baby's nasi goreng cina

 hari ni masa tengah masak food maryam gas habis. i call kedai bawah pulak tak angkat. dan i adalah terlalu paranoid untuk nak call mane-mane kedai apek yang tak biasa suruh hantar gas. dah la sorang-sorang. naseb baek masa tu dah siap tanak nasi maryam. so i masak simple-simple guna rice cooker sajor. heheh. ade lagi skill masak guna rice cooker ni. zaman-zaman belajar dulu selalu lah buat. heheh

baby's nasi goreng cina


bahan-bahan
1.5 cawan nasi lembik (campor beras perang dan beras wangi)
1 ulas bawang putih
sedikit bawang besar
sedikit isi dada ayam
1/2 biji telur
puree jagung
puree keledek
kacang peas

tumis bawang dengan olive oil sehingga wangi dan lembut, masukkan dada ayam. setelah dada ayam masak, masukkan telur, peas dan puree. kacau sehingga telur betul-betul masak, masukkan nasi. kacau sebati. siap~


huhu..sebenarnya macam masak scrambled egg jer. cuma letak isi ayam dan nasi. tapi kaannnn, maryam suka sangat. sampai marah-marah sebab i lambat suap.  seronok mak menyuap. =)

sebab gas takde, i tak boleh lah masak. food maryam tu memang wajib masak. camane pon kene masak, kalau tak dia nak makan ape kan. for us, husband belikan satey kajang kat hentian awan besar. dah lama sangat dah kiteorang tak makan satey kajang sejak kenal satey station. satey station jauh sikit pon rela pergi sebab puas hati. 

 hurm..memang masih kekal mengecewakan.

kenapa yer? kualiti satey haji samuri semakin menjunam-junam? sebab ambik ramai pekerja indon ke? tak nikmat pon makan. daging keras, satey hangit. nasi terlebih lembik macam dah nak bagi maryam makan. kuah for me ok. tapi husband kata tak sedap.

tak akan beli lagi satey kajang hj samuri ni walaupon teringin sangat. akan tunggu jer weekend. g makan kat satey station jer puas hati. heh!

dua-dua tengok tv lepas kekenyangan. layan dhia youuuu~

You Might Also Like

4 comments