Pages

Friday, 23 September 2011

hoi hoi dah jumaat lah!

hari bangun awal(ceyyy..tu jer nak cakap) sikit so boleh lah prepare breakfast untuk husband. masa tengah masak menyedari masa sudah suntuk dan lewat masuk bilik kejut husband yang sedang enak tido di sebelah maryam. selepas itu kembali menyambung tugas memasak. sedang elok masak, husband keluar dengan handsome bergaya memakai kemeja linen. lalu dengan kongfidengnye berfikir,

'ahah..salah hari la laki ku ini'

"bie..jumaat ke hari ni yang u pakai kemeja linen ni?" *sambil sengeh memerli*

"yelah sayang...hari ni hari jumaat lah"

ohhh ye keeee..cepat nye! mana hari isnin,selasa, rabu, khamis pergi? rasa macam baru jer weekend, esok weekend lagi.

Photobucket
olio udang pelbagai jenis cili i love you plis say u love me too

di goreng dengan minyak dagu supaya husband bertambah sayang.

esok i ada jemputan open house di seremban dan juga di setia alam. dan di shah alam tengah-tengah.

so boleh lah nyanyi macam ni,

'dari seremban, ke setia alam, singgah di shah alam makan laksam kak ila'

ikut rentak joget pahang yer

dan lepas tu ade satu tempat lagi rumah ofismate husband. lupa kat mana. heheh. seremban ngan setia alam tu memang tempat wajib pergi.

oklah..hari ni mood mithali datang. mau membuat kerja rumah.

1 comments:

gee ryder said...

faizal jumaat pakai tshirt roundneck jer. senang bini dia hahah