Pages

Friday, 29 April 2011

hari packing

hari ni hari mengemas dan packing. sebab esok nak balik kampung lamaaaaa macam balik raya. haha. bila balik kl nanti PIL ikut datang kl jugak. makanya kene lah mengemas rumah. gosok-gosok mane yang berkarat biar jadi berkilat. vacuum segala habuk-habuk walaupon bila datang balik nanti komfem lah berhabuk balik sebab rumah i ni kuat bebeno habuknye.

tapi kannnn..hari ni hujan. cuaca best ni kalau nak berhibernasi. heheh. dugaan betul.

hari ni takde gambar food. sebab semalam i tak masak. semalam beli je food. i simpan energy untuk activity malam jumaat. ngehehe. tapi kalau makan food beli makanya kene tadah telinga mendengar husband merungut tak sedap lah, tu lah, ni lah. padahal nye ok jer rase. kalau i masak, rasalah pelik macam mana pon dia mengadap jer. tanya sedap jer manjang. haish. susah jugak terlebih bagi minyak pengasih ni. =p

tu caranya kalau tapau. kalau makan kedai lagi lah. kalau service cam haram datang la food sedap macammana pon maka bersedialah telinga nak menanah. kadang-kadang tu i yang emo sebab die emo. tak menyabar! haishhh

tapi kalau kedai service cepat, tambah pulak pelayan comei lagi hot, makanan rasa macam masak ngan kaki pon die ok. haha

so untuk orang yang berada dalam cetegori tak menyabar ni, baiklah makan kat rumah jer. hati pon senang.



Photobucket

Photobucket
anak mak layan 'how i met your mother' ok!

Thursday, 28 April 2011

cabaran terbesar

i tengah jiwa kacau ni. maklumlahkan, nak balik kampung.

iklan sekejap: sape-sape ade kat kelantan weekend ni dijemput datang makan-makan kat rumah i ditanah merah. ade buat makan-makan sikit. hari ahad. masa: tengahari hingga makanan habis..hehe. kalau nak alamat or peta rumah email ke maghfarah@gmail.com.

okeh. kalau nak balik kampung mesti i risau kalau nanti jumpa orang and orang akan tanya pasal kerja.

"dah kerja ke?"
"tak mintak kerja ke?"
"ade pergi interview ke?"
"dah tu nak jadi suri rumah je ke?" (sambil buat muka tangan kat dada mata ke atas)

tak masuk lagi ceramah free

"orang perempuan ni kena ade pendapatan sendiri jugak, kalau nanti kene tinggal macammana"
"tak sayang ke belajar penat-penat pastu jadi suri rumah"
"orang lelaki ni lagi suka kalau perempuan bekerja sebenarnya"

haish. penat la dengar. haish.haish. pakai ear plug balik kampung boleh tak?

pernah kawan i tanya i,

"ape yang tak best jadi housewife ni?"

so jawapan i salah satunya adelah bila kita nak mengahadapi orang yang telah i kecewakan. yang meletak harapan tinggi kat i. nak tengok i berjaya.

i lagi suka berhadapan dengan orang yang bila kita cakap kita housewife dia buat muka 'owh. housewife je ke kau ni. mesti belajar sampai spm je' . at least orang-orang begini i boleh ignore jelah. lantak ko lah

tapi orang yang menaruh harapan ni?

kalau lah i boleh cakap kat dieorang bertapa happy nye i dengan keputusan and kehidupan i.

camane nak buat dieorang faham?

ke korang pon tak faham kenapa i nak jadi housewife? teruk sangat eh jadi housewife ni bila kita ade degree? kalau i tahu macam tu lepas spm i kerja jer terus. pastu ngorat husband i. lepas kawen i berenti kerja jadi housewife. mesti tak de orang nak kate.

errr..bie, agak-agak kalau u jumpe i, and i takde degree pon. kerja jual goreng pisang tepi jalan u nak i tak?

mesti tak nak kan..hahahah..lain lah kalau i ni muka cantik badan hot giler. jual goreng pisang pon boleh kawen ngan anak raja.

so, nampak tak tujuan i amik engineering then belajar kat utp?

sebab i nak ngorat husband i. (mata keatas, tangan di dada)

Photobucket
dinner semalam

sape tak tahu joke 'mata ke atas tangan di dada' tuh pergi kat youtube tengok oh yeah!

