Pages

Monday, 23 January 2012

mari memureeee~

*ni scheduled post..tuan blog tengah makan nasi belauk serati gulai.nyummmmm*


hari ni kita nak main puree-puree

bahan yang mahu dipureekan nectarine+ plum, peas carrot dan labu

kita steam sehingga lembut. kita steam untuk kurangkan nutrisi yang hilang semaa process memasak..kalau rebus rugi. banyak nutrisi hilang. lagipon, kalau steam lagi setap!


ok, kita mulakan dengan puree nectarine +plum. ini step untuk mommy-mommy yang anaknya baru mahu belajar makan. texture haruslah lembut dan halus. senang baby nak hadam. elak sembelit juga. 

lepas steam, blend. blend sekali dengan air yang ade dalam piring lepas steam tadi.

lepas tu kita tapis. guna tapis besi yang jarang ni. 

tapi sambil tekan-tekan untuk keluarkan puree texture lagi halus dan mulus
ok dah siap..halus dan mulus. hehe

boleh simpan dalam bekas kecik. frozenkan, hapas yang kasar tu kita buang. (eh..mommy makan pon setap)

manyak senang bukan?

next..peas. selepas di steam, kita blend

maryam baby besar. i blend kasar jer. dan of cos tak tapis.

next. labu. mula-mula steam sekali ngan kulit


scoop isi from kulit guna sudu


dan lepas tu lenyek-lenyek jer. (maryam kan baby besau. tak payah tapis dah)

lepas semua dilenyek, moleh lah disimpan didalam bekas tertutup. 
atas sekali : puree jagung. guna jagung fresh. lepas steam, hiris ambik isi, blend.=)

yang kedua, puree jagung dan carrot. caroot buat 2 jenis. satu lenyek halus. lagi satu simpan dalam bentuk stick. maryam boleh buat snek or nanti campur dalam food ada la texture

ke 3, labu. superfruit tersedap

ke 4, peas dan nectarine+plum




ice tray ni beli kat giant. buat saiz kecik-kecik puree ni senang nak masak ambik sikit-sikit. sebab kalau dah keluarkan, cairkan kita dah xboleh bekukan balik. kene habiskan dalam masa 24 jam simpan dalam fridge. so kalau buat letak dalam bekan besar, membazir kan?

simpan puree dalam peti kat bahagian dalam. jangan simpan di pintu peti. lagi tahan freshnessnya. boleh tahan 3-6 bulan. tapi untuk baby kita cuba habiskan dalam masa sebulan. yang terbaik, kita buat sikit-sikit, untuk 1-2 minggu sahaja. senang bukan?

lagi pantas dan tuntas masak guna puree ni. contoh, baby bolognese.



bawang holland, bawang putih (cincang)
cendawan butang
celery
puree tomato
puree labu
isi ayam
italian mixherb

tumis bawang dengan olive oil, masukkan isi ayam dan cendawan kacau sehingga masak. masukkan celery. puree tomato, labu. dan italian mixherb. kacau sekejap jer sebab puree memang dah masak. sambil-sambil tu rebus pasta.

less than 15 minit kita dah siap masak pasta dengan bolognese sos. masuk thermos, iap untuk jalan-jalan. hehe


so sape kata homemade susah?

6 comments:

Myluv - Syl said...

hi.. bestnye puree memuree. bersemangat syl nk buat.

betty said...

sesuai sgt untuk ibu2 bekerja.. such a nice blog

Hunny said...

seronok sangat baca blog umi maryam ni.rasa nak benti keje duk umah masak2 untuk anak beranak.best nyee...

Mama2Q said...

macam2 idea awak kan..besh la...tq for sharing

adam dan hawa said...

salam...nak tanya..bekas tu ade penutup x?..bekas puree tu..

adam dan hawa said...

salam..nak tanya...bekas puree tu ade penutup x?...cantik jer bekas tu