Pages

Friday, 20 January 2012

mode: kekurangan kasih sayang

 breakfast maryam semalam: flat bread pizza

lebihan sos bolognese semalam, tabur cheese..bakar 180 degree c benerapa minit smapai cheese cair..done! senang kerja ummi..ngehehehe



 nyum..sekeping jer dia makan..sekeping lagi ummi makan

sekarang kalau masakkan nasi lembik untuk maryam suka tambah millet dengan quinoa ni jugak..so sekarang bukan lagi beras perang + beras wangi...dah jadi beras perang+beras wangi+millet+quinoa. setappp..manis2 dan wangi jer..

 millet dan quinoa

dua-dua sebelum masak i sangai dulu..lagi wangi bau dia

 lepas snek dan menyusu dia tido..boleh lah ummi masak campak-campak kejap. hari ni masak bening or orang german panggil sayur air..

 bahan-bahan:
1 ulas bawang merah, sat ulas bawang putih (hiris)
2 biji lada hitam (diketuk kalau baby xmakan jangan letak)
bayam
salmon kukus (kukus ngan halia sikit)
tofu

masak bawang, lada hitam dengan air sehingga menggelegak. bila dah gelegak masukkan salmon, bayam, dan tofu..siap~

hehe..sebab salmon dah kukus awal-awal, bayam masak kejap jer, tofu pon masak kejap. so campak kacau siap lah..hehe..kalau salmon xsteam lagi moleh masukkan awal sebelum menggelegak.

 ummi nk ambik gambar pon tak menyempat. lapar sangat ke?

sup bening/sayur air bayam dengan salmon dan tofu

memang betul campak kan? haha..siap semua lauk ngan sayur dalam satu sup..macam ni mak suka..tak payah bersusah payah

 ini lah ropa 1 sudu besar beras perang, 1 sudu besar beras wangi, satu sudu besar millet, 1 sudu besar quinoa

lepas sangai millet ngan quinoa sampai melompat-lompat dalam pan tu tapi jangan sampai jadi macam popcorn. campak jer dalam rice cooker bersama beras yang telah dibasuh..masak sehingga lembut..1 letak air 2 cawan lebih.

 lunch maryam sudah ready untuk di ngap

dia makan tak banyak sangat. biasa-biasa jer...8 suap..lepas tu terus mencari nenen. dengan kuasa tetek tido. ngan mak-mak nye sekali tido..sebab tido dipeluk maka lama lah dia tido..terkejut i bangun-bangun dah petang. akibatnya malam ni tido lewatlah..pukul 10 baru tido tadi


 untuk petang ummi tambah labu. lagi setap rasa manis-manis

lapar tido lama kut...banyak jugak dia makan petang..hehe

esok walid maryam dah balik. agak pelik la dia os kali ni...dah jadi macam pasangan 10 tahun kawen. sentap mak nokk..biasa kalau dia os malam siap lah bergayut. pagi dikejut..kali ni tanya makan apa pon tak. malas nak mecok-mecok. takkan setiap kali os nak mecok kut. daku biarkan jelah. bila biar begitulah sepanjang dia os ni. takde good night-good night..good morning kul 9 pagi kalau rasa nak tegur kat gtalk. kalau mecok pon sudah tahu jawapannya. baru 3 tahun kawin neh. ke sebab ni daku stress lalu kekurangan susu? kekurangan susu sebab kekurangan kasih sayang. cari kasih sayang lain kangggg~!

drama sangat ummi maryam kan..harus lahhhh..grrrrrrr

4 comments:

zailamohamad said...

biasolah tu Farah, kak ila ni dah kalis dah..setiapkali husben outstation samolah nga husben Farah.senyap jah..awal2 ngaju juga tapi lepas tu malas nak baso doh:P

yang penting setiapkali balik WAJIB ada hadiah..hahahaha *dasar materialistik*

Lady Windsor said...

suka tengok drama ummi maryam ni...smart tau...hantar mesej melalui blog...well done!

o ya i bet maryam will gorw up smart too..like mother like dotter teww...hehe!

etiey.com said...

rajin eh umi masak bg budak bolat ni makan... comel maryam!

etiey.com said...

rajin eh umi masak bg budak bolat ni makan... comel maryam!