Wednesday, 27 April 2011

semalam

kat kinraramas ni adelah i kenal 2,3 orang SAHM. tapi kalau nak jumpa memang same susah jer dengan orang bekerja. masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing. i yang baru anak sorang ni pon mengejar masa. kalau tambah slot melepak bersama surirumahtangga maka adelah kerja terbengkalai.

tapi sekali sekala boleh lah nak menghilangkan bosan. balik-balik mommy tengok maryam, pastu maryam tengok mommy. lagipon jiran blok sebelah, kak ina dah banyak kali sangat ajak pergi rumah dia, rasa tak sedap pulak. so semalam i bawak lah maryam jalan-jalan keluar rumah sikit. lagipon maryam ni mood dia lagi ok kalau bawak jalan-jalan dari dok rumah.

Photobucket
sebelum keluar meh mommy ajar vain depan cermin

masa pergi rumah kak ina, kak ina masak masak lemak sardin dengan pucuk ubi. besssttttt sangatttt. i makan bertambah. nanti nak try buat lah.

Photobucket
dinner: bubur nasi dengan sayur kangkung and cendawan goreng sos tiram ngan ikan kurau masin and bilis goreng.

masak bubur nasi sebab teringin bila masuk blog kak ieyna

hari ni ponteng sesi gym saya. bukan hari ni pon tau sepatutnya, sebab i dah cakap kat husband malam selasa i tak nak pergi gym sebab nak tengok asmara. sekali dia cakap esok dia nak main badminton, so i kene gym harini lah. haish. i kalau nak pergi gym kene set dalam kepala dari pagi lagi. kalau tibe-tibe kene pergi memang jadi malas. i kene ready fizikal dan mental(alasan orang malas memang banyak)

tadi timbang husband umur sel badan dia sangat muda sekarang. biological age dia 23 tahun ok! i? 40 ++ lagi. deng!!!!

so dia belagak semalam

suami: u tak nak pergi gym ke?
isteri: malas lah. kenyang. terlebih makan
suami: haish. pastu nak sihat macam i. i umur 23, u 40 camane ni. tak sepadan lah

hello hello encik. umur tak penting ok. yang penting 'performance'. eh

Tuesday, 26 April 2011

kudup bunga lily

masa pergi midvalley hari tu jumpa bunga ni terus beli. lama tak makan. selalu jumpa bunga ni kat cameron.
Photobucket
sayur campur, ikan kicap

goreng bodo-bodo jer. tumis bawang putih pastu letak sos tiram. bunga ni manis amat. suka!

Photobucket
homemade ais-cream goreng yang belum digoreng. hehe

buat ni sebab nye nak soh ice-cream dalam peti tu cepat habis. takde orang nak makan. buat macam ni sedap sikit. wholegrain i punya. roti putih biasa husband punya


Photobucket
selepas digoreng. lepas goreng terus ngap.

roti tu i nipiskan supaya bila goreng tak serap minyak sangat. guna dua kepong roti. pastu scoop ice-cream letak tengah-tengah, amik lagi sekeping tutup kat atas. tekan keliling dengan garpu. pastu kalau nak cantik hiris buang la kulit dia kat tepi-tepi tuh. patu simpan dalam peti balik 5-6 jam ke. lagi lama lagi bagus kut.

sambungan cerita semalam. i susah hati semalaman tido sambil peluk maryam. takut pregnant kesian maryam. huk huk. dia tengah manja giler sekarang ni.

kalau nak ikut ke-ready-an i, rase nye takde masalah kut. cumanya nanti penat jaga anak lah kan. kiteorang fikir kat maryam jer. biarlah di bf lama-lama sikit. so kiteorang decide at least lepas maryam 6 bulan. tak pon maryam setahun. tapi semalam elok jer husband buat lawak sambil gosok-gosok perut i. i sakit kepala ok. bukan sakit perut. kalau picit kepala tu ade jugak faedahnye.


