner walid i nak buat lakna jer.
menu terdesak maryam. sebab kalau dia lapar tak boleh tunggu tunggu dah. harus pantas dan tuntas. omelet bihun. telur separuh biji+ bihun+ garlic+ puree peas. kacau sebati. masak dalam non stick pan. letak minyak sikit.

omelet bihun simple for maryam.

3/4 dia makan. haha.lapar la teww..tadi ummi suap bubur tak nak.


murtabak bihun aka omelete bihun for maryam. bihun lakna for maryam

okeh.korang makan lah. ummi nak pegi gym
boleh tak biarkan ummi ambik gambar sorang-sorang maryam? gambar maryam dah selalu ade kan???a

*maryam tengah menari zapin kut?*

You Might Also Like

7 comments