Pages

Wednesday, 30 November 2011

trio fruits crumble

 dear maryam kesayangan ummi,

maryam tetap yang terpaling kesayangan walaupon kesayangan maryam adalah walid. =(

pagi-pagi maryam dah buat ummi stress hari ni. maryam bangun awal. so ummi buatkan maryam breakfast.breakfast kebiasaan maryam lah. (kalau ummi malas) *ehem*  oat+yogut+avocado+pisang kaki+ grape. sesuap pon maryam tak nak. maryam luah balik. hurm..ummi lah yang kene habiskan ni. so maryam minum susu jer. dengan kuasa t*t*k, maryam kembali menyambung ketiduran.

sementara maryam tido tu, ummi terus ke dapo. sediakan food maryam. dah tak breakfast, maryam minum pagi lah nanti. kita makan apple crumble nak? ummi suka,mesti maryam suka lah~ eh..tapi kalau letak apple jer tak meriah la kan, ummi kan suka campo macam-macam dalam food maryam. so kita buat trio fruits

 trio fruits crumble 

bahan-bahan: (2 kali makan)

satu biji epal, black plum, pear (dipotong dadu)
2-3 sudu teh unsalted butter
2 sudu besar tepung atta (kalau takde tepung gandum pon boleh)
1 sudu besar oat (saya guna organic rolled oat instant jenama anzen)
secubit serbuk kulit kayu manis 

cara nya:

panaskan oven pada suhu 180 degree C.
gaul buah-buah pilihan anda dengan serbuk kulit kayu manis, pastu isi dalam ramekin (or bekas yang tahan bakar)
ramas butter dengan oat dengan tepung sehingga menjadi crumble. tabur atas buah dalam ramekin tadi. jangan ditekan-tekan. biarkan bertaburan.

 begini.

bila dah cantik begitu (cantik keee?) masukkan dalam oven. ummi bakar lama jugak. 30-45 minit. atas oven kut. biar atas tu keperangan..kene lama-lama sebab nak bagi buah kat dalam tu keluarkan air dia. bercampur ngan serbuk cinnamon yang kita gaul tadi. wuhhh..tak payah gula dah teramat sedap dah. natural manis gitu. anak suka ibu setuju. heheh

dah siap

 makan dengan yogurt farm fresh yang natural lagi full cream di sukai ramai tu..memang terbaik.

kalau mak-mak baby nak makan untuk diri sendiri kan, unsalted butter tu ganti jer dengan butter biasa. pastu gaul brown sugar dalam buah barang sesudu dua ikut kemanisan yang anda mahukan, dan guna apple granny smith yang hijau lagi masam tu. bila masak campuran masam manis dan cramble oat di makan pulak dengan vanilla ice cream...so yummy. ummi maryam pemalas lipas. share je lah ngan maryam. pon dah sedap. tak manis sangat. i kan selera baby sekarang.

ni ummi punya. motif pakai pinggan baby jugak???

 dia sungguh excited bila suap. reaksi dia macam "wah..benda baru..nyum.nyum."

dia memang akan makan dengan excited kalau makan benda baru. ingatkan makan la sampai habis. 5 suap dah tak nak. suap dia luah balik. grrrr..*tarik rambut*

tengahari buat menu ulangan sebab dia macam makan sikit je kan. buat bihun kungfu dengan harapan makan banyaklah seperti malam sebelumnya hendanya. resepi bihun kungfu kat SINI. tapi sesuap pon dia tak nak. aishhhh..*tarik rambut*

sebab dia tak makan, sambil dia main-main tu (tak main sangat sebenarnya, banyak menangis serba tak kena dan asyik menyusu jer. lapar kan, tak makan) i bagi lah potongan buah, reject. rebus pasta penne tu bagi kosong, buat main. bagi brokoli, (biasa dia suka) reject. mentimun pon reject. last-last masa turun bawah nak pergi bayar maintenance fee rumah kat office management i beli roti kosong kat  kedai runcit bawah. bagi dia makan kosong jer. dia gigit-gigit 2-3 suap (happy dah i mula-mula), pastu dia tabur atas sofa. haish. *tarik rambut*

tapi ok lah. at least dia makan.

pastu walid pon balik. walid balik awal. boleh lah layan maryam sambil ummi masak. time dia susah nak makan ni, sungguh lah stress pikir nak masak ape.

masakkan ni,

eh..ni dinner walid

puyuh goreng halia, sayur air bayam, telur dadar

for maryam?

bubur oat ikan bilis bersama bayam dan labu.

masakkan dia bubur 'goreng' kamung haritukan dia suka, sebab tu i letak ikan bilis, labu dia suka, oat dia suka. bayam sebab penuh khasiat mengandungi ORAC- oxygen radical absorbance capacity yang tinggi. lagi tinggi dia punya capacity, lagi kuat dia melawan penyakit. maryam kan seleseme.

