Pages

Thursday, 18 August 2011

bergossipin

semalam membelek mukabuku husband. terjumpalah sorang kawan dia ni, kahwin dua. lepas tu selamba saja letak gambar bini muda dalam mukabuku. sama folder dengan gambar bini lama pulak tuh.

gambar akad nikah, siap caption 'bini baru' lagi. hebak.

bini lama pakai tudung. muka sweet.

bini baru. muka penggoda, seksi, putih gebu. standard la tu kan. macam cerita-cerita melayu dalam tv. haha. kalau nak kahwin baru, mestilah cari yang improved version kan. barulah bangga upload dalam mukabuku. -___-"

cuba meletakkan i di dalam situasi, dan i adalah bini tua.

bila dah kahwin ni, kawan husband adalah kawan i, dan kawan i adalah kawan husband. di luar dan juga dalam mukabuku.

sungguh tak menjaga sensitiviti perasaan bini tua kalau husband i upload gambar bini muda dalam muka buku. dah la lagi hot!

tapi mungkin bini tua redha. nak dapat payung emas kat syurga katanya. huhu

i pon pernah cakap kat husband, i pon mungkin akan redha kalau,

1.dapat minicooper seketul (dulu murano, sekarang dah tukar)
2.duit ronggeng at least RM 3k sebulan (tu duit ronggeng jer tau, duit dapo, duit anak-anak lain tau)
3.rumah kinrara ni tukar nama i.

i redha bie! sungguh! dah la dapat payung emas kat syurga. kat dunia tak payah nak fikir pape.

susah senang ni kalau hidup bersama jer. kalau hidup bersama-sama-sama, takde maknenye nak susah! tak kuasa.

keh keh keh. cakap senang lah kan.

tapi orang yang kahwin dua ni memang kaya pon. gaji dia dah banyak, anak orang kenamaan pulak tu.

i yakin bini tu guna konsep yang sama dengan i. gahaha

so, kepada sesiapa yang terlibat dalam cerita ni, kalau rase-rase macam boleh nak sediakan 3 benda diatas baru boleh pikir nak melangkah lebih jauh. tu pon kalau yakin tak kene sunnat buat kali kedua.

sekian.

6 comments:

Ezzah said...

ahahahahaha....x sangguuuuppp izah tau kalo lagu tuuuu..biar offer gapo punnn...kekgi dok terbayang-bayang plok dia atas katil dgn bini lain! issssssssshhh.. :P

mrs.spicy said...

hahaha..kalau takde pilihan terpaksa jugak so i nak 3 benda tuh. hahahah..tapi mestilah mntak jauhhh..tanakkk

kiranajoe said...

konsep kita sama laa..i pon selalu royak ke hubby gitu jugok.janji bulan2 i blh gi soping.u nok kawin gak, ikut u la..tapiiiii, dia ckp, takpe la yang, sorang ni pun xterlayan.miahahaha.

Anonymous said...

I loike. Huhuhu

Kasih Firdaus said...

hahahahah...betul la...nak pegang payung emas kt syurga lambat la jugak..apa kata tunai kan yg kt dunia duni yer....

NenekPenne said...

nak dapat payung mas tak boleh berdetik sedikit pun rasa dengki dan sebagainya dalam hati...

ianya tidak semudah yang disangkakan...

farah...jangan sekali2 sebut u rela kalau u punya bie kahwin dua... jangan cakap...cakap itu seumpama doa...

bila kita tak dapat, kita boleh cakap nak itu dan ini tapi bila dah dapat, ketenangan hati tu lebih penting dari segala harta..

my ex pun cakap mcm tu, yang dah ada ni pun tak terlayan sekali tup tup menggatal dan kahwin lain dan i diceraikan...