Photobucket
untuk husband, masih lagi sebaris ok!

walaupon perut dan berat i macam pregnant 3-4 bulan tapi tu sebab lemak tak habis bakar lagi. bukan sebab maryam nak ade adik

kalau ikut instinct memang lah rasenye tak pregnant. tapi nak sedapkan lagi hati buat jugak test. lagi pon kalau betul-betul pregnant kang naya. dah la sekarang ni tengah lasak ber-exercise buat kerja-kerja berat kat rumah. kalau miscarriage kang susah pulah nak kene berpantang segala. sape nak jaga maryam? dah la i ni spesis sensitif.

nak anak ramai-ramai. tapi bukan masanya lagi.

lega

Monday, 25 April 2011

saket kepala

siang tadi tak sempat la nak update blog. sebab bila ade masa maryam baik or tido malas nak mengadap lappy. baik siapkan kerja-kerja rumah. bila dia nak beriba baru mengadap lappy. so tak boleh la nak menaip. bace-bace blog orang jer.

tadi lepas dinner berehat sambil bermain-main ngan maryam. tiba-tiba rasa loya. husband cakap nak hilangkan loya makan la benda rase masam-masam. so i bukak peti, amik buah kiwi makan sebijik. ok lah sekejap. pastu saket kepala plus loya yang amat, dah tak boleh pegang maryam dah. bagi jer maryam yang tengah buat perangai kat husband. pastu terus masuk toilet muntah. keluar habis makanan dinner. lepas tu baru ok sikit. tapi still rase saket kepala.

takut tak? takut tak?

husband pulak gurau kasar semalam cakap kat maryam.

"maryam nak boleh adik ke?"

amboih..suke ye?

kenapa lah selalu sangat saket kepala sekarang. takkan lah every time saket kepala nak beli pregnancy test kut.

kalau boleh sekarang ni malas nak ambik sebarang bentuk pil perancang. sebab bermacam-macam sebab. tapi kalau dok susah hati setiap kali pening macam ni pon susah jugak.

haish. haish. haish.

Photobucket
maryam nak adik tak?

masa nak keluar makan ikan bakar dengan jiran-jiran sabtu lepas


Photobucket
ber-cam-whore pakai kemre gabak habis gegar Parkinson

Photobucket
aqeel rambut cantik

Photobucket
boleh jadi model aqeel ni


aqeel ni anak jiran depan rumah, gee and faizal
Photobucket
afeef, juga anak jiran depan rumah. sama umur ngan maryam. sama tahun la. tapi afeef lahir dulu

Photobucket
baiti, roch and kawan baiti

Photobucket
ni jiran satu rumah. hehe

Photobucket
tengok i makan sungguh tak ayu -______-"

kedai ni kedai jiran kiteorang jugak sebenarnya. kedai ni kat belakang istana. ape tah name kedai die.sotong bakar die sedap amat. pastu kalau makan die kire lauk bakar jer. nasi and lauk or sayur yang korang ambik atas pinggan die tak kira pon. 7 orang makan RM 130. tapi dia ambik seratus jer. makan free kiteorang hari tu. dah la datang paling lambat. hehe

Photobucket
lepas tu, lang-alang dah keluar kiteorang pergi menghabiskan duit masa kat midvalley

Photobucket
budak yang dah ngantuk air liur meleh-leleh

Photobucket
boolat giler anak mommy ni!

Photobucket
zoom dekat lagi

Photobucket
lagi dekat!

Photobucket
on the way balik rumah berak ats mommy. bagus. bagus.

buzy hari ni

hari isnin kerja banyak sebab weekend banyak berehat. so hari ni tak boleh nak mengadap lappy. banyak benda nak diceritakan. tapi tengok lah petang or tengahari baru boleh mengarang.

sekarang saya perlu mengemas.

Photobucket

Photobucket

dok baik-baik yer maryam. hari ni daddy kerja, tak boleh nak layan maryam. mommy nak kemas rumah.

Sunday, 24 April 2011

hari berehat dari maryam

sori sayang, jangan salah faham tau. bukan mommy penat nak melayan maryam tapi kadang-kadang mommy nak jugak amik cuti. heheh. walaupon nak salin diaper and nak susu (mestilah sebab daddy takde susu) mommy amik maryam tapi banyak daddy yang jaga maryam hari ni.

Photobucket
daddy buli maryam sambil main ciku-cak. mommy? mengadap lappy and tv. heheh

Photobucket
kenapa mommy tak layan maryam hari ni?

