Pages

Wednesday, 29 February 2012

maryam makan ape hari ni?

menu semalam maryam...


oat+ kiwi+ pear+ yogurt+ perahan oren (setahun keatas)

kali ni guna quick cook oat jer. sebab maryam dah marayu-rayu nak makan. over anak mak. semalam jumpa cara cepat masak rolled oat...nak try la nanti

untuk lunch pulak,

first time dia makan, daging masak kurma


bahan-bahan:

rempah 4 beradik
seulas bawang putih, seulas bawang merah, halia sikit (hiris)
1 sudu penuh serbuk rempah kurma adabi
sayur mayur (carrot, peas,sebiji tomato)
daging cincang9cincang)
santan cair

tumis bawang dan halia dengan rempah 4 beradik sehingga wangi masukkan 1 sudu rempah kurma yang dah dicampur air sedikit, masak sehingga rempah masak. bila dah masak pecah minyak, masukkan daging. bila daging masak, campan santan dan sayur mayur ikut yang paling lambat masak.

daging macam biasa i cincang sendiri jer guna daging batang pinang. semalam jumpa cara senang. sebab malas nak tunggu dia mencair, i cincang masa beku. lagi senang nak cincang masa dia beku kut...lagi haluih dari daging cincang ramly okeh..tak payah beli food processor dah la macam ni..

nasi beras perang+ beras siam makan ngan kurma daging

3-4 sudu nasi

alhamdulillah dia makan. tak habis tu normal-____-"

maryam pernah melalui stage dimana dia tak nak makan langsung. susah nyelah hati mak masa tu kan..tapi masa tu dia bawang 1 tahun lagi. masih bergantung ngan susu..kalau dia tak makan memang dia menyusu banyak giler so sepatutnya tak payah risau dah..hehe

sekarang dia pon dah besar..semestinya lah makan lagi banyak..tapi jangan expect baby makan banyak giler habis satu pinggan penuh kan..perut baby besar mana jer pon. segenggam tangan dia jer..nak isi susu lagi kan..purata maryam makan 10-15 suap la..kadang-kadang time tak nak makan tu 5-6 suap jer. i dah puas hati dah, as long as dia makan..breakfast kadang-kadang 3-4 suap jer. sebab breakfast bangun-bangun jer dia menyusu maybe kenyang..tapi biasanya dia sambung makan masa snek..kalau tak makan snek memang dia akan mengamuk la tengahari tu sebab lapar sangat..haha tapi pernah la jugak datang mood makan banyak dia..20 suap habis! lepas makan terus lembik ngantuk terlebih makan..haha tak elok jugak baby terlebih makan..boleh menyebabkan ketidak hadaman..huhu

ok..berbalik kepada tajuk entry..semalam mil call cakap ngan husband..memang husband buat loud speaker sebab nak cakap ngan maryam jugak..tapi maryam ni, mana lah dia nak cakap kan..so dengar la mil tanya,

"maryam makan ape hari ni?"

"erm..entah la..ape entah..tak tahu nama"

hahaha..logic la kan..sebab memang pelik pon.=P

cheesy lempeng berlauk

kurma daging tu i panaskan sampai kering..bancuh 3 sudu tepung atta dengan air jer, tabur cheddar ches..masak atas pan..atas tabur daging kurma yang dah dikeringkan tu..

adunan tu cair macam kita buat lempeng la

dapat idea ni masa buat bingka berlauk hari tu..tapi tak letak telur dan santan..santan dah ade dalam kurma tu..lagi cepat dan pantas kan? tak payah nak bakar-bakar..kalau malas resepi bingka tu boleh la buat macam ni..hehe..tapi bingaka tu lagi lembut la sebab bertelur bagai. ni kosong jer

pastu mil tanya lagi,

" walid ngan ummi makan ape pulak?"

"errr..entah..u masak ape tadi yang? bihun sup?"

bihun ladna

menu yang almost every week ade bila rasa nak masak dengan cepat dan tuntas. tapi still xtahu nama?-___-"

ok lah..sebab berkuah bihun sup diterima la..-___-"

walid buat spot check semalam. balik awal nak tengok ummi kemas rumah tak..kemas hokeii..cuma xsiap lagi jer..ekekek..dapo tak siap kemas lagi..

walid tido..maryam nak main ngan walid




dia suka lempeng..habsi sebijik..lepas walid makan, walid pulak sambung suap..ummi nak sembahyang..tengok-tengok habis sebijik..

(takdelah omputeh sangat anak mak..suka makan lempeng je haaa)

i siap sembahyang dia nyendeng-nyendeng macam lapar lagi..huk huk..ummi malas dah la nak masak maryam. makan roti je lah..=P

food walid macam lagi setappp jer

6 comments:

Madi @ Aed said...

wah..masak kurma..yummms

alqasam said...

Sis, tepung ata tu apa? boleh tak bagi baby 1 setahun sebulan makan? Satu lagi, nak tanya tips utk simpan makanan or freeze kan bagi a busy woman. puree campur or asing, sup2 or stok tahan berapa lama ye..sebaikanya campur or tidak sayur2 tu? TQ

NenetPenne (NP) said...

fara memang rajin
rajin google resepi
rajin try itu dan ini
net pun rajin jugak
rajin google resepi jelah
nak masak tu..errrrrkkkkkk errrkkkkk haishhhhh....*tunduk geleng2 kepala*

gee ryder said...

sebab dia dah biasa makan banyak farah kalau yg dia suka. tu yg kalau makan sikit jadi risau takut dia lapar. tapi kalau makan byk memang membuang banyak la.
dan kalau makan sikit jadi menyusu kuatla.
so lps ni mama xperlu risau sgt la kalau dia makan sikit hehe...
jgn emo2 farah...komen camtu sebab xtau rupanya kalau sikit camtu dah cukup :p
maryam sebenarnya lagi bagus dari afeef sebab dia nak makan suma benda. afeef ni memilih sebab tu risau kalau dia makan sikit. bila time snek bagi2 buah pun dia taknak.
ok cheers! thanx for info :)

Irfa said...

untungnya marwaym dapat mummy yg rajin masak ;)

menu maryam buat aunty telan air liur la

gee ryder said...

btw, sorry farah yer...gee takde niat papepun. cuma risau jer. rupanya takpe makan banyak tu utk umur dia.
sebab dgn badan dia yg tak naik2 tu, lagilah risau kan...
sory sebab mungkin ayat semalam tu tak betul tulis...dalam pale otak lain, tulis lain...mabuk!