Pages

Tuesday, 1 November 2011

cottage pie melayu stail: baby food 9 bulan ke atas


cottage pie with love

must try recipe!

sangat sedap ok! satu yang ade love tu for maryam. takde garam gula. yang lagi satu i tambah garam sikit. untuk i. setap!

i ambik resepi kak SINI. thanks kak farah rahim for the recipe. banyak sangat maryam makan sampai ummi rasa nak buat pie lagi untuk hari ni. dan resepi ini juga adalah sangat senang untuk disediakan. tapi i ubah sikitlah mengikut ke-available-an bahan di dapur. cek cek cekidout~


bahan-bahan:

1 ulas bawang putih- cincang
1/4 ulas bawang besar holland-cincang
1 sudu teh rempah sup adabi
isi ayam-cincang gaul dengan sedikit tepung
carrot-hiris kasar sikit. (sebab nak bagi maryam makan sendiri carrot, kalau nak suap, cincang)
brokoli-cincang
tomato- cincang
batang celery-cincang
satu biji kentang-lenyek bersama sedikit cheese. (i guna 1 sudu cheddar cheese diparut)

cara: tumis bawang dengan unsalted butter sehingga wangi, masukkan isi ayam yang sudah digaul dengan tepung gandum dan rempah sup adabi. kacau sehingga isi ayam masak. masukkan sayur-mayur dan air. masak sehingga sayur lembut. masukkan air secukup pastikan tak terlalu kering. masukkan ke dalam casserole. selepas itu, tutup inti dengan kentang lenyek dengan cheese tadi. bakar dengan temperature 200 darjah celcius, lebih kurang 20 minit. sebab maryam yang nak makan, so i buat sampai kentang tu perang sikit-sikit jer. lembut sikit.

inti

sedia untuk dibakar

dah siap cottage pie penuh kasih sayang

sedia untuk di makan

makan sambil mengadap boy friend best wuh!

maryam makan banyak semalam. alhamdulillah~

5 comments:

alyyani said...

ish makin montel maryam lepas ni. mcm2 food ummi awak bagi. aunty tgk pun terliur!

mrs.spicy said...

errr..mak pon makin montel kut. hahaha

Joy said...

wahh maryam dah ada bf..hensem ;)

gee ryder said...

mcm sedap.,.nak try jugakla..afeef suka kentang!

fuzza nissa said...

wah...nk try jugaklh...mnarik...

www.mummysayf.blogspot.com