Photobucket
takpe..main ngan daddy pon best

maryam kan memang tak boleh letak sekarang. perangai baru dia. dulu boleh jugak letak kejap-kejap. pastu dia boring baru bunyi. sekarang ni memang lah susah sangat nak letak dia kat bawak. nak beriba jer. pastu tido sekarang pon atas orang tau kalau nak tido lama. kalau tido kat bawah, tak sampai seminit dah sedar. kadang-kadang tu penat la jugak asyik nak berdukung, beriba. dah la nak kene buat kerja rumah jugak selain melayan maryam.

sekali tu sebab tak tahu nak buat ape, i dukung die hok hek, riba hok hek, kalau letak bawah lagi lah. so i cakap kat maryam

" maryam nak ape ni? mommy penat la maryam macam ni...kalau maryam macam ni mommy tinggal nak? maryam dok ngan mommy baru nak?"

lepas i cakap macam tu maryam gelak ok! haish..maryam ni macam daddy. suka lah kalau mommy cakap pasal mommy baru ni.

pastu harini turn daddy pulak tensyen. hahahaha..tapi daddy drama lagi ah dari mommy

" maryam tak sayang daddy ke buat daddy macam ni."

i gelak jer dari dapo dengar dia cakap macam tu. haha.

penat jage anak anak yer bang?


Saturday, 23 April 2011

permulaan weekend yang best!

hola~

semalam kiteorang tido awal. maryam punya kerja la ni. susah nak tido sampai i dah penat dodoi tak tido lagi. bagi maryam kat husband pulak sambung tugas. tapi stended en. husband lah. kalau suruh die dodoi maka dia akan dodoi diri sendiri. maryam tak tido pon lagi dia dah kemana-mana dah. mak jugak kene tidokan maryam. hummphh!

so bangun pagi ni rasa semangat nak bersenam. sebab semalam husband amik turn i!

dia main ngan ofismet dia walaupon semalam turn i pergi gym. balik dah pukul 9. pukul 930 i dah nak kene lap-lap maryam ready nak tido. mane sempat nak pegi gym. eceh. merungut lah kononnye kan. dalam hari suke. (yeay..tayah g gym!)

Photobucket

bangun pagi tadi siapkan breakfast husband, and susukan maryam kenyang-kenyang. pastu turun bawah.



Photobucket
spek tak berapa baru saya.ngehehe

(gambar blur kerana efek cermin tak lap. kahkah. tapi baguslah. tak nampak muka tak basuh lagi)

last month kut buat spek ni. huduh tak? hahaha. i dong care! janji i suka, husband pergi buat spek i pon tumpang menyibuk. padahal spek kat rumah dah 2. dah la semua nye plastik. ngehehe. i kene spek plastik jer. sebab spesis tido kadang-kadang pakai spek. kalau plastik ni, nak tindih masa tido pon xde hal. tak patah

ouh..berbalik kepada cerita pergi gym i rase i dah jumpa semangat nak pergi gym. tadi ade hero korean kat gym. hensem la jugak. boleh la nak buat pembakar semangat nak pergi gym. ngehehe. maaf yer husband. i ajak teman i tak nak.

" ramai tak orang kat gym"
"ramai gak. ade orang hensem~~~~"
"koya lah mummy mung ni maryam"
"ape pulak! i cakap ade orang hensem. bukan cakap i cantik!"

aish.aish. susah betul cakap ngan orang yang orang cakap lain die paham lain ni.

kene pergi pagi kut. pagi energy banyak lagi. boleh lari-lari jauh sikit. so jawapnye weekend pagi la kene pergi gym. biasa kalau pergi i turun tangga jer, balik naik lift. lazy ass tak? rumah kiteorang ngan gym tu beza satu tingkat jer. tunggu lift lagi lama. tapi biasa mak dah tak larat nyah. siyes penat. tapi pagi tadi turun pakai tangga, naik pon tangga.

dan badan lepas bersenam pon rase segar jer.

i loike~

now nak bersiap-siap nak tambah kalori pergi makan ikan bakar ngan jiran-jiran.

Friday, 22 April 2011

ratu paste

i masak jarang guna paste. tomyam jer guna paste. and asam pedas. and masak portugese. and rendang. and nasi goreng. eh. macam banyak pulak. takde lah. tipu je

i beli la paste untuk tujuan kecemasan dan tujuan nak compare rase. paste kan sedap. nak buat la version sendiri setaraf ngan rase paste tapi tanpa msg. wah gitu! 'nak' buat je la kan. niat tu ade. tapi buat nye belum lagi.

