Pages

Sunday, 29 January 2012

menu 3 dalam 1

 yogurlicious banana pancake untuk breakfast. resepi sini. cuma hari tu hiris2..kali ni lenyek campur terus.

 happy masa breakfast=)

 ni resepi masa husband OS hari tu...hehe..masa ni mood masak menurun. buat yang senang-senang, campak-campak, siap~=)

salmon soup with pumpkin, peas, mushroom. makan dengan pasta


 bahan-bahan untuk soup

salmon (steam)
bawang holland (cincang)
bawang putih (hiris)
halia
celery stick
2 oz puree peas
2 oz puri labu
cendawan butang (cincang)

tumis bawang dengan olive oil sehingga lembut dan wangi. masukkan air, celery stick dan puree (peas dan labu) masak sehingga menggelegak dan pekat. masukkan salmon yang sudah disteam tadi. 
pecah-pecahkan isi salmon. gaul sebati. sedia untuk dihidangkan.

 makan dengan penne, hiris kecik-kecik. 


dinner, masak rolled oat, bila mengembang dengan jayanya masukkan sup.

nyummm~

pakai baju mok sa bagi. bali mali

tapi ade lebih lagi daaa..ummi frozen kan untuk breakfast esoknya

mashed potato and sweet potato with salmon+pumpkin+peas+mushroom gravy

mashed potato+ sweet potato dengan unsalted butter sikit masa panas2. nak tambah susu pon boleh. tapi i tak tambah pon.

kentang ngan keledek beli kat cameron itu hari. setapppp~

gravy pulak, blend hancur jer itu sup.

sudah siap breakfast



maryam dah boleh terima mashed potato dah. dulu dia tak nak. mesti luah balik kalau suap..huhu

2 comments:

widydib said...

bertuah lah maryam dapat umi pandai masak tuk dia...hehe

♥ Elin ♥ said...

SEDAPPP!!!!