Pages

Friday, 25 November 2011

pak arab sebelah rumah saya handsome!

tadi ade orang tweet kat twitter, "im not lonely, i am alone"

buat i terpikir. kadang-kadang i terbalik...

"im not alone, but im lonely"

haha..sadis tak? jangan salah faham maryam..awak adalah orang yang paling ummi suka layan, but kadang-kadang ummi perlukan orang dewasa.

sorang kawan husband, kalau jumpa i mesti dia tanya,

"ko tak bosan ke dok rumah sorang-sorang?"

"tak delah..banyak kerja kut kat rumah. tak sempat nak rasa bosan. plus kawan aku selalu jer datang rumah. so takdelah bosan"

kawan datang rumah? along datang rumah? sebulan adelah 2,3 kali...selebihnya??

huhu..sebenarnya memang betul pon. dok rumah memang tak akan pernah bosan. banyakkkk kerja nak buat, lagi pon internet ade kut. bosan mengadap lah lappy.

tapi..

i selalu rasa tak sabar nak tunggu weekend..i bukan nye hadap sangat nak jalan-jalan masa weekend. i hanya suka bila ade orang lain kat rumah selain maryam. bila husband ade kat rumah masa rasa pendek jer.

i selalu tertunggu-tunggu aktiviti bersama jiran-jiran, kawan-kawan, gathering kawan-kawan husband pon! sebab masa tu i jumpa orang dewasa.

haha..bila baca ape yang i tulis ni rasa sadis sangatlah pulok hidup. bukan i tak boleh jumpa orang kat rumah ni, i boleh jer pergi rumah jiran kan. tapi malas la pulok. hahaha

kenalan i pernah jumpa i and cakap,

"aku selalu bukak blog kau, 4-5 kali update blog sehari. boleh aku baca kalau masa bosan-bosan. tapi mana kau ade idea nak update sampai 4-5 kali eh?

eh..tapi tu zaman takde anak lah. now dapat sekali sehari tu pon kira bagus. huhu

mane dapat idea? sebenarnya blog ni macam tempat aku becakap. i tak boleh bercakap sebab i takde orang nak bercakap. cakap sorang-sorang kang orang kata giler. korang sehari berapa patah perkataan bercakap? ade tak orang kira? hahaha

malam jumpa husband berapa jam sangat..dia pulak kalau aku bercerita bukan nak dengar sangat. kalau die dengar pon riaksi tak seperti yang diharapkan. aku pon mungkin tak reti nak bercerita kalau secara lisa. selalu tak sampai ape yang nak disampaikan. so daripada i mecok-mecok tak puas hati tak dapat reaksi sepatutnya, baik i tulis kat blog. bercerita kat korang. kadang-kadang i nak cerita kat my husband pon i tulis kat blog jer. i tahu dia baca, so senang. hihi

tapi sekarangkan i ade masalah dengan masa dan tenaga. masa selalu mencemburui i. tenaga pon faham-faham lah bila dah tua dan gemuk ni.--_____--"

dan ape yang i nak cerita biasanya bermain di kepala . sekarang ni ape pon yang sedang i buat, i macam tengah bercakap sorang-sorang guna ayat dalam blog tapi dalam hati jer. konon-konon buat draft entry dalam hati. macam tengah mandi teringat nak  buat entry pasal maryam so buat lah ayat dalam hati koya sorang-sorang. bila nak buat entry betul tak keluar pon benda i terpikir dalam toilet tadi. dok basuh pinggan pon macam tu, dok jemur kain pon.

plis cakap memang normal begitu. korang pon selalu cakap sorang-sorang dalam hati. plis.plis.plis.kalau tak i kene buat sesuatu sebelum parah. haha..bela kucing cakap ngan kucing ke. -_____-"

kembali kepada title, saya ade jiran hot! nyum nyum...ehhhh

6 comments:

NenetPenne (NP) said...

apa nih? tajuk lain, isi lain..
uwaaaaa tipah tertipuuuuuuuu

Lady Windsor said...

Farah, yes..alone but doesn't mean that lonely kan...selalunya kita ni, banyak kerja nak kena buat...kalau dah habis kerja rumah pun, tetap ada macam nak lap sana sini supaya licin licau kae...

Haha..lama x dengar perkataan mecok...I like! U mecok sokmo ko dengan Maryam?

Back to the topic, I pun ada jiran hot...hahaha...

mamalieyna said...

hehe~ terbayang2 sambil baca n3 farah ni..kalau kak eina dok umah pun, sure jd cam farah gak..hee~ takpelah sekurang2 ada blog tuk tulis apa yg ter'cakap2' dalam hati tu kan..hee~

ok, back to tajuk n3 farah tu..eeiii jiran depan umah k.eina seram sket, mat bangla selalu intai dr tingkap asal dgr je kita bukak pintu..kalau time usband ada takde rasa apa, time berdua je dgn arif..issh memang tak bukak pintu..seram lain macam je..ngee~

mat bangla tu, org baru, ntah pesen apa suka intai2..kalau org lama dl, tak heran sngat..

ederq said...

haha normal! i pun salu fikir macam2 nak blog. ayat dah susun bla bla. japgi nan ado

LiTtLe^m3 said...

gee.. ko tak tumpang cuci mata ke? jgn pak arab yg aku gaduh kat car pak block B sudah la... mamat tu boleh tahanlah gak tapi sbb aku dah gaduh besar ngan dia sorry la.. (ye aku gaduh bukan roch.. roch tgk aje aku menyinga)

gee ryder said...

alamak! Hensem ke farah????
Apsal aku tgk tak hensem pun. Ala2 gay jer hahahahahaha....
Betul, gaya dia cam lembut2 gitu... Selalu sgt nampak kat dapur dia tu masa ulang alik antar aqeel.
Dah la suka dgr lagu selena gomez. Sungguh tak macho! Kekeke