semalam husband mengidam

suami: yang, esok buat asam pedas... (sambil main fb)

isteri: ok. (sambil bace blog)

suami: ade paste tak? (sambil tengok youtube pasal bola)

isteri: halah u nih. setakat asam pedas tayah la pakai paste (sambil tengok youtube pasal masakan)

suami: eh? takpe ke? tak susah ke? kalau susah tayah la (masih mengadap lappy)

isteri: tak susah la. lagipon paste ade lagi. hahahaha (masih juga mengadap lappy)

so berasam pedas lah kita harini. bunga kantan lebih goreng nasi haritu ade lagi. and paste asam pedas mak nyonya pon tak habis-habis lagi.

sape cakap kewujudan teknologi ni mengganggu hubungan suami isteri? mengadap lappy pon boleh jer berkomunikasi. kalau rasa xcukup mesra pergi la duduk bertempek, tapi mata mengadap lappy masing-masing. kami sudah mengamalkan nya selama 2 tahun. dan hubungan kami masih utuh. gahaha. tapi jangan biarkan pasangan anda memakai earfon! jangan biarkan!

jumaat sudah

takde idea la nak belebey harini...

semalam boleh dikatakan agak berjaya la mengawal makan. but still bukan macam orang diet and still mengunyah sepanjang masa. cumenye i shake 2 kali. heheh

exercise? hurm..semalam turn husband. nak skipping terbeli skipping rope pendek pulak. susah jugak tinggi ni (tinggi la sangat!=p). weekend ni nak heret husband beli skipping rope lah. eh. gaji dah masuk belum??

bosan ah kuar time orang baru masuk gaji. sesak amat. asih aish aish


Photobucket
our dinner

Photobucket
yogurt di frozenkan. i suka makan yogurt dalam bentuk macam ni. sedap!


Thursday, 21 April 2011

aish...penat penat penat

rasa penat ah, bangun pagi rase tak bermaya pon. badan sakit-sakit. bahana exercise setelah hampir 3 tahun tak exercise.

momentum untuk rajin exercise tak ade lagi sekarang ni. sekarang ni memaksa diri jer exercise. lain sangat rasa sekarang ni. makin tua makin lazy ass.

dulu-dulu kalau hujan so tak boleh nak jogging maka tak sedap badan jer rase. maka skipping lah dalam rumah. sekarang dah lah exercise selang sehari jer. bergilir-gilir ngan husband main badminton. tu pon still malas.

i memerlukan kawan exercise lah. tapi tak boleh nak ajak jiran-jiran sebab bukan nye boleh cakap pon nak pergi kul berapa. kene make sure mek tok chubby ni kenyang dulu.

pastu badan rase berat jer sekarang. (yelah. memang la berat pon.) huhuh.susah la nak kurus pon. kan best kalau jenis makan banyak pon kurus. ahaha. banyak bunyik pulak.

bie, i memerlukan semangat. apekate setiap kilo yang i turun u bagi hadiah. semangat sikit. sebab sekarang ni macam takde semangat nak kurus. selesa ngan kegemukan? oh no!

Photobucket
ikan steam. bila penat exercise rasa nak makan secara berlebih lebihan. aish lagi

dah lasemalam tak shake langsung. kehkehkeh. i dah cakap. i dah kehilangan semangat nak kurus. semangat kurus, ku seru padamu, datanglah padaku. ponat ah jadi gemuk ni. aish. aish.

seingat i dulu kalau jogging, setengah jam adalah nothing. tak penat pon. balik jogging boleh sengih-sengih gossip-gossip ngan dayah. sekarang, keluar bilik gym tu rasa macam nyawa dihujung tanduk. sahkan nak gelak-gelak bergossip. nak senyum pon tak mampu.

sekali lagi. penat ah jadi gemuk ni. aish aish aish

Wednesday, 20 April 2011

aku menari dengan mak mertua aku sebab aku gila

i) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

hahaha..jom la buat. jom la buat. jom la buat!

berapa harga kasih sayang?

semalam kiteorang pergi pasar malam dekat ngan giant kinrara. first time kiteorang pergi pasar malam sejak dok sini. kalau zaman dok bangi hari pasar malam adalah hari surirumah berehat. tak payah masak. sebab pasar malam bangi banyak makanan yang kiteorang suka.

semalam dah siap makan dah pon baru pergi pasar malam. pergi pasar sebab nak cari lauk-pauk and sayur jer sebab weekend haritu husband tak pergi pasar borong. i tak payah ikut pon sebenarnya sebab husband pergi sorang pon dah ok, tapi i nak ikut sebab nak mengusha ape makanan yang best. kecik jer pasar malam nye. tak puas jalan-jalan pon. tapi ok lah. ade lah benda yang menarik perhatian. i nampak ade lompat tikam, ade tapai pulut. next time la beli. hari ni tak teringin. next week tak nak masak. nak makan nasi ambeng.

