Pages

Sunday, 20 November 2011

11 bulan maryam

eh.eh. dah 11 bulan dah my baby..dah banyak dah pencapaian. hari ni naik gigi ke 5 dia. baru nampak putih. padan lah last week susah sikit nak makan. sekarang selera makan normal balik. eh. bukan normal.makin banyak! kalau dulu makan normal dia 2 sudu besar, sekarang 4 sudu pon boleh habis. ikut mood. huhu

sekarang ni tengah naik nappy rashes. alhamdulillah semakin berkurang. cepat lah sikit hilang. tak sanggup rasanya nak tengok. tapi sekarang at least dia tak menangis setiap kali kecing dan mandi.

berjalan? boleh la 2 langkah.pastu dia duduk. dari raya haji hari tu lagi dia belajar melangkah sikit-sikit. tapi tiada peningkatan. hahaha. tapi dulu kalau melangkah dia guna kaki kiri jer. maknanya kalau 3 langkah melangkah semua kaki kiri, dia jadi berputar. sekarang dah boleh lah kiri kana. tapi 2-3 langkah jer. kiri kanan kiri. duduk.

suka sangat main tolak-tolak walker die. tambah suka kalau main ngan walid. masih lagi anak walid, kalau nak berseronok-seronok pergi kat walid. nak susu, poopoo, sleepy datang la kat ummi.

dah pandai ikut arahan.

maryam sit..maryam sleep (kalau nak suruh dia tido nak bagi susu sambil baring), dan banyak lagi lah.. suka lagu-lagu dalam baby tv. if i nyanyi sekali dia sengih-sengih. dah kenal lagu-lagu...

tik tok tikitikitok..(kepala kiri kanan)

where is thumbkin ...(jari gerak-gerak. tapi semua jari nyanyi, jari telunjuk jer yang gerak)

if you happy ngan tepuk amai-amai dah lama pandai clap. tapi sekarang dah pandai stomp feet ngan angkat tangan bila hurrey..

eh..apahal dok ajar anak menyanyi ni kan..hahaha

kalau kita suruh tunjuk mata, hidung, mulut kadang-kadang dia ikut. kadang-kadang dia gelak jer.


give me five!

mainan kesukaan dia jugak

dan sangat suka berlakon..menari2 depan tv..bercakap sorang-sorang ikut tv bercakap. suka ambik fon dan borak sorang-sorang...


bisnes jota-jota!


over bercakap sap ngan tangan-tangan. tiru sapa entah.

dia dah kuat meniru kan. kiteorang sangatlah kene menjaga kelakuan dan pertuturan. carutan juga sangat jaga.

panggil walid abah. panggil ummi mama.

ape lagi eh? hahaa...ape pon yang maryam dah pandai walid and bangga. pandai kutip makan sampah dalam tong sampah sekali pon.-____-"

semoga membesar menjadi anak yang solehah, berguna didunia dan diakhirat.=)

2 comments:

Lady Windsor said...

ohooo maryam dah maju selangkah lagi ya..dah pandai deal business juta2 tu..bole take over tuan besar eh..haha

nieda said...

dah 11 bulan yer Maryam, cepatnya masa berlalu..kejap lagi expert lah tu berjalan. Kira cepat juga, kakak Humaira dalam setahun 3 bulan baru boleh melangkah