Pages

Friday, 2 December 2011

she's back~

 semalam menu campak-campak lagi untuk maryam. sebab nak habiskan stock puree. buatkan soup keledek. tapi i rebus jugak pasta. kut-kutlah dia nak makan ngan pasta. so ni resepi 2 in one. soup pon boley. sos pasta pon boley.

 bahan-bahan:

homemade stock ayam
sedikit isi ayam
sedikit bawang besar holland.
seulas bawang putih
celery
kacang peas
2 ketul cube puree keledek
seketul puree jagung (kalau baby xmakan lagi corn, pumpkin pon sedap)
italian mixherb (optional)
cheese (optional)

cara:

tumis bawang putih dan bawang besar dengan olive oil sehingga lembut. masukkan isi ayam. kacau sehingga masak. lepas tu masukkan celery, puree, stock ayam, peas, dan sedikit air. akhir sekali masukkan mixherb. boleh masukkan cheese kalau nak lagi sedap. tapi semalam i tak masukkan sebab try rasa dah cukup. huhu.

 siap~

boleh bagi untuk baby 8 bulan ke atas, tapi tengok lah sayur tu, ganti lah dengan yang dia dah boleh makan. macam corn puree tu boleh ganti ngan pumpkin. sebab corn susah nak hadam. bagi lambat sikit. baca sini bila baby boleh makan corn? 

kalau blend, jadi lah soup
 
 sweet potato, corn, and peas soup.

boleh dimakan begitu saja~

sebab sweet potato dah ade dalam tu. cukup dah untuk jadi carbo. 

tapi i buat jugak garlic bread semalam. just letak bawang putih and olive oil. pastu bakar atas pan. resepi dan rupa boleh tengok kat entry pumpkin soup ni

tapi dia tak nak, so ummi yang makan. nyum nyum. pasta pon i rebus, dah dia reject roti. pon tak nak.-____-"

last sekali i bagi soup kosong jelah. suap ngan sudu luah balik. suap ngan syringe telan lah 3-4 suap. lepas tu dah tak nak.

ni masa snack, sementara tunggu i masak. bagi something kat tangan behave la jugak sekejap.

i rebus nasi himpit segera bagi dia(sebab dia tak makan kan, kut2 la nasi ketul dia nak), dan bagi tomato mentah jugak, "dowant! dowant!"

 bagi pear,"haaa...this one yummmyy"

dia tak telan pon untk pengetahuan semua. just gigit2 kunyah sampai hancur pastu luah balik.-____-" makan nampak beria je kan?


petang nye, i malas dah nak masak lain. pasta dah rebus masa lunch. panaskan sikit kuah. done!

 pasta with sweet potato, corn and peas sauce.

panjang giler nama. semua ingredients nak letak kat nama. naseb baik tak sebut nama pasta, kalau tak lagi panjang.

spiral vegeroni with chicken sweet potato, corn, and peas sauce. ngeh ngeh ngeh

 i pernah dah bagi dia makan dokbalkoni macam ni, tak berkesan pon dalam menambah selera makan dia. semalam hujan. sejuk jer rasa dok kat balkoni. plus baru lepas mop lantai brsih2 malas nak sepahkan rumah. sepahkan balkoni sudah. balkoni walid dia yang bersihkan. tapi semalam menjadi pulak trick ni nak soh dia makan.


 yummmm~


 dah start daaaahhh..(ni dia jengok kartun kat tv. boleh?

 ni pon sama, ummi menghalang pandangan. haha


 khusyuk sangat kan tengok baby tv.

 alhamdulillah!

walaupon makan tak sebanyak biasa tapi makan lah jugak. untuk masa tak lalu makan ni dah kira banyak. ummi happy~

walid kata oklah tu makan banyak tu. perut maryam besar mana sangat. bukan macam perut ummi. kurang asam!
anak i ni selera mat saleh sebab mak die memang jarang nak makan nasi-nasi budu ikan singgang ulam-ulam ni. seboleh mungkin elak makan makanan macam ni. tapi semalam masak macam ni,

ulam, budu (budu ade 2 cara makan sebab walid maryam xmakan tempoyak), ikan goreng dengan bawang goreng banyak banyak banyak, ikan singgang.

nak tahu sebab ape elakkan makan macam ni?

sebab biasa kalau kiteorang dinner masak satu pot makan 2 orang. semalam sebab dah agak kalau makan macam ni mesti berselera lebih so i masak 2 pot. habis ok 2 orang makan!

tapi tak menyesal pon makan banyak. sedap kutttttttttttt. aish. tengok gambar teringin lagi.

9 comments:

Jiejah @ Iza said...

maryam berapa bulan yer?
my baby adeel dah masuk 10m , so saya kalau masak tuk dia dah x guna puree (jimat masa mak yg pemalas ni) , kalau buat sup terus masukkan pumpkin or sweet potato potong dadu jek. so far Alhamdulillah adeel mmg jenis berselera dan pemakan . kadang² naik seram tgk dia makan hehehe

anyway , salam kenal . selalu je masuk blog u lately tp x pernah tinggal jejak .

mrs.spicy said...

hehehe..saya buat puree sebab pemalas lah=P sebab kadang2 saya campo dalam breakfast puree2 ni...kalau nak rebus/stim sikit2 malas. hehe. maryam 11 bulan dah =)

alyyani said...

hahah gmbr2 kat balkoni tu mmg lawak habis! tejenguk2. cute ok! and alhamdulillah maryam dah sihat. pass baton kat adel lak. balik selesema batuk. sigh!

zailamohamad said...

nampak Maryam mace dah kurang ketulannya..anak2 kak ila masa kecik bukanmain ketul dah besar punyalah memilih make..Haziq tu lagilah..serious kurus kering, Husna kuat make tapi kurus kering jugak..Ashraf jah napok selero lagi, deme2 pon semangkuk bubur tu buleh habis;)

Farah, bahayolah suap Maryam kat luar gitu, kak ila gayat..jenis takut tinggi..tengok gambar ni serioau doh

Ike singge & budu meme menu bahaya..arghhh terliur weh

gee ryder said...

kalau makan kunyah2 luah balik tu mmg style aqeel sangatlah dulu. dia kepat2 rasa jer, bila dah tawar dia buang hahaha...

tak ikat ke maryam dkt chair tu?
afeef pun kalau tak ikat melompat keluar dah rasa heheh.
suka yer maryam tgk baby tv, afeef yg dia paling suka iklan jer :p
pastu dia ralit main.

nieda said...

wah maryam,mcm2 mummy masak utk awak..,kena mkn tau

ederq said...

klaka la maryam ni. tgk gmbr dia yg nk tgk tv tu klaka cam kepochi punya bayi. hahahaha. boleh gang sya ni

maryam ni kan ummy awak masak macam tanak ya. meh la aunty jadi maryam. sedap tu ummy masakk hahah

Raieza Hanim R said...

MARYAM KALAU MAKAN MESTI SEXXYYY ;P

Enny said...

Be carefull letak baby kat balkoni tu....takut die panjat tiang tu pulak.