Pages

Wednesday, 8 February 2012

menu putih kuning merah

 maryam dah slow dah makan nasi keras, so i dah kembali masak nasi lembik untuk maryam 

nasi lembik ni campur 1 sudu beras merah+ satu sudu millet+1 sudu quinoa+ 2 sudu beras putih

millet ngan quinoa tu saya sangai kejap..pastu masak mcm biasa..letak air banyak-banyak sikit, kasi millet kembang sekembang kembangnya...

menu hari isnin maryam sup bening butternutsquash, yellow zucchini, dan parsnip

parsnip untuk 6 bulan ++. rasa dan bau sebiji carrot..manis-manis macam carrot jugak..ade rupa lobak putih sikit kan? tapi parsnip ni lagi gelap kaler dia. 

yellow zucchini. 6 mo ++ jugak..suka yang kuning ni..xrasa pahit macam yang hijau. tapi yang hijau pahit-pahit pon maryam telan jer. bagus itu budak


 butternut squash juga untuk 6++, rasa, kaler, texture sebijik labu..memang sejenis labu pon kan..i ingatkan rasa lain...very sama. i steam dua-dua nak compare rasa, hurmphh..memang sama..cuma butternut squash ni harga hampir 10 kali ganda mahal?

 bahan untuk sup bening

sedikit ikan bilis saiz kecik
sebijik lada hitam
bawang putih
bawang merah
sayur mayur 

masak ikan bilis, lada hitam, bawang sehingga menggelegak, kemudian campakkan parsnip. masakkan sehingga lembut masukkan butternut squash dan zucchini. masak sehingga semua lembut

sup bening kuning putih

makan dengan ikan merah grilled kunyit+halia +bawang merah+bawang putih

minyak lebih buat grilled ikan buat sauteed bawang holland dan capsicum. makan sekali. setapppp..wangi..hehe

 buat bekal for dinner, ummi campur jer semua jadi bubur


bawak bekal dinner sebab maryam nak pergi rumah zareef. zareef dah big boy. dah setahun dah. handsome pulak tuh

 mula-mula sampai dia tido, bangun jer tido bermaharajalela dirumah orang. haha



 ummi pon tumpang excited. naseb baek ade anak. cover line. haha

anak kawan husband, lebih kurang umur maryam, tapi bila sekolah beza setahun..comel..mulat mulat

ni jer gambar zareef paling clear? adoila camera man...gagal. gagal!

3 comments:

PrincesS WiLLiaNa said...

salam...nak tanya..squach, parnship,zuchini tu sume beli kat mana yer? puas saya cari...

PrincesS WiLLiaNa said...

salam..nak tanya, parnship, squash,zuchini sumer tu kat mana boleh beli yea?puas saya cari..

mrs.spicy said...

cold storage ade..sesetengah jusco pon ade