lepas beli-beli ikan and sayur i dok mengira-ngira harga ikan tu bila dah jadi lauk and sayur satu hidangan kiteorang makan. satu hidangan tak pernah sampai pon sepuluh ringgit. lapan ringgit pon tak sampai. tapi kalau ikan tu kita makan kat kedai, komfem lah berlipatlipatlipat ganda harga dia. i dok membebel sorang-sorang jer sebenarnya. tak megharapkan respond dari husband pon. tapi tiba-tiba dia menyampuk,

" harga food kat rumah la mahal sebenarnya. kasih sayang wife masa masak tu tak ternilai"

wahhh gituuuuu...

husband i kan, semenjak dua menjak kan, sweeeetttt sangat.
orang cakap kan, bila husband ni tibe-tibe berubah ni kan, ade something die buat.

ape you buat yang i tak tahu haaaa??!!!

hehe. orang perempuan ni, husband sweet salah. tak sweet lagilah meroyan.

Photobucket
nasi lemak

senyum...jangan kata apa-apa~

aku pon tak tahu kenapa semangat nak masak makanan gemuk ni semakin naik ngan niat nak diet and bersenam. tapi nasi aku buat kurang lemak. and tumis guna minyak canola oil. pastu makan sikit jer. eceh. bahagian nak sedapkan hati ade sokmo.

ke arah menjadi isteri 20k, setiap kali masak i akan tanya husband rasa ok ke tak. (sebenarnya sebelum tengok video ustaz azhar pon i dah tanya. so i wife 20k lakan? *wink*)

isteri: ok tak?
suami: ok sedap. dah boleh jual dah.
isteri: jual kat u jelah. bayar lah singgit setengah
suami: murah gileerrrrr
isteri:yelah. bahan mentah u beli kut. bayar upah buat dah la

eh. tapi memang murah pon upah masak singgit setengah

Tuesday, 19 April 2011

dua orang kawan kite dah tua,next month lagi ramai yang akan tua=p

maryam tengah tido. tu jelah kerja baby kan. lepas kenyang berak dan mandi. main-main ngan mommy, belebe sorang-sorang, mengamuk, tido. huhu.

esok maryam dah 4 bulan. baru sedar sekarang bulan april dah nak habis dah pon. dan i lupa nak wish birthday kawan kembar saya. birthday dieorang bulan 3 sebenarnya. deng!

(ad, aliah. sori sangat kite lupa. walaupon korang tua dari kite, tapi urat saraf kita dah banyak putus mase beranak hari tu. so, nyanyuk-nyanyuk ni perkara biasa. hehe. sori sangat. nanti kalau korang datang rumah kite buat kek coklat. ni untuk ad jelah. untuk aliah by the time awak balik malaysia mase tu kita dah pandai buat red velvet kek dah. eceh.haha)

ok. jangan geli i cakap awak-kite. dengan dieorang ni, mat rempit pon akan cakap awak-kite dengan dieorang. ngan orang lain takde maknenye nak berawak-kite.

tahun ni i dah 25 tahun. tapi sekarang ni masih lagi 24 tahun yer. birthday i lagi 3 bulan. so lambat lagi. heheh

ape yang sepatutnya orang umur 24 25 tahun buat?

start pakai cream, serum anti penuaan?

tengah kumpul harta?

tengah struggle bina kerjaya yang menjamin masa depan?

tengah cari jodoh?

tengah jaga sibuk jaga anak and jaga rumah tangga?

heheh. itu i. and jarang rasanya umur 25 tahun orang nak settle down jadi house wife.

tu pilihan i. dan sekarang happy dengan keputusan tu. tapi tak tahu lagi masa depan macammana.
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

saat maryam bangun tido pagi adalah masa paling best. masa tu dia happy sangat. manja sengat. manis sangat. comel sangat. geram!

i nak nikmati saat-saat ni sebelum dia besar.

thanks husband bagi i peluang ni.

i love u.


sumpahan dah hilang

seperti yang dijanjikan semalam, kalau jadilah kek coklat maka adalah laporan. heheh. hoyeayeah~

Photobucket
kek coklat first time berjaya saya

tapi i tak buat topping sebabnye malas nak google resepi. lagipon masak-masak jer terus potong excited sebab nak cek ke-bantat-kan. yeay tak bantat!

