Pages

Tuesday, 15 November 2011

sup bening for maryam

sup bening ni kalau kat kelantan orang panggil sayur air. bagus untuk orang diet. huhu. rebus-rebus sajor. tapi maryam tak diet nak kurus yer. haha

kebanyakan food maryam adalah food yang kiteorang makan. so setiap kali pergi groceries, tak de istilah food maryam or food ummi ngan walid. kecuali sesetengah bahan macam yogurt and butter. bila maryam ade ni, ngan ummi and walid sekali tak makan benda low fat. full fat yo! -___-"

tofu ni pon ummi suka. tapi makan sorang jer dulu. now dah ade kawan. baca kat SINI untuk bagi tofu kat baby.


2 jenama tofu yang pernah bagi maryam


semalam maryam makan sup bening ayam + tofu+ mayam merah+ labu. ngan nasi.

dulu-dulu i makan bayam merah ni kutip belakang rumah jer. sebab bayam ni senang sangat nak dibiakkan. kadang-kadang sampai tahap kene bagi kat jirang-jiran sebab banyak sangat. dulu kecik-kecik sukaaaa (eh, sampai sekarang suka) kalau mak masakkan sayur bayam. hari-hari pon takpe. suka sayur kuah pink!

bagus bayam ni sebenarnya, khasiat dia 5 kali lagi banyak dari brokoli. tapi masalah die cepat rosak. tak boleh simpan lama.


sup bening ayam bayam labu dan tauhu

isi ayam (dada)
1/2 ulas bawang merah
(masa awal-awal dulu i tak letak bawang merah sebab orang kata bawang merah angin. 10 bulan baru kasi. tapi boleh jer nak kasi sejak dari 8 bulan kalau ikut SINI)
1/2 ulas bawang putih
5-6 helai daun bayam (hiris)
labu
tofu

masak ayam dengan sedikit air dan bawang sampai empuk
masukkan labu, masak sehingga lebut, baru masukkan sayur bayam dan tofu. tunggu gelegak, siap~

dalam merialisasikan impian mahu berat 60 kg sebelum pregnant balik, oleh kerana hasrat ke gym selalu terbengkalao akibat beban tugas (ceewah!) dan masa husband balik kerja yang tak menentu (semalam balik kul 9 yo! masa mana i nak g gym nyerr?) so dengan ini saya mengumumkan kepada husband, lauk dinner adalah stim-stim dan rebus-rebus sajor. tumis sikit tape. hihi


sayur bayam tumis ngan udang kering dan ikan stim simple

ikan stim simple

1 ekor bawal (perap dengan halia, bawang putih, garam, sos tiram, sos ikan)
bawang putih hiris
halia hiris
serai hiris,
cili padi
tomato
bawang besar
daun sup
garam gula
perahan limau nipis

hiris2..campak2. stim sampai masak. senang kan=P

stim cara ni sedap kalau guna ikan fresh. husband beli ikan kat pasar borong. smentara masih fresh ni setap di-steam!

2 comments:

maya amir said...

i suke sayur bayam...tp org ckp bayam ni x elok sgt pompuan mkn byk2 sbb sejuk..ye ke eh?

ederq said...

haha masa mula2 baca sup bening kat blog kak farah. dok fikir bening tu apa. rupanya sayur air! ceh bakpo jadi bening pon dok tau kahkah kahh
i nak try lagi bagi taufu kat cha. maybe ari tu punya tak setapp