Pages

Friday, 28 October 2011

sutchi fillet

adeh..sungguh banyak membuang masa lah hari ni. nanti i cerita. sebelum tu tayang makanan breakfast maryam dan umminya.

sopan sangat lah duduk macam tu sayang.

macam-macam gaya kalau dia makan. tu tak masuk bab berdiri atas baby chair lagi. haish.

hari ni ummi nak masakkan maryam potato salad sebenarnya, tapi resepi yang ummi jumpa semua benda yang maryam tak makan lagi, so ummi try buat macam ni dulu nak tengok maryam suka ke tak, lain kali kita try tambah benda lain pulak.

potato salad

1 biji kentang(rebus, buang kulit, potong dadu)
1 sudu kecil yogurt plain

gaul sebati.

potato ni manis, boleh lah hilangkan sikit rasa masam yogurt. lagipon maryam memang suka yogut. dia makan lah 7- ketul. selebihnye ummi makan. heheh. macam biasa. sekarang ni food harian i adalah baby food. -____-"

nak tahu kenapa i banyak membuang masa hari ni? sebab i dok membaca pasal sutchi fillet ni.

kami tak sempat lagi nak pergi pasar nak top-up lauk pauk and sayur mayur. pergi giant jer sebab nak kene beli sayur and lauk jugak untuk maryam. haritu pergi cari ikan salmon tapi takde, so i ambik fillet ikan frozen. nak try. i ingatkan fillet tu ikan dori, sebab tanda harga besar tu dia tulis ikan dori so i ambik jer lah satu, sekali bila balik dia tengok-tengok sutchi fillet.

i google la nak tengok sutchi fillet ni ikan menatang ape kan. siyesly tak pernah dengar. so jumpa lah macam-macam cerita baik dan buruk. antara yang buruk adalah disini. kat internet ade bermacam-macam cerita baik dan buruk, kita yang kena nilai sendiri. so i menilai ni maybe propaganda jer kut sebab artikel tu tak meyakinkan. hurmmm...

walaupon begitu, i tak bagi lah maryam makan sebab tak pernah tengok pon nama ikan tu dalam senarai ikan yang selamat dimakan oleh baby. next time kene baca label betul-betul maghfarah! tak pon i kene belajar buat fillet ikan sendiri. wah-wah. lama-lama boleh join masterchef macam ni.

tapi untuk ummi boleh lah sebab dah beli kan. letak lada hitam, garam, mintak zaiton, lalu grill di atas non stick pan. pastu grill tumbuh-tumbuhan. siap sudah lunchy for ummi. (makan pon dalam pinggan baby-___-")

sedap lah jugak. hihi




lunch untuk maryam: butter beef porridge

lama tak masakkan maryam porridge. kali ni saya try letak butter sikit untuk menambah rasa sebab porridge kosong dia sudah tidak mahu itu hari

1 ulas bawang putih
sedikit unsalted butter
1/3 pot beras wangi
1 cawan air
satu batang daun sup
carrot
brokoli
1 sudu besar daging di cincang

1. tumis bawang dengan butter, lepas keperangan masukkan beras kacau sehingga sedikit perang.
2. masukkan air dan daging. bila nasi dah lembut baru masukkan sayur.

habis dia makan 3 sudu besar. kira dah sangat banyak dah tu bagi maryam. tak tahu lah sebab tambah butter ke sebab die dah nak makan balik porridge. esok nak try masak tanpa butter mcm dulu-dulu nak tengok dia makan ke tak.

2 comments:

e.l.i.z.@ said...

mcm sedap je potato salad tu

mamalieyna said...

syoknye jd maryam..umminye rajin mencuba masakan~ ^_^