Pages

Wednesday, 30 November 2011

trio fruits crumble

 dear maryam kesayangan ummi,

maryam tetap yang terpaling kesayangan walaupon kesayangan maryam adalah walid. =(

pagi-pagi maryam dah buat ummi stress hari ni. maryam bangun awal. so ummi buatkan maryam breakfast.breakfast kebiasaan maryam lah. (kalau ummi malas) *ehem*  oat+yogut+avocado+pisang kaki+ grape. sesuap pon maryam tak nak. maryam luah balik. hurm..ummi lah yang kene habiskan ni. so maryam minum susu jer. dengan kuasa t*t*k, maryam kembali menyambung ketiduran.

sementara maryam tido tu, ummi terus ke dapo. sediakan food maryam. dah tak breakfast, maryam minum pagi lah nanti. kita makan apple crumble nak? ummi suka,mesti maryam suka lah~ eh..tapi kalau letak apple jer tak meriah la kan, ummi kan suka campo macam-macam dalam food maryam. so kita buat trio fruits

 trio fruits crumble 

bahan-bahan: (2 kali makan)

satu biji epal, black plum, pear (dipotong dadu)
2-3 sudu teh unsalted butter
2 sudu besar tepung atta (kalau takde tepung gandum pon boleh)
1 sudu besar oat (saya guna organic rolled oat instant jenama anzen)
secubit serbuk kulit kayu manis 

cara nya:

panaskan oven pada suhu 180 degree C.
gaul buah-buah pilihan anda dengan serbuk kulit kayu manis, pastu isi dalam ramekin (or bekas yang tahan bakar)
ramas butter dengan oat dengan tepung sehingga menjadi crumble. tabur atas buah dalam ramekin tadi. jangan ditekan-tekan. biarkan bertaburan.

 begini.

bila dah cantik begitu (cantik keee?) masukkan dalam oven. ummi bakar lama jugak. 30-45 minit. atas oven kut. biar atas tu keperangan..kene lama-lama sebab nak bagi buah kat dalam tu keluarkan air dia. bercampur ngan serbuk cinnamon yang kita gaul tadi. wuhhh..tak payah gula dah teramat sedap dah. natural manis gitu. anak suka ibu setuju. heheh

dah siap

 makan dengan yogurt farm fresh yang natural lagi full cream di sukai ramai tu..memang terbaik.

kalau mak-mak baby nak makan untuk diri sendiri kan, unsalted butter tu ganti jer dengan butter biasa. pastu gaul brown sugar dalam buah barang sesudu dua ikut kemanisan yang anda mahukan, dan guna apple granny smith yang hijau lagi masam tu. bila masak campuran masam manis dan cramble oat di makan pulak dengan vanilla ice cream...so yummy. ummi maryam pemalas lipas. share je lah ngan maryam. pon dah sedap. tak manis sangat. i kan selera baby sekarang.

ni ummi punya. motif pakai pinggan baby jugak???

 dia sungguh excited bila suap. reaksi dia macam "wah..benda baru..nyum.nyum."

dia memang akan makan dengan excited kalau makan benda baru. ingatkan makan la sampai habis. 5 suap dah tak nak. suap dia luah balik. grrrr..*tarik rambut*

tengahari buat menu ulangan sebab dia macam makan sikit je kan. buat bihun kungfu dengan harapan makan banyaklah seperti malam sebelumnya hendanya. resepi bihun kungfu kat SINI. tapi sesuap pon dia tak nak. aishhhh..*tarik rambut*

sebab dia tak makan, sambil dia main-main tu (tak main sangat sebenarnya, banyak menangis serba tak kena dan asyik menyusu jer. lapar kan, tak makan) i bagi lah potongan buah, reject. rebus pasta penne tu bagi kosong, buat main. bagi brokoli, (biasa dia suka) reject. mentimun pon reject. last-last masa turun bawah nak pergi bayar maintenance fee rumah kat office management i beli roti kosong kat  kedai runcit bawah. bagi dia makan kosong jer. dia gigit-gigit 2-3 suap (happy dah i mula-mula), pastu dia tabur atas sofa. haish. *tarik rambut*

tapi ok lah. at least dia makan.

pastu walid pon balik. walid balik awal. boleh lah layan maryam sambil ummi masak. time dia susah nak makan ni, sungguh lah stress pikir nak masak ape.

masakkan ni,

eh..ni dinner walid

puyuh goreng halia, sayur air bayam, telur dadar

for maryam?

bubur oat ikan bilis bersama bayam dan labu.

masakkan dia bubur 'goreng' kamung haritukan dia suka, sebab tu i letak ikan bilis, labu dia suka, oat dia suka. bayam sebab penuh khasiat mengandungi ORAC- oxygen radical absorbance capacity yang tinggi. lagi tinggi dia punya capacity, lagi kuat dia melawan penyakit. maryam kan seleseme.

Fruits paling tinggi - prune, blueberries, strawberries, raspberries, oranges, red grapes. Veges - bayam, sawi kerinting, brokoli florets, red capsiicum, bawang. (sumber: kak @farah rahim. HOMEMADE SOLID FOOD FOR MY BABY)

wahh gitu kan. saya bukan dokter tapi saya hanya berkongsi ilmu pengetahuan.=P


cara nak buat is macam bubur 'goreng' kampung hari tu. cumanya ganti beras dengan oat. dan guna labu and bayam instead of carrot and kangkung. saya guna 3 sudu besar oat dan 1.5 muga air. resepi bubur 'goreng' kampung tu kat SINI


labu pula mengandungi beta carotene yang tinggi, juga bagus dikala anak demam, selesema, batuk. dia kan super food. untuk lawan penyakit jugek. garlic jugek. dan onion jugek. see maryam. ummi masakkan semua kebaikan untuk maryam. tapi ape maryam buat?







maryam main-main jer ngan food. habis comot. ummi biar jer maryam main ngan food. dengan harapan masuk mulut lah barang sesuap dua. suka dia main food. tapi semulut pon maryam tak makan. bubur habis jugak. tapi habis ke lantai. ummi stress.tapi ummi senyum jer. sambil tarik rambut. haish..

why lah maryam tak nak makan ni?

rupa-rupanya malam ni maryam demam. suhu tinggi lah sikit. and tak nak tido bawah. nak tido atas ummi. ni ummi dah letak kat bawah. tapi maryam tak lena sangat pon. gerak-gerak sambil tido menonggeng. cute pulak ummi tengok tido gaya camtu.

poor little maryam. sihat cepat yer sayang.

6 comments:

♥ Elin ♥ said...

seronok tgk menu maryam.
elin pun terus buat untuk amani..

marym semakin cerdik dn comel.

alyyani said...

dah gi klinik farah? takut tekak merah tu sebab dia reject food. maryam buat main bubur, aunty tgh lapar ni, semua food maryam aunty nak makan! GWS maryam sayang..

myle@my said...

maryam demam ke?
moge cepat sembuh sayang ;)

Mummy Dasy said...

alololo demam kesian...
aiii rajin ummi maryam mengemas habis kecah dek maryam, klu aunty da stress yg amat..

nieda said...

alolo patutlah takmo mkn...nk eemam rupanya

Syazzy Jana said...

salam,nak tanya.

oat instant tu perlu rendam dulu ke boleh trs bakar n makan?

sbb bile dah hbs buat,oat dia mmg still keras,mcm xmasak je.

thanks