Pages

Thursday, 17 November 2011

bubur oat dengan daging kangkung dan labu

hari ni dalam sejarah maryam makan banyak giler. dari pagi, tengahari, sampai lah ke dinner berganda-ganda dia makan daripada biasa. alhamdulillah. berselera anak ummi makan.

dinner tuan besar: kilan goreng ikan masin dengan ikan singgang

akibat kekenyangan lampau masa lunch, dinner i tak makan nasi. husband jer makan. i kenyang sampai sekarang. dasyat kan


dinner tuan kecik: bubur oat dengan daging kangkung dan labu

1/4 ulas bawang merah
1/2 bawang putih
daging
2-3 sudu besar rolled oat
labu
kangkung

rebus daging sehingga lembut, keluarkan daging dan hiris sehingga betul-betul halus.
tumis bawang merah dan bawang putih dengan olive oil sehingga naik bau.
kemudian masukkan air rebusan daging tadi(dalam 2 cawan.ikut kepekatan yang dikehendaki), masukkan oat dan masak sehingga masak.
apabila oat hampi masak, masukkan labu dan daging dihiris halus tadi.
akhir sekali kangkung yang dihiris.

burppp..alhamdulillah~


lelicin lelemun

food maryam pon habis. sebab makan banyak dari pukul 9 dia tido tadi, kul 1.45 baru sedar minum susu. melampau-lampau kan. heheh. ni i baru siap susukan dia.now kene tido.

3 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

sronok tgk maryam makan

Byzura Mj (By) said...

senangnya maryam makan.

Jajachentadia said...

7 bulan bole makan