Pages

Tuesday, 13 December 2011

all in one chicken nugget

ni entry ni. i mengarang di tengah-tengah malam di atas katil di tengah-tengah antara husband ngan maryam semata-mata untuk kak sally yang nak resepi untuk radhi. hehe. kalau ikut i, nak buat sekali lagi resepi ni baru nak masuk blog sebab rupa tak semengah. hehe. tapi rasa dia, dengan yakin, telus dan ikhlas i cakap tersangat sedap. hehe. maryam pon suka. ni resepi veggies nugget ambik dari HMSSFYB macam biaso, i makhluk tak reti nak ikut resepi. so i ubah-ubah sikit mau kasi semua benda ada kat dalam. tak payah nak bersusah payah dah. hehe. all in one!

all in one chicken nugget

 bahan-bahan

2 biji potato direbus (jangan guna russet, sebab peroi, guna yang isi kuning sikit tu.granola holland potato)
3 sudu besar labu yang dah di steam (tak perlu blend, korek isi dari kulit jer)
2 sudu peas dilenyak kasar 
sedikit bawang besar holland (cincang)
2 sudu besar isi ayam didadu halus (blend lagi bagus)
sedikit serbuka lada sulah
1/2 sudu teh unsalted butter
1 sudu teh cheese didadu halus
oat (diblend halus)

tumis bawang dengan olive oil, masukkan peas. lepas tu baru ayam. biar ayam masak sikit-sikit jer,jangan terlalu kering. biar basah jugak sikit-sikit.air manis tu penting. hehe

lenyek kentang, labu, dan campurkan semua bahan ditumis tadi, masukkan lada sulah, cheese, unsalted butter. gaul sebati.

 mula-mula i buat pesen ni.

oat blend tu, i tabur atas chopping board, letak adunan, lenyek, pastu atas adunan tabur lagi oat. pastu tekap. buttttt, kerja itu adalah sangat leceh. i xgemor leceh-leceh ni. hahaha

so i gaul jer sekali oat tu dengan adunan. letak lah dalam 2-3 sudu besar. sampai adunan senang nak ditekap. jangan banyak sangat, nanti adunan keras kejung susah baby nak makan. kita makan tak pe. so adunan tu memang lembik sikit, tapi masih boleh di bentuk. nanti bakar dia keras lah.

tekap guna acuan suka hati pilihan anda, bakar pada suhu 180 degree C, selam 20-30 minit. ikut tahap kekerasan yang anda mahulah. 
boleh buat banyak2 untuk 2-3 kali makan, boleh simpah lah 4-5 hari. simpan dalam freezer yang belum bakar, bila nak makan kelarkan dan bakar. and simpan dalam bekas tu lapik lah ngan wrapping plastic tu. kalau tak nanti dia melekat antara satu sama lain.

yang paling kanan tu nampak cantik kan? tu yang mula-mula i buat yang guna cara lapik oat atas dan bawah tu. buat 2-3 ketul jer macam tu. leceh tapi hasil cantik lah. nampak lah macam betul-betul nugget. tapi kalau pemalas lipas macam i, jangan risau. sebab texture dan rasa sama jer campur terus pon. hehe

5 comments:

maya amir said...

oh!lamanye i x dtg sini...kesihatan adalah on off, maka x dpt i nk jenguk maryam..& i percaya nugget itu sedap:)

salamiah said...

farahhhhhhhhh...tqqqqqqqqq..terharu ni..hehehe..wikenla kot kalo nk wat.ari keje xdan...harus cube ni..tq222.

LiTtLe^m3 said...

farah practice baby food utk birthday maryam sekali ek? so nnt semua org mkn baby food tp sesuai utk org dewasa juga. hehehehe...

Nida Shaari said...

wow best la resipi ni sebab tayah guna telur.. baby saya allergic telur la.. boleh cuba lah nanti..

Umi Nazrah said...

yeay takyah guna telur. leh try utk my twins ^__^