Fruits paling tinggi - prune, blueberries, strawberries, raspberries, oranges, red grapes. Veges - bayam, sawi kerinting, brokoli florets, red capsiicum, bawang. (sumber: kak @farah rahim. HOMEMADE SOLID FOOD FOR MY BABY)

wahh gitu kan. saya bukan dokter tapi saya hanya berkongsi ilmu pengetahuan.=P


cara nak buat is macam bubur 'goreng' kampung hari tu. cumanya ganti beras dengan oat. dan guna labu and bayam instead of carrot and kangkung. saya guna 3 sudu besar oat dan 1.5 muga air. resepi bubur 'goreng' kampung tu kat SINI


labu pula mengandungi beta carotene yang tinggi, juga bagus dikala anak demam, selesema, batuk. dia kan super food. untuk lawan penyakit jugek. garlic jugek. dan onion jugek. see maryam. ummi masakkan semua kebaikan untuk maryam. tapi ape maryam buat?







maryam main-main jer ngan food. habis comot. ummi biar jer maryam main ngan food. dengan harapan masuk mulut lah barang sesuap dua. suka dia main food. tapi semulut pon maryam tak makan. bubur habis jugak. tapi habis ke lantai. ummi stress.tapi ummi senyum jer. sambil tarik rambut. haish..

why lah maryam tak nak makan ni?

rupa-rupanya malam ni maryam demam. suhu tinggi lah sikit. and tak nak tido bawah. nak tido atas ummi. ni ummi dah letak kat bawah. tapi maryam tak lena sangat pon. gerak-gerak sambil tido menonggeng. cute pulak ummi tengok tido gaya camtu.

poor little maryam. sihat cepat yer sayang.

Tuesday, 29 November 2011

bihun kungfu maryam

dapat idea nak berkungfu kat group homemade solid food...maryam makan banyakkkkk sangat! rasa macam hari ni nak ber-kung fu lagi jer sebab dia suka. haha..

 bihun kungfu untk baby-baby 9 bulan keatas. (yang dah makan telur sahaja yer. harap maklum. kalau xmakan telur makan bihun sup dah la.=P)

bahan-bahan:
segenggam bihun (dicelur sehingga masak)
sebiji telur
seulas bawang putih
tomato
brokoli
puree jagung (saya buat creamy stail..separuh blend hancur, separuh saya cincang)
carrot
celery stick
homemade stock ayam (if xde, boleh letak isi ayam lepas tumis bawang and letak air biasa jer)

campur telur ngan bihun, letak minyak sikit atas non stick pan, goreng sehingga masak.
untuk kuah:
tumis bawang dengan olive oil sehingga wangi, masukkan stock ayam dan sedikit air, lepas tu masukkan sayuran ikut mana yang paling lambat masak. mula-mula carrot, pastu jagung, celery, tomato, akhir sekali brokoli

dah siap

baby's bihun kungfu


 seriously SEDAP! (kata maryam dengan muka yang serius)

Monday, 28 November 2011

pisang kaki

 dah 25 tahun hidup. tak pernah rasa nak try pisang kaki ni. ni baru rasa nak try, tu pon sebab nak bagi maryam rasa. hehe. bertuah jadi budak zaman sekarang, belum pon setahun dah try macam-macam. untuk breakfast pagi ni, try bagi dia persimmon. sebenarnya 8-10 bulan dah boleh kasi. boleh baca kat SINI.

 breakfast maryam dan ummi

oat + yogurt + grape + pisang kaki
2 sudu oat yang dah masak, dicampo dengan 1 sudu teh yogurt. makan dengan hirisan pisang kaki dan grape.