i akan simpan resepi kek ni sampai ke anak cucu. dah la cara-cara dia senang jer.

kek coklat pemecah sumpahan kek oleh dewa kek sedunia

  • 100g Serbuk Koko*
  • 250g Gula Kastor*
  • 1 tin Susu Isian Cair*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*(kalau sukat lebih kurang 225 ml)
  • 250g Susu Pekat*(kalau sukat lebih kurang 200ml)
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih(i guna 3 biji telur gred A)
  • 150g Tepung Gandum
  • 1 st Bic Soda
  • 1st Baking Powder

Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn pemukul telur sampai berbuih. Gaulkan bhn2 kering(ayak)& campurkan sedikit2 sehingga sebati.
  3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus. (i kukus 40 minit jer dah masak)
next time buat nak try sekali ngan coklat ganache jugak. tapi tak tahu bila lah. hehhe. i sebenarnya bukan peminat kek pon. kalau dessert i lagi suka puding ngan bubur. selama ni i berusaha buat kek sebab keegoan tercabar dengan spesis kek ni. buat tak pernah jadi.

sebab kek ni jadi, next project adalah kek carrot.

Photobucket
dinner: nasi goreng kerabu

i suka nasi goreng. tapi i tak suka sangat nasi goreng yang i masak sendiri. sebab nya i tak pernah berjaya buat ade rase hangit-hangit macam kat kedai. tapi nasi goreng ni sedap gila. sumpah tak tipu. walaupon gagal jugak buat rasa hangit-hangit tapi bahan dia dah cukup mantap kut buat dia rasa sedap. bahan dia, bawang putih, bawang merah, bawang besar, ikan kurau masin, ikan bilis, bunga kantan, daun kesum, kacang panjang. hiris jer semua benda pastu campak-campak. eh. bahan yang paling penting adalah budu.

sekian berita masak-masak saya.

Photobucket
budak baik

nampak tak ape berlaku dalam gambar di atas? kaki dia tersepit kat celah sofa tuh. muka rilek jer. huhu. kelakar la awak ni maryam

semalam sebab insaf makan makanan bercalori tinggi, i pergi rasmi gym. dengan berbekalkan mp4 husband sebagai hiburan melangkah dengan penuh yakin meninggalkan maryam dengan hsuband.

masa mula-mula pergi takde orang pon kat gym tu. lepas tu masuk lah 2 orang kulit hitam. pak gad dah takde.so korang boleh bayang tak perasaan duduk dalam tempat tertutup bersama 2 orang negro? demmit. time-time tu jugak rase nak berhenti exercise sebab i memang takut dengan dieorang ni.nampak ganas giler. tapi mengenangkan kek coklat dan nasi goreng. i ignore jer dua orang mamat tu.

dari dalam cermin i nampak salah sorang tu asyik tengok jer i dari belakang. cuak jugak. dalam hati ' tobat next time aku heret husband aku datang sekali'. nak kata bontoit hot memang tak lah kan. leseh flat jer. perut lagi hot. tapi i abaikan sebab lagi 10 minit jer lagi nak habis. lepas i siap jer exercise, cepat-cepat mamat tu bangun. rupenye die tunggu i habis.naseb baek sedar diri. kalau tak dah terperasan die usha i.

Monday, 18 April 2011

our weekend

brrrrr...sejuknye pagi ni! pagi tadi bangun menyusu maryam pukul 430 tengok kilat sabung menyabung, dah agak pagi ni mesti pagi isnin yang susah nak bangun. husband pon bersiap dengan cepat pagi ni sebab kalau hujan mesti jem. heheh. husband dah pergi kerja, dan setan-setan sekeliling i ni sedang memujuk i pergi sambung tido. tapi malaslah. nanti banyak kerja tak siap. kita update blog la kejap. sekarang kat dapur ade kek coklat sedang di-steamkan. kalau jadi adelah tu laporan esok. kalau takde laporan pasal kok coklat steam ku korang faham-faham sendiri lah ek.hahaha. setakat ni kalau buat kek dua benda jer jadi, sama ada bantat or kek tak masak-masak. dok cair jer pastu bila sejuk keras kejung. =( i rase ade satu enzim kat badan i boleh membantatkan kek. huh!

dah. mari buat laporan weekend.

so, how was your weekend?

weekend saya sangat 'lain'. hahaha. this week takde aktiviti menerjah shopping mall. giant pon tak diterjah. terer tak?

