Pages

Tuesday, 1 November 2011

baby's fish stew: 9 bulan ke atas

maryam tahu la i merungut dia tido lambat. malam ni malam yang tenang. husband dah tido, maryam pon dah tido. senang jer tido. bagi dia bf jer. bagus la macam tu sayang. baru ummi boleh update blog sambil tengok tv sambil minum milo panas ngan oat dengan tenang. haha. for isteri dan ibu, bila semua orang tido baru lah ade masa untuk 'me time' kan. huhu. anak sorang dah kecoh kan. anak rami cool jer layan anak. pastu ade hati nak ramai-ramai. i nak anak ramai plis bie. atleast 5 yer kalau ade rezeki. (at least?)

maybe maryam tido awal sebab nak prektis menyenangkan kerja ummi. malam esok kiteorang tinggal berdua jer. husband ke bintulu semalaman. semalaman jer. lepas tu balik kampung hoyyeahh!

hari ni untuk lunch maryam saya masak fish stew. food ni sebenarnya kalau berani 8 bulan pon dah boleh bagi. i penakut sikit, tomato lambat i bagi sebab takut acid. 9++ bulan baru bagi maryam tomato. tapi ikan i bagi awal pulak. huhu. i ade terbaca, kalau nak hilangkan hanyir ikan dan ayam, selain guna halia, boleh jugak letak tomato. kat kampung hari tusebab tak jumpa halia kat dapo i letak tomato sikit dalam sup maryam. pastu bagi dia makan, suka pulak nampak. lepas tu i campo tomato dalam food dia. cuba cari yang paling merah yang ade kat pasar tuh.

fish stew dengan nasi lembik.

nasi tu tak putih sangat sebab i campur beras perang ngan beras wangi

1/4 isi ikan tenggiri
1/4 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
batang celery
carrot
tomato
brokoli
daun sup
mix herb (optional, kalau takde pon ok)

tumis bawang sehingga naik bau dengan olive oil, pastu masukkan isi ikan, kacau sehingga masak. lepas tu, masukkan air, tomato, carrot, celery dan biar dia mereneh sampai carrot lembut. akhir sekali masukkan daun sup, brokoli dan mix herb. masak lama sikit sampai kuah memekat.

masak sudah.

maryam suap sendiri sayur-mayur bila makan. sebab tu i potong kasar-kasar.

sedia untuk dimakan

kutip brokoli

nyumm~

sampai penuh mulut dia sumbat. isk2

ni untuk dinner. benda sama. versi porridge


7 comments:

Lady Windsor said...

ishh gigihnya maryam kutip brocolli tu..bagus tau! fara try bagi dia tomato cherry..tapi i tatau la khasiatnya sama ke tak dengan tomato besar yang biasa tu..

mamalieyna said...

sedapnye menu maryam` auntie pun nk jd baby jugak la..dedulu tak merasa ni..hee~

gee ryder said...

maryam pandai makan sendiri la...afeef tak pandai lagi. sebab tu kot mende2 lain pun dia tak suka masuk mulut. bab tu selamatla sikit tapi bab makan jadi payah huhu.

HappyIrfa said...

comelnya baby ..salam kenal

mrs.spicy said...

lady, bagus jugk. tomato ceri lagi manis kan. akan cuba. thanks!

mrs.spicy said...

kak ieyna, boleh try masak untuk baby baru nanti

goblogbyfarah said...

amboi maryam bukan main sedap lagi makan dia..nak try utk Iman gaklah!