Pages

Tuesday, 3 January 2012

walid cuti..bestnya!

 ala..esok dah kerja... sangat tak best lorr..dah tak de teman bergaduh dah..haha..sejak husband cuti ni macam tenggelam timbul jer update blog dan kat fb..mak buzy nokkksss..kalau tak keluar kan masak-masak. bangun-bangun pagi celik jer mata masak, berhenti suap maryam, kemas dapur tengok-tengok dah nak dekat pukul 11. kene masak lagi untuk maryam. sambil-sambil masak lunch. suap maryam, makan lunch, kemas rumah, sembahyang, sediakan minum petang (kalau rajin), pastu kene masak dinner pulak. pastu mandi, siap2 kan maryam nak tido pulak. maryam susah sangat tido skarang. dah susah nak bersenang lenang malam. pastu meamng dah penat sebab siang xhenti-henti baut kerja rumah, malam-malam yang i tahu i nak katil jer. ngantukkk...

tu kalau xkeluar rumah, kalau keluar lagi lah... sebab tu kadang-kadang kalau tak de tujuan nak keluar i suka lepak-lepak dirumah sajor.

breakfast walid dan ummi, pulut ikan kering

kalau kat rumah i, kat kelantan, untuk breakfast memang pulut tu akan selalu la jugak ade atas meja. kalau bukan pulut ikan kering, pulut pagi, pulut panggang. nyumm..kalau i balik kampung pon selalu request pulut ikan kering/ pulut ikan rebus goreng. macam lah susah sangat nak buat sendiri kan? hahaha.. i tak pandai tanak pulut sebenarnya..ni first time buat pulut ikan kering, pagi-pagi call mak kat kelantan tanya camane nak tanak pulut. bembebel-bebel ibunda dikampung anak perempuan dia tak pandai tanak pulut. gagagaga..bukan tak pandai mak. kurang yakin. call nak komfemkan. =P

maryam makan lempeng pisang jer

 bahan-bahan:

1/2 biji telur gred A
1 sudu teh unsalted butter
1 sudu besar tepung attar
2 biji pisang saiz cute


campur semua, masak atas non stick pan. siap~

 lempeng pisang penuh kasih sayang for maryam

lepas breakfast terus masakkan maryam lunch sebab mau keluar. masakkan vegeroni kungfu dengan kuah sup ayam. sebab ade lagi separuh telur ayam lebih masak lempeng pisang tadi.

 bahan-bahan

serba sedikit rempah 4 beradik
halia
bawang merah
bawang putih
homemade stock ayam
1/2 sudu rempah sup adabi
celery
isi ayam
sayur-sayuran (carrot, tomato, brokoli)

vegeroni kungfu: masak sehingga kembang, toskan, campur dengan telur, masak diatas non stick pan, letak sedikit minyak.

untuk sup:
1. tumis rempah 4 beradik, bawang, halia dengan sedikit olive oil sehingga wangi. masukkan rempah sup adabi.
2. masukkan isi ayam, air dan stock ayam.bila dah gelegak masukkan sayur mayur ikut yang paling kera. celery, carrot, tomato. akhir sekali sebelum tutup api, masukkan brokoli



 siap sup ayam 

 letak dalam thermos untuk kekal panas

 kalau berjalan suka sangat~

 tido jap. saya ngantuk la~

 tahu ummi marah bila berdiri dalam baby chair. tapi nak buat jugak

 duduk immi cakap. duduk~

 baiklah

 maryam duduk la ni

 ummi tak fun!

yummm...sedap nye food ummi ngan walid

maryam dapat timun pon jadilah~

kita pakai baju aunty baiti ngan uncle roch kasik lah..santek tak? tq aunty ngan uncle~

3 comments:

Papa, Mama & Azra said...

azra dulu kitorang pakaikan belt kat baby chair. Dia pun belum tahu nak bukak. Jadi selamat la. Now, dah pandai buka sendiri, pandai plak mengamuk, kitorang duduk je kat seat bagi dia makan berdiri..haha!

zailamohamad said...

cuti sokmo husben farah..best tuh!

husben kak ila cuti ada banyak tapi takleh cuti sebab keje banyak..huhuhuhu

serious sero lama dah tak cuti berdua;( kalu ada masa pon, keliling ada 3 kanak-kanak ribena t____t

LiTtLe^m3 said...

Alo comelnya maryam. Uiks baju 2 & 3 thn dh boleh pakai? Uncle roch pilih tu baju tu. Ummi & walid suka tak?