sebab first time cuba persimmon ni so bagi lah dengan buah yang dia suka. tapi dia suka grape dari persimmon. grape lagi ade rase kut. persimmon ni macam manis semata. tak pon sebab baru first time makan.

ni first time beli pisang kaki,i ingat kene tunggu lembik, hehe..along i cakap dah boleh makan keras pon. sampai google camane nak tahu pisang kaki ni masak. haha. peghakk..tapi i makan bila pisang ni lembik sikit. sebab nak makan ngan maryam kan.
breakfast ummi

biasanya i breakfast sama jer ngan maryam. sebab nak senang. i masak 4 sudu oat sekali gus. tapi texture i kasar sikit lah. baru sedap nak kunyah-kunyah. bila dah gelegak boleh dah keluarkan portion i, tinggal dalam 2 sudu, tambah air sikit lagi, masak sampai lembut.

ni breakfast walid.

biasalah, walid mana layan oat-oat ni.


 muka happy pagi ni, walid ade kan. happy la dia

eh.eh..happy sangat ni

suka dok sipi-sipi kan, pastu jatuh

 bila i cakap, "show me your teeth"

yelahhh..maryam kan special, tumbuh gigi kat telinga. -_____-"

bila i cakap, "who is maryam?"

dia dah pandai angkat tangan..ni walid yang ajar. pastu bila dah angkat tangan tu, kalau suruh tunjuk ape-ape dah tak tunjuk dah. angkat tangan jer.

Sunday, 27 November 2011

bubur ala nasi goreng kampung

lama maryam tak makan ikan bilis, mentang-mentang dah banyak lauk dia boleh makan. lagi pon ikan bilis putih dah habis. balik kampung hari tu tak sempat nak beli. nak beli kat sini melampau-lampau harganya. jadi kali ni guna ikan bilis biasa jer. beli yang dah belah. (tanda-tanda orang pemalas lipas)

bubur ala nasi goreng kampung

 
bahan-bahan:
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih 
5-6 ekor ikan bilis (direndam nak hilangkan masin)-di cincang halus
2 pokok kangkung
sedikit hirisan carrot
4 sudu besar beras (campo 2 sudu beras perang, 2 sudu beras wangi)
2 mug air (lebih kurang. kalau nak lagi cair tambah lagi air)

cara:

1. tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis dengan olive oil sehingga wangi.
2. masukkan 4 sudu beras dan 2 mug air.
3. bila beras hampir masak, masukkan carrot dan akhir sekali baru masukkan kangkung.

siap~

i perasan, kebanyakan food yang maryam suka makan adalah food yang i suka. macam pasta, yogurt, pisang, labu,oat, tomato (tu yang palin obvious lah). maybe sebab sejak dalam perut dok makan food tu jer. kangkung pon i suka. (sebenarnya semua benda i suka. *ehem*) dan pernah jugak masakkan maryam kangkung dia makan. sejak demam haritu dia tak lalu sangat makan, tadi beli kangkung kat pasar tani, buatkan dia bubur kut-kut dia suka. alhamdulillah, banyak lah jugak dia makan masa lunch tadi. walid yang suapkan sebab ummi tengah masak lunch. bila ade kangkung teringat nasi goreng kangkung, tapi untuk maryam, buat bubur 'goreng' kampung dah lah. hehe

ni untuk breakfast maryam pagi tadi

banana+ acocado+apple sauce+ yogurt

anything can scramble

walid maryam selalu cakap ummi maryam suka campo macam-macam benda pelik dalam food maryam. haha! nak buat macammana, ummi maryam suka makanan yang colorful. makanan kosong tak meriah.

ni resepi dari 365 foods kids love to eat.dapat dari group HOMEMADE SOLID FOOD FOR YOUR BABY. 

mummies yang nak share ilmu-ilmu pasal food boleh lah join group tu. disitu lah i menghabiskan masa i hari-hari sampai malas nak update blog. hehe

menu maryam pagi tadi colorful scrambled egg.


 bahan-bahan

1 biji telur
puree jagung
puree sweet potato
peas
cheese

pukul telur, masukkan puree corn dan sweet potato. masukkan sedikit unsalted butter ke dalam non-stick pan, masukkan campuran telur dan cheese. kacau sehingga telur masak.