semenjak dua menjak ni i rase perbelanjaan kiteorang luar biasa. nak pape tak pikir panjang terus beli. dah la every weekend pulak tuh. sungguh mengikut nafsu serakah. so, kiteorang decide untuk menjauhkan diri dari shopping mall. jangan merabakkan lagi poket yang sedia ada rabak. ade jusco kad sale ke, warehouse sale ke, babai lah! kiteorang dah habis duit tak berminat.

sabtu siang kiteorang bermalas-malasan dirumah. cuacakan sangat sejuk. memang sesuai untuk ber-hibernasi. yang tak tahan nye maryam pon suka cuaca hari tu. dia tido jer sepanjang hari. bangun kejap-kejap minum susu and main jer. (ape lah maryam ni, lain kali time ade daddy la tunjuk perangai. daddy boleh dukung)

Photobucket
lunch: ikan bakar portugis dan tomyam seafood

pengunguman, masak guna paste segera sahaja yer. paste tu dah lama dah beli, naseb baik lambat lagi expired. jenama mak nyonya. setakat ni perencah mak nyonya yang kiteorang try semua best. pernah try tomyam, rendang, asam pedas. sedap! masak portugis ni pon sedap sangat.

petang nya i ajak husband pergi taman kat bukit jalil. nak jogging. dia cakap kalau nak jogging pergi taman kat rumah aisha pon boleh. haish. husband i memang. kerja nak senang jer. nak wife kurus tak??! (tibe-tiba teringat kek coklat kat dapo)

atas desakan dan ugutan (kalau u tak bawak i jogging kat taman kat bukit jalil, next time u pergi main badminton sambil dukung maryam).heheh. tipu jer. dia bawak jelah wife dia pergi. tapi dia yang ugut i.

"kalau u jogging 5 minit pastu berhenti, i tak bawak u dah lain kali. next time kalau u nak jogging u jogging jer kat parking rumah kita"

heyyy..see the sexy leg la. 2 round non-stop ok!

i jogging belakang amoi tak kurus, tak gemuk. badan cantik giler takde lemak-lemak lebih pon. jadi sumber inspirasi sementara kat tasik tu. tu sebab i lagi suka jogging kat taman dari pergi gym. gym bosan ah!

Photobucket
budak ni kalau bab focus boleh puji. dia tilik kain sampai juling mata. ini perangai daddy nih. mommy mung ni buat la pape pon. tak pernah focus.

Photobucket
ok. ni perangai mommy. asal duduk atas benda bergerak jer sibuk nak tido.

Photobucket
daddy ni lucah la! xsenonoh amik gambar. baik u amik gambar awek

Photobucket
ape tengok-tengok?

banyak monyet.eh. ke beruk? haha. ape name bintang ni?

Photobucket
nampak tak lemak lemak berkeliaran? -____-"

ade lagi satu gambar yang lemak lagi clear kelihatan sebenarnya. tak sanggup nak upload.

Photobucket
huduh aku tengok maggi goreng ni.

malam nye sebab tengok gambar husband amik lemak-lemak berlapis kat badan i tak nak dinner. nak shake jer. konon! pastu kawan husband ajak keluar lepak. kiteorang siap-siap keluar.lepak kat william. tau ape i makan? macaroni and cheese. demmit!

Photobucket
maryam and kak hasya mata cantik

curi gambar kat fb dada. hehe

Photobucket
apehal dua-dua mata stim?
Photobucket
ni sebelum keluar. suka tengok gambar maryam dengan husband. macam dua kesayangan sedang bermain besama-sama. bahagia!

Photobucket
breakfast hari ahad, sape pernah makan pancake dengan pengat durian?

hahaha. sila try. kalau anda sama taste ngan saya semua telan janji makanan mesti anda suka. kalau anda macam taste macam husband saya makan anda pon pergi ke dapo amik peanut butter makan ngan pancake. hahaha

Photobucket
lunch husband:paprik udang dengan telur mata. i tak lunch i shake.

lepas lunch husband pergi pc fair. cari latop. (rabak jugak poket tak keluar pon) i tak dibenarkan ikut. so jaga maryam jer kat rumah.

Photobucket
i suka balut maryam macam ni. nampak macam baby new born fresh dari oven. walaupon berat dah 6.5 kg! cuba bayangkan keluar-keluar jer besar ni. habis rabak! eh