Pages

Monday, 8 August 2011

orang tak puasa memasak untuk orang puasa


dimulakan dengan gambar budak orang suap makan pon menangismacam kene dera. yelah. yelah. tak payah makan. -____-"

husband tak ade ni memang i bercinta la nak masak kan. i dah masak sos bolognese secara pukal letak dalam peti bila nak makan tinggal panaskan dan rebus spaghetti jer. memang begitu kalau husband outstation. rajin kan surirumah ini? -___-"

dibulan puasa ni baru masak 2 kali. sekali masa along ade hari tu, masak tomyam (paste), goreng ikan, pastu goreng ikan masin. pastu tiba-tiba rasa tak masuk ngan tomyam so malam tu i makan nasi putih panas-panas ngan ikan masin jer. setap! (eh. sori orang-orang berpuasa. hakkss)

semalam kawan datang request nak makan ikan singgang. hehe. bagus jugak lah. i tak pro sangat masak ikan singgang. boleh prektis masak.
daging goreng, ikan singgang, terung bakar, budu, puding puan baiti. tq baiti. heheh!

si ikan singgang

si terung bakar

best sangat berbuka makan macam ni. (walaupon i tak berbuka lah kan). nanti sambut kepulangan husband masak macam ni jelah. nak bie? hahaha

2 comments:

Ieda Al-Habsyi said...

wah ni menu pantai timur, leh la tiru, kesian laki aku tak balik berbuka kampung dia kali ni..

Lady Windsor said...

makanan hebat!!! maryam makan apa?