Pages

Monday, 15 August 2011

berbuka puasa bersama adik beradik

semalam ajak along ngan pok we berbuka sama-sama kat rumah.


so boleh la berjumpa ngan budak kecik ni

baru seminggu tak jumpa dah lain sangat rayyan. dah jadi budak adorable yang sungguh sedap digomol. dah la bau baby lagi. dah la die suka digomol. kalau kiss banyak-banyak kali pon die sengih jer. hololaaa..comeiii.


menu semalam: tomyam udang, siakap 3 rasa, puding, telur dadar.


lama rasa tak masak siakap 3 rasa.


puding jagung makan dengan sos custard. resepi amik ngan jiran, tapi die dah expert masak so main campak-campak takde sukatan betul. so i kene ber-eksperimentasi sendiri. puding jagung terlembik sikit. tapi menjadi pujaan ramai jugak. nanti kene tambah tepung custard lagi. bila dah perfect baru boleh bagi sifu rasa. hehe. tunggu yer sifu.hehe=P


yang di atas adalah menu yang dimasak lah. yang pok we ngan abang helmi beli, air kelapa, air tebu, popia basah, buah melaka, burger malaysia. i dah lama terasa nak makan burger malaysia sebenarnya, so macam tak sabar nak makan burger malasia. sekali bila makan roti tu mentah kat dalam. boleh?

burger malaysia kan roti tu memang kita hiris nak masuk sambal and timun. so penjual tu memang tahu lah roti tu mentah. lagi nak jual bagi orang makan. berdosa jer bulan-bulan puasa ni bagi orang makanan macam tu. frust! tak pasal-pasal sekarang mengidam burger malasia inti sambal manis. nak googel resepi buat sendiri lah.

budak kecik dan binatang-binatang peliharaannya.



5 comments:

alyyani said...

ha'ah la, comel rayyan. mcm maryam pun ada. bole? :p yeay, dah ada rubber duck!

NenekPenne said...

kan dah cakap peniaga kat PARAM tu penipu...buat apa beli lagi..dah farah, buat je lah sendiri..farah kan rajin masak..dan makan...ngeeee....

zailamohamad said...

rambut Ashraf bebab pon halus mace rambut kakak Maryam gok..comel..comel..comel..

LiTtLe^m3 said...

jadik jek tu.. kitaorg mmg suka pudingnya lembut skit. baru ngam nk mkn kuahnya tu :) bagus2 anak murid cuba jaya ye :)

Lady Windsor said...

amboii maryam lekanya dengan itik palsu tu..cer minta dengan mummy awak itik betul, dia bagi tak...hihi