Pages

Tuesday, 22 November 2011

omelette with love: 9 bulan ke atas

mengundang amarah blogspot ni. suka suki rotate gambar. sudah lama maryam tak makan telur. saya nak stop kejap bagi maryam makan oat sebab takut maryam bosan. sebab bulan 12 nanti nak ikut husband pergi pangkor so i tengah merancang menu. hehe. i ingat kalau takde makanan hotel yang sesuai untuk dia, makan oat jer kat sana. campo-campo buah. kalo breakfast senang kut nak cari. lunch ngan dinner mintak-mintak ade. tapi kene stand by jugak.

omelette with love


1 biji telur (bleh baca blog kak Farah ni kalau nak perkenalkan telur)
1 sudu teh yogurt
1 sudu teh puree jagung
bawang besar cincang
1 ulan bawang putih hiris
1 kaki cendawan butang putih
peas
tomato

cara: 1.pukul telur, yogurt dan puree jagung sehingga sekata
2. tumis bawang sehingga naik bau dengan olive oil, masukkan cendawan, kacang peas, tomato. kacau sehingga masak. (i tumis dulu sebab takut sayuran xmasak)
3. dalam non-stick pan, letak sedikit unsalted butter, masak telur taburkan sayur yang dimasak tadi. masak sehingga betul-betul masak

untuk tambah rasa boleh tambah cheese. tapi tak tambah pon xpe, dah rasa manis-manis sayur.


siap breakfast maryam

yummy yummy~

2 comments:

alyyani said...

jauh plannig ummi maryam ni. bagus lah, niadel mesti jeles sbb mama dia tak rajin mcm mama maryam. heh, tetibe! :p

mrs.spicy said...

mak die kan xdak kerja..konon la tu paln awal2..tgk2 ape pon xdak