Pages

Tuesday, 27 September 2011

jumpa lagi next year adlina!

Photobucket
ade sapa-sapa terlebih duit nak sponser i pergi scotland?


Photobucketbaru bangun tido buat muka macam ni menggoda sangat lah!

kadang-kadang, bila tengok kawan-kawan yang masing-masing berlainan hala tuju dengan i, masing-masing sedang struggle membina masa depan yang cemerlang, masing-masing tengah menikmati hasil titik peluh sendiri ade jugak rasa terdetik dihati.

'betul ke keputusan yang aku buat ni?'

raya hari tu macam biasalah kalau pergi raya mesti ade jer soalan.

'dah kerja ke?'

'sekarang kerja mana?'

'kalau pergi kerja maryam sape jaga?'

dan diikuti dengan kata-kata

'tak rasa rugi ke belajar lama-lama pastu tak kerja?'

memang mendown kan semangat orang. takpon,

'jaga anak sendiri ni bagus sebenarnya. ade lecturer tuh, dia tak bagi wife dia kerja. suruh jaga anak kat rumah. tapi dia takpe lah, duit banyak tak habis nak pakai. kita ni?'

hurm... tak tahulah dia menyokong ke tak. macam sokong kalau lah duit belambak-lambak, yes boleh jadi housewife. kalau cukup-cukup makan pergilah cari kerja jer. as if kalau aku tak cukup makan aku nak pergi mintak duit dia jer. haish. takpon,

'cari lah kerja, masa muda-muda ni tak rasa, bila tua nanti baru rasa menyesal. lagipon perempuan kene ade pendapatan sendiri, kalau jadi ape-ape susah'

ni lah ayat paling menggusarkan hati. bila dengan memang akan down-se-down-down-nye. sebab i tak boleh nampak ape yang akan berlaku masa depan. maybe betul lah ape dia cakap. maybe tak. i nampak rasai jer yang jadi housewife bahagia sampai ke anak cucu. ade jugak lah yang sengsara di tengah jalan tuh.

macam-macamlah sampai kadang-kadang sekarang ni rasa dah malas nye nak berjalan pergi jumpa orang kalau kat kampung.

i jadi housewife bukan nye ade orang paksa.memang i yang nak. tapi kadang-kadang tu adelah datang mood tak bersyukur morale down. i memerlukan sokongan orang-orang sekeliling. penat-penat i membina keyakinan yang i sedang buat benda yang mulia, balik kampung runtuh macam tu jer.

orang akan cakap, 'bestnya jadi housewife, kalau husband i mampu i pon tak nak kerja.'

ape yang best entah jadi housewife.

boleh tido sampai tengahhari? dah lama tak tido sampai tengahhari. memang lah boleh bangaun lambat ataupon sambung tido lepas subuh. tapi nanti tak sempat nak mengemas. kpi suri rumah ni berdasarkan kekemasan rumah. nanti orang datang,

'apelah yanng ko buat hari-hari sampai nak kemas rumah pon tak boleh'

boleh blogging sesuka hati?

blogging pon sambil berperang ngan anak, sambil menyusu anak. kecuali malam, bila anak tido. tu pon berfikir, nak habiskan masa baca blog orang ke, nak lipat kain.

dengan rasa usaha tak pernah dihargainye.
dengan duit takdenye.
dengan rasa muak tengok kain setimbun, habuk, mop, vacuum. tu jelah kau hadap hari-hari.
dengan takde orang nak berbual pon. boleh jer pergi melepak or berbual dengan jiran. but then adelah nanti kerja terbengkalai. housewife rumah kene perfect. remember?
walaupon memasak adalah kesukaan kalau mengadap dapo hari-hari jadi jugak muaknye.
kita akan jadi super sensitif nak terasa macam-macam benda walaupon tak perlu terasa pon.
orang cakap pasal nak rumah besar aku yang terasa.
orang cakap pasal nak kereta besar aku rasa bersalah.


komen i tutup sebab tak nak baca komen,

'u patut bersyuku ade peluang besarkan anak sendiri. kalau husband i kaya i pon nak jadi housewife jugak jaga makan minum family'

komfem adenyelah komen macam tu.

bukan i tak bersyukur. bersyukur sangat-sangat maryam membesar depan i. bersyukur sangat-sangat ade hsuband yang masih mampu bagi makan minum walaupon i tak kerja.

tapi i ni manusia biasa jugak.

kalaupon i ni sangat yakin pon dengan keputusan i, kalau 10 orang datang kat i, 9 orang memperlekehkan keputusan i, goyah jugak. tambah-tambah dengan keadaan housewife ni bukan lah seindah yang disangka.

penat okeh penat.

bukan nye nak suruh 10 orang datang tu 10 orang menyokong i. tak cakap ape-ape pasal ni pon lagi bagus.