Pages

Wednesday, 2 November 2011

baby's chicken olio: 9 bulan ke atas

baru berjaya tidokan maryam. penat lah jugak bila kene handle maryam dari pagi sampai malam sorang-sorang ni. kalau husband ade, at least boleh la jugak suruh dia layan maryam malam-malam kan. huhu. eh. tak merungut. bercerita. dan bila orang tu balik nanti best jugak kalau agak-agak nak bagi full body massage pon.

habis lah blog i dah jadi blog pengumpul resepi-resepi baby. sabor yer. i berblog ikut musim. sekarang musim tengah excited masakkan maryam food. mana tahu sek sok boleh jadi rujukan maryam kan. sekarang i masakkan untuk dia, nanti dia masakkan untuk cucu i. ecece, tu pon kalau cara kita sekarang masih boleh diguna pakailah untuk zaman dia. mana tahu kan, dah berubah. macam zaman nenek kita dulu, nenek i cerita, baby keluar-keluar perut jer makan kanji. tak pon pisang bakar. sebab baby menangis lapar. lepas bagi makan senyap. kita sekarang 6 bulan baru boleh bagi. mana tahu zaman maryam nanti 2 tahun baru start makan. fully susu ibu sampai 2 tahun. heheh

menu maryam semalam adalah antara menu yang i suka. i suka olio sebab i suka rasa pasta. huhu. bila ade sos rasa pasta tu tenggelam.

baby's chicken olio


bahan-bahan:
pasta direbus
olive oil (banyak sikit dari menumis biasa sebab olive oil ni yang salut pasta)
seulas bawang putih
1/8 bawang besar
tomato
carrot
celery
brokoli
capsicum
isi dada ayam
italian mix herb

cara:
1.tumis bawang dengan oive oil sehingga lembut, masukkan ayam, kacau sehingga ayam masak.
2. masukkan air dan carrot dan celeri. biarkan carrot lebut, masukkan sayur selebihnya. masak sehingga sayur empuk.
3. bila air sudah sedikit kering dan sayur da empuk masukkan italian herb dan pasta.

*boleh tambah cheese kalau suka*


kali ni i tambah capsicum dalam diet maryam. capsicum ni memang sentiasa ade dalam peti sebab i suka guna. tapi tak pernah la pulak bagi kat maryam. bila i baca ade seorang ibu bagi capsicum kat baby dia, i google. boleh rupanya. siap boleh bagi buat finger food lagi. semenjak kenal capsicum ni, first time i try makan mentah, best jugak makan mentah. manis.i tambah sebab boleh tambah rasa dalam food maryam.dah lah gula garam tak ada kan. sayur mayur ni lah i menambah rasa.

pernah try makan celery mentah tak? macam wonderpet je kan...i try rasa die ade sedikit masin lah. sebab tu i suka letak dalam food maryam. lagi pon celery memang sedap.


i suka tengok dia makan. puas hati masak.

lenyek-lenyek, i suap ngan tangan jer. lagi senang.

9 comments:

Lady Windsor said...

hwaa...hari-hari menu maryam menyelerakan...western taste yer..hik! o ya, yellow capsicum is the best sebab paling banyak khasiat berbanding yang hijau dan merah. brocolli tu pun bagus untuk anti breast kanser..terbaiklah menu maryam!

alyyani said...

best nye maryam. tak yah baby makan, org tua pun nak makan. untung farah sebab maryam cepat tumbuh gigi and dah bole makan food kasar2. macam niadel umur setahun, baru nak tumbuh 2 gigi. sgt lah lambat nye. makan bubuq je la. kalau bagi kasatr2 tecekik pulak. mintak2 anak no3 cepat tumbuh gigi nye. heh, kesitu lak :p

mrs.spicy said...

lady, yeke...wah..banyak info dapat ni..tq cakap. nanti next time beli kuning. ska jugak kuning. sebab nanti bila masak jadi cantik. thanks!

mrs.spicy said...

a ah..kalo epal pon dah boleh bagi yang tak steam sekarang. sonang keje ummi. hehe

♥MAMASYAZA♥ said...

suap dengan tangan lagi tambah berselera nak makan

gee ryder said...

eh sama la menu kita semalam maryam...aunty pun masak olio tapi afeef tak suka :p

maryam ni memang pemakan lah orangya semua dia sumbat hehe...senang!
afeef ni masalah dia tak reti nak kunyah2 lagi...tapi gigi sama jer banyak ngan maryam huhu

zailamohamad said...

kak ila jeles gila tengok menu-menu Maryam..sero mace kak ila ni teruk je sebab xleh nak masok mace2 ko ashraf..sero dan2 tu jugok nak bereti kijo duduk rumah jaga anak;(

Linda Rahman said...

italian mix herb nak beli brand ape n kat ,mne?

fuzza nissa said...

anak sy 9bulan bru ada sbatang je gigi...huhu... tp die pndai kunyah... esok nk wat camni tp gnti pasta...tq sis!

www.mummysayf.blogspot.com