colorful scrambled egg

for lunch, sebab nak pergi kenduri i masak something yang senang nak suap die. huhu. masak salmon bolognese with sweet potato and mushroom. pastu rebus penne. senang sikit nak suap compare to nasik.


bahan-bahan:
1 biji tomato
1 ulas bawang putih
1/4 bawang besar (sepatutnya holland, tapi bawang holland habes stok so guna bawang besar merah)
cendawan tiram
puree keledek
salmon
cheese
italian herb

tumis bawang dengan olive oil sehingga lembut, masukkan salmon. kacau sehingga masak, masukkan tomato. tunggu menggelegak masukkan cendawan dan puree keledek. perisakan dengan sedikit cheese dan italian herb. masak sehingga pekat.

 salmon bolognese with mushroom and sweet potato sauce

kat mid valley. jalan-jalan dulu sebelum pergi kenduri.

i merajuk dengan jusco midvalley sebab renovate toilet buang kerusi dalam toilet jadi susah nak breast feeding baby. so dah lama jugaklah i tak masuk jusco punya toilet. i pergi garden or pergi toilet luar jusco. sekali bila dah siap renovate lagi cantik and proper daa dia buat. heleh. sibuk nak merajuk tak cek dulu.

 meh maryam drive kereta. walid bleh rilek-rilek ok?

makan tembikai kat kenduri. sungguh la comot.


Saturday, 26 November 2011

ikan masak cendawan

 kalau baby cranky, amat difahamilah kan. memang lumrah dia. tambah-tambah kalau tak sihat sangat. kalau mak cranky kene layan baby cranky parah!

tersangatlah penat hari ni, so i masakkan ni je untuk husband. i tak de mood nak makan. i cakap kat dia, i masak food all in one bleh tak? sayur ngan lauk sekali. husband i ok jer. ape pon boleh~

nak buat paprik macam baru sangat jer makan paprik, nak buat sweet sour macam dah selalu sangat buat. so i masak kacau-kacau asalkan lauk dan sayur boleh bersatu. bila husband makan dia cakap, masak macam ni 'jeliro molek'. wah! next time boleh masak lagi.=)

i bagi dia nama ikan masak cendawan.

ikan siakan (diperap dengan bawang putih, halia, lada sulah dan garam)-sebelum goreng salut sengan satu sudu besar teping beras. goreng sehingga garing

3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji cili padi

(semua bahan diatas ditumbuk kasar)

1 labu bawang besar (hiris)
3 sudu sos tiram
2 sudu sos black peper
2 sudu sos plum
cendawan tiram
cendawan butang
brokoli
capsicum

tumis bahan ditumbuk dan bawang besar sehingga naik bau, masukkan cendawan, kacau sehingga cendawan lembut, masukkan sos, air secukupny(ikut kepekatan yang diingini). masukkan brokoli dan capsicum. perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. bila masak, curah diatas ikan digoreng garing td.=)

easy peasy recipe!

Friday, 25 November 2011

pak arab sebelah rumah saya handsome!

tadi ade orang tweet kat twitter, "im not lonely, i am alone"

buat i terpikir. kadang-kadang i terbalik...

"im not alone, but im lonely"

haha..sadis tak? jangan salah faham maryam..awak adalah orang yang paling ummi suka layan, but kadang-kadang ummi perlukan orang dewasa.

sorang kawan husband, kalau jumpa i mesti dia tanya,

"ko tak bosan ke dok rumah sorang-sorang?"

"tak delah..banyak kerja kut kat rumah. tak sempat nak rasa bosan. plus kawan aku selalu jer datang rumah. so takdelah bosan"

kawan datang rumah? along datang rumah? sebulan adelah 2,3 kali...selebihnya??

huhu..sebenarnya memang betul pon. dok rumah memang tak akan pernah bosan. banyakkkk kerja nak buat, lagi pon internet ade kut. bosan mengadap lah lappy.

tapi..

i selalu rasa tak sabar nak tunggu weekend..i bukan nye hadap sangat nak jalan-jalan masa weekend. i hanya suka bila ade orang lain kat rumah selain maryam. bila husband ade kat rumah masa rasa pendek jer.

i selalu tertunggu-tunggu aktiviti bersama jiran-jiran, kawan-kawan, gathering kawan-kawan husband pon! sebab masa tu i jumpa orang dewasa.

