Pages

Friday, 16 December 2011

fish pie

ni dia main 'ciku cak' pelik benau gayanya


fish pie

sebenarnya resepi ni gabungan. gabungan resepi annabel karmel, dengan jamie oliver . wahhhh...gitu kan. nak hebat-hebat saja. tapi of cos lah kene sesuaikan dengan umur baby jugak. so ambik bahan-bahan yanga ada sajor

sebiji keledek
sebiji kentang
1 sudu teh unsalted butter 
sepotong ikan salmon
sepotong kan kod
*ikan dibasuh dengan hirisan lemon pastu bilas
stock ikan
seulas bawang putih (cincang)
1/4 bawang besar (cincang)
leek (hiris)
celery stick (hiris)
cendawan tiram (cincang halus lagi senang baby nak makan)
tomato (dadu)
kacang peas
daun sup
sedikit cheese
black pepper (kalau baby dah makan)
parutan kulit lemon

panaskan oven pada suhu 180 degree C
 lenyek lentang dan keledek besama unsalted butter. saya lenyek kasar2 jer sebab maryam xsuka kalau mashed sampai hancur

tumis bawang, leak dengan olive oil, masukkan cendawan, dan ikan (kalau ikan dah siap steam masuk ikan akhir sekali). bila cendawan dah masak, masukkan stock ikan dan sayur-sayuran lain. masukkan cheese, daun sup, black pepper dan sedikit parutan lemon. kecau sehingga pekat dan semua sayur sudah masak.
  
 isikan kedalam ramekin
atas, letakkan potato and sweet potato yang dilenyekkan tadi

bakar dalam 20-30 minit pada suhu 180 degree C.

siap~

kalau nak lagi perang atas dia tu, bakar lama lagi. saya bakar tak lama sangat sebab tuan kecik dah merengek-rengek lapar. hehe

saya buat 2 bekas. lagi satu bekas saya frozenkan, makan untuk breakfast esoknya pulak. hehe

beli ikan kod ni kat mydin. rm 80 sekilo.sekali sekala boleh la yer makan maryam. hehe

setakat ni maryam pernah makan ikan salmon, ikan tenggiri dan ikan merah. ikan merah masa kat rumah i balik kampung haritu, ikan tenggiri beli 2 kali baru kut kasi maryam makan. tapi ikan tenggiri hanyir lebih. so kebanyakan masa maryam makan salmon jer. ikan kod ni boleh la makan awal2 bulan yer sayang. haha

4 comments:

Lady Windsor said...

hellemekk ngerinya auntie tengok ikan kod maryam tu...ampun lah auntie x beli...sebab mahal...hihi. ok make sure maryam makan betul2 ya..bon apetite bebeh!

alyyani said...

ikan kod ni sedap eh? yg dlm scotts emulsion tu kan? dgn fish oil tu kan? patutla supplement fish oil mahal. ikan nye pun mahal

♥ Elin ♥ said...

ikan kod n salmon mmg bagus!

mommy yg super great!..

menu mahal nih..hahhhaa..ok tq ya dear 4 sharing.

Madi @ Aed said...

meheynye ikan..siyes rm80?maryam mkn menu standed hotel ni..haha