Pages

Thursday, 18 August 2011

masak di bulan puasa

bulan puasa ni i masak benda simple-simple jer. tak try menu baru pon. try masak benda baru nanti kang tak reti nak bajet garam gula. lagipon tak semangatlah nak masak puasa kali ni. husband mak makan sikit jer. cepat bebeno kenyang katanya. nasi putih belambak-lambak dalam peti tu lebih walaupon hari-hari masak 1 pot jer. -___-"

sahur kene masak nasi lain. nasi panaskan lagilah tak lalu nak makan gamoknye. sahur pon makan sikit. tak lalu nak makan katanya. i memang tak makan nasi sahur. i shake. bukak puasa jer i makan nasi. tapi rasanya sekarang makan sama banyak ngan husband. dia tak lalu makan, i beria-ria makan. tak rasa bersalahpon. saya perlu makan untuk susu maryam! ecehhh..=p

masa makan kat rebung tu, yang dok mengulang makan macam-macam i jer. husband sibuk berbual jer ngan kawan dia. tak berbaloi langsung nak bawak husband pergi makan buffet. weekend ni dia sibuk dok mengajak kawan-kawan die pergi makan buffet lagi. katanya nak makan kambing golek. kita tengok dia berjaya makan banyak mana.

menu 2 hari lepas. ini menu dia yang request.

mati kutu tak tahu nak masak ape. so i suruh dia yang fikir nak makan ape. kut-kut la makan banyak sikit bila menu dia yang plih. masak udang masak kering, kentang and tauhu goreng berlado, ikan goreng bodo terlebih masak. hakss. puding yang hari sebelumnya punya, dan kerepok gotel kelantan mari.

menu semalam. nasi goreng ikan masin. telur ikan tenggiri goreng. dadih perisa mangga instant punya.

nasi goreng tu secara tak sengaja jadi sedap pulak.padahal cara masak sama jer ngan biasa. maybe keberkatan bulan ramadhan termasuk sekali. jadi sedap. (iyoolah!) banyak sikit husband makan semalam. sebab i asyik merungut die makan sikit. haha

nasi goreng ikan masin:

bawang merah saiz besar 2 ulas
1 ulas bawang putih
2 inci isi ikan kurau masin
cili padi 4 biji
(semua diatas tumbuk mesra. tak lumat sangat pon takpe)

sayur mayur (bagusnye kailan, tapi kailan mak dah layu ditasik madu, so letak kubis dan carrot)
2 sudu sos tiram
sos ikan secukup rasa
nasi putih 2 mangkuk

tumis bahan tumbuk sehingga garing, masukkan sos tiram. lepas tu masukkan nasi dan sayur. gaul-gaul sehingga rata, masukkan sos ikan secukup rasa. tak payah banyak sangat sebab ikan masin dan sos tiram dah masin. siap.

ni dadih segera jer. tapi tambah hirisan mangga fresh jugak didalam. sungguh menyegarkan.

hari ni nak masak ape pulak?

(garu-garu kepala)

2 comments:

iLLy said...

masak ikan stim ngan kailan goreng sos tiram...

perghhh... layannn

nieda said...

sedapnya fara...