haha..bila baca ape yang i tulis ni rasa sadis sangatlah pulok hidup. bukan i tak boleh jumpa orang kat rumah ni, i boleh jer pergi rumah jiran kan. tapi malas la pulok. hahaha

kenalan i pernah jumpa i and cakap,

"aku selalu bukak blog kau, 4-5 kali update blog sehari. boleh aku baca kalau masa bosan-bosan. tapi mana kau ade idea nak update sampai 4-5 kali eh?

eh..tapi tu zaman takde anak lah. now dapat sekali sehari tu pon kira bagus. huhu

mane dapat idea? sebenarnya blog ni macam tempat aku becakap. i tak boleh bercakap sebab i takde orang nak bercakap. cakap sorang-sorang kang orang kata giler. korang sehari berapa patah perkataan bercakap? ade tak orang kira? hahaha

malam jumpa husband berapa jam sangat..dia pulak kalau aku bercerita bukan nak dengar sangat. kalau die dengar pon riaksi tak seperti yang diharapkan. aku pon mungkin tak reti nak bercerita kalau secara lisa. selalu tak sampai ape yang nak disampaikan. so daripada i mecok-mecok tak puas hati tak dapat reaksi sepatutnya, baik i tulis kat blog. bercerita kat korang. kadang-kadang i nak cerita kat my husband pon i tulis kat blog jer. i tahu dia baca, so senang. hihi

tapi sekarangkan i ade masalah dengan masa dan tenaga. masa selalu mencemburui i. tenaga pon faham-faham lah bila dah tua dan gemuk ni.--_____--"

dan ape yang i nak cerita biasanya bermain di kepala . sekarang ni ape pon yang sedang i buat, i macam tengah bercakap sorang-sorang guna ayat dalam blog tapi dalam hati jer. konon-konon buat draft entry dalam hati. macam tengah mandi teringat nak  buat entry pasal maryam so buat lah ayat dalam hati koya sorang-sorang. bila nak buat entry betul tak keluar pon benda i terpikir dalam toilet tadi. dok basuh pinggan pon macam tu, dok jemur kain pon.

plis cakap memang normal begitu. korang pon selalu cakap sorang-sorang dalam hati. plis.plis.plis.kalau tak i kene buat sesuatu sebelum parah. haha..bela kucing cakap ngan kucing ke. -_____-"

kembali kepada title, saya ade jiran hot! nyum nyum...ehhhh

Wednesday, 23 November 2011

lempeng pisang beryogurt

ni adalah resepi yang sama dengan resepi yogurtlicious pumpkin pancake, cuma tukar kepada pisang mas. beli kat giant weekend hari tu. seikat ade dalam 10 biji rm 1. 35 sen sahaja. so sape kate maryam makan mewah? hik hik

 bahan-bahan

1 biji telur gred B
1 sudu besar yogurt
1 biji pisang emas
1 sudu teh puree kurma
1/2 sdu unsalted butter
1 sudu besar tepung atta 
(kalau takde, guna tepung gandum bisa jer, tapi teppung atta lagi banyak nutrisi dia)

lenyek-lenyek, campor,campo, kacau-kacau, sampai jadi macam kat bawah ni

important note: Heating yogurt to high temperatures destroys the beneficial cultures. If the temperature is higher than 120° F, as it is in baking, the live active cultures will not survive, but the yogurt will still provide valuable nutrients such as calcium and protein.

tara~~~~
 patu masak atas non stick pan, nak letak butter sikit pon boleh

siap di masak. *ehem* terlebih masak sikit. hiksss

eh? kenapa hitam ummi? =P
baby ni macam kita jugak, if bagi something yang dia tak biasa, maybe dia kurang makan sikit. dulu kalau bagi jenis mash-mashe takde texture keras or ketul-ketul sure dia xmakan banyak. tapi sekarang dah pandai dah makan benda macam ni. sebab dah bagi banyak kali kut.


dah lama tak bagi dia ber-baby led weaning sebab dia tak nak. lagi suka orang suap. i takut dia hilang skill.huhu. bagi jugak sikit-sikit


khusyuk makan


 mesti walid pelik kan anak dia behave sangat makan. haha. maryam sekarang dah jarang dok dalam baby chair ni..nak tahu sebab ape?

asyik dah berdiri jer dalam baby chair!