Pages

Friday, 21 October 2011

maryam lagi

oh my! kalau nak bercerita pasal anak tak pernah habis kan. korang hadap jelah ek. heheh

masa balik kampung hari tu i adalah sedikit buzy dan maryam pulak asyik di culik entah kemana. i ni bukan lah tak bagi langsung maryam makan garam gula, tapi die try food kita makan biasa i bagi lah sesuap dua kalau nampak nak sangat. biasanya dia tak nak pon kalau kita suap sebab die dah kenyang sebenarnya, tapi kalau tengok kita makan nampak macam lapar sangat jer. dah memang penyakit dia macam tu.

so kat kampung hari tu bila makcik-makcik and nenek-nenek sedara dia tengok dia macam lapar jer bila tengok orang makan maka macam-macam lah dieorang suap kat budak maryam ni. mula-mula yang perasan malam sembahyang hajat, makan laksam dan laksa. laksam adalah homemade begitu juga kuah. laksam i tahulah letak tepung beras ngan air jer. i adelah jugak bagi die tanpa kuah sebab masa die tengok i makan die macam nak kan. tapi die makan sesuap jer. dah kenyang makan nasi. kuah laksam tu memang the best the boom lah kan. cukup garam gula mak cik i yang buat. and mak cik i kalau masak memang tak sah lah kalau tak letak ajinamoto. disebabkan i tahu ape yang ade dalam kuah laksam tu i adalah sedikit ngeri lah nak suap kat maryam.

malam tu, masa dok tengah isi door gift dalam bilik, maryam orang lain jaga sebab dia nak kacau orang mengisi door gift. pastu bila datang balik kat i, bau kuah laksam!

depan-depan mak cik tu jugak i cakap,

"kenapa maryam bau busuk ni? maryam makan ape?"

geram nyelah masa tuh. apelah nikmat sangat bagi budak tak cukup umur makan benda macam-macam. anak orang pulak tuh. kalau anak sendiri takpe lah. sendiri yang beranak kan.

dan esok nya cabaran lagi besar. ade yang reti bahasa tanya dulu,

"maryam boleh makan ni tak?"

dan semestinyalah banyak benda yang tak boleh. tapi ade jugak yang suap maryam koleh kacang. sikit jelah die kata. try. i pon buat jugak macam tu. tapi sebab kalau i bagi takpe. orang bagi i adalah sedikit bengang.

dan paling over adalah bila i ambik anak i, ade cebisan food tepi mulut dia and bila i try itu adalah kek coklat!

haih.. speechless...

tu yang i nampak lah kan. yang i tak tahu tu tak tahulah. dan lepas tu maryam 3 hari tak berak!

maryam jenis berak hari-hari. pagi jer berak. memang bagus sistem pencernaan dia. kadang-kadang kalau makan banyak 2 kali sehari. paling lama pon sehari setengah jer. risau i tengok perut die buncit lah dari biasa. ingat balik kl kalau tak berak lagi nak bawak pergi klinik. naseb baik dia poopoo masa dalam perjalanan balik kl. lega mak nye.

kesian awak maryam. ummi buzy sangat tak sempat nak monitor tangan yang cepat sangat suap awak. awak pon, tak boleh tengok orang makan. sibuk nak. cuba buat macam yang macam kalau ummi nak suap awak bubur blended. tutup mulut rapat-rapat geleng-geleng kepala. orang tak suap lah.

Photobucket
sopan anak dara i makan. kaki kat atas u!

Photobucket
geram kat epal

Photobucket
makan penuh perasaan. haha

Photobucket
makan epal steam. dah tak blend. ni first time try bagi die makan sendiri. jenuh tunggu dia kutip satu-satu. -____-"

Photobucket
baby-baby dah makan dalam pinggan corelle. kelas kau maryam!

sebenarnya kan rumah i takde pinggan plastik. hik hik. ingat this weekend nak heret husband pergi ikea. masa die makan bubur blended dulu i bagi dia guna sudu and bekas yang dapat sekali ngan blender philip avent tuh. bila dia nak makan sendiri ni susah la sikit sebab bekas tu dalam and sudu tu kecik.

baby chair maryam pon hari tu i tak beli dia punya dulang kat depan. dulu rasa macam tak perlu. padahal bukan mahal pon. belas-belas jer rasanya. nak kene beli jugak senang sekarang kalau nak ajar die makan sendiri.

10 comments:

nieda said...

bab org bg makan tu mmg sedikit bengang kan. mata kena tgk aje...

cekcilah dia tak pakai baju

Dong, Dia & Azra said...

Takperlah Farah dah terlepas nak buat macam mana. Yang penting majoriti of the feeding time, Maryam makan benda2 yang sesuai dengan umur dia. Nak puji ni, bagus Farah bagi Maryam explore makan sendiri. Walaupun ianya akan menyebabkan lebih sepah dari biasa, tapi sure Maryam lagi eksited nak makan. Dapat juga dia exercise fine motor skill dok kutip epal kecik2.

NenetPenne (NP) said...

kadang2 biasalah orang kampung..
bagi dia tak per nak suap apa pun
penah jugak my i sound my sista, katanya korang dulu makan pisang lenyek jer tak ada masalah pun, hidup dan sihat pun sampai sekarang...
so bila balik kampung tu, tutup mata jelah lagi pun orang tua kan..dia lebih dulu ada anak dari kita..
eh farah jangan marah net yer.. i just said from my observation jer...

NenetPenne (NP) said...

tertinggal satu perkataan...

my mum sound my sista... tetiba lak jadi my i... ha ha ha

alyyani said...

bab bagi anak makan sesuka hati tu mmg pantang datuk nenek la. kalau sakit yg susah kita, bukan diorg. nasib maryam nye perut tak sesensitif niadel. tough la maryam! :D

Lady Windsor said...

maryam ada makan kismis tak? prune? kalau i tak silap 2 snek ni bagus untuk baby..

Madi @ Aed said...

bkpe geram sgt kt epal tu?heeee

amai said...

anak ofismate warded 3 hari kat PPUM. Doc suspect ada org suap dia makan yg tak sepatutnya.. ofismate ckp dia g openhouse ms raya aritu and biasa la byk tangan yg dukung.. harap xjadik la kat anak2 kita jugak...

maya amir said...

farah... nipple maryam tersembul gitu kan, means lepas ni boy youuu...hehehe.. (penah dgr tak org2 tua ckp gini?)..kalau terbelah means dpt baby girl lps ni..i telek tu mcm tersembul gitu..kekekkeke...oopss gi perati tu pulak..haishhh!

FazMelati said...

Salam Ummi Maryam, i agreed dgn u, i pon tak suka orang suap-suap makan untuk anak i, sedara-mara pun i cakap jea bila nak start bagi makan.
"Kuih apa tu? Ishhh tak payahlaaa, makanan Iman ada"
Tapi ada jugak yang degil suap jea, nasib baik anak i taknak. Heheee. Legaa