Pages

Wednesday, 15 February 2012

roti john bolognese

satu lagi menu breakfast yang tersangat simple inspirasi dari kak fara gojes... pagi-pagi i kene masak menu cepat sebab maryam bangun tido dia nak terus makan. kalau tak dia g merayu-rayu kat dapo. sambil gigit kabinet dapo. boleh?


bahan-bahan

telur separuh biji
sos bolognese (lebihan makan semalam. frozenkan) resepi sini
roti burger/roti hotdog tu lagi baguss

campur telur ngan sos bolognese. panaskan non stick pan letak sedikit minyak/unsalted butter. curahkan campuran telur tadi. letak roti sebelum telur masak. masak sehingga telur masak sepenuhnya.

roti john bolognese is ready to ngap

untuk tujuan bergambar semata-mata

maryam makan 2 hiris tu jer..macam 1/4 roti lah. selebihnya ummi. haha

sibuk nak suap orang

soooo...yummy~

snek. buah naga. berbiji-biji lah poopoo dia dua tiga hari ni..haha

maryam kalau makan food ketul dah sangat expert. i boleh tinggal dia dengan sepinggan penuh food, dia dah boleh ambik satu-satu. dah tak tamak macam dulu. train gula sudu gagal lagi.huhu

3 comments:

zailamohamad said...

idea yang baik ni..buleh try buat nati

Messy Mummy said...

Senangnya cenggitu.. my daughter kalau lapar tak der hint pun.. payah nak make sure dia lapar ker tak..

nieda said...

suka tgk maryam berselera mkn