Pages

Tuesday, 16 August 2011

berbuka di rebung

hai! ni maryam lagi. ummi macam malas jer. biar maryam lah yang ganti. semalam maryam pergi keluar bukak puasa dengan kawan-kawan ofis walid. ikut ran

cangan awal 5-6 orang lah jugak yang join. tapi tengok-tengok sorang pergi outstation kerteh, sorang pergi miri, sorang pergi kk, dan yang paling tak tahan sorang kene jaga anak sedara? isk. isk. so tinggallah walid dengan uncle gad jer. nasib baik maryam ngan ummi ade. ramai lah sikit. wife uncle gad ade majlis bukak puasa jugak kat ofis die, so die tak boleh ikut. anak-anak uncle gad semua kat rumah tak bawak. frust ummi, sebab ummi suka kacau abang aizat.



sebab rancangan nak berbuka ni dah lama plan so mereka on jer walaupon tinggal 2 orang. lagipon walid nak test superbike baru uncle gad. mahal dia beli. 13ok. takpelah dia kaya, nak beli ape pon boleh. huhu. maryam tengok walid test superbike uncle gad. hansem jugak walid atas superbike. ehem walid, tak tergode ke? huhu

ni saya muka noti
ni saya muka lapar. semua food nampak sedap. tapi ummi tak suap pon maryam


ni muka tak sabar nak terkam sudu garpu

ni ummi saya.

muka ummi pucat habis kan. macam orang sakit jer uncle gad kata. haha. natural beauty ummi cakap. mekap satu titik pon tak pakai. ummi cakap die malas.-___-"

lagipon ni la muka ummi kalau lapar campor penat. bf sambil berpuasa sambil jaga saya ni mencabar keimanan betul ummi cakap. selalu ponat. tapi ummi cakap die hairan kenapa orang jaga anak kurus ummi tak kurus-kurus?


ni pulak walid saya


ni lah uncle gad. available lagi 3 seat. haha


atuk chef ismail dukung saya lah!


tengok la muka saya dah ngantuk. huhu


akhirnya saya tertido atas walid



ni jer food yang ummi sempat ambik. haha

orang lain sibuk serang kuih muih, ummi tumpang kuih walid jer pastu terus serang kerabu dan nasi ulam.

ummi cakap food kat sini tak banyak pon. makanan selera kampung. ummi sukalah. dessert yang dia dok ulang-ulang makan serawa durian ngan kuih sagu. setap. ummi cakap food kat sini tak banayk tapi setiap food yang ummi makan tuh puas hati rasa dia. kenalah ngan selera ummi. kerabu, asam pedas, masak tempoyak, daging salai, ikan bakar biasa-biasa jer tapi air asam dan kuah kicap dia sedap, bubur lambuk sedap. wahh banyak nye ummi makan. tak banayk pon food dia so tak rambang mata pon. ummi suka, takde lah ummimemaksa diri nak makan banyak-banyak. tapi harga dia boleh tahan jugak. rm 60. mahal untuk pilihan yang tak berapa banyak tapi sebab semua food adalah kene dengan selera ummi, so ummi cakap rasa macam berbaloi jer.

lagipon tempat dia senang nak bf maryam (penting ni), environment restoren tu macam pergi kenduri rumah chef ismail jer. santai sangat, tak serabut ngan orang ramai dan ramah sangat chef ismail tuh. ramai jugak muka-muka pelakon lama yang ade kat situ malam tu. ras adiba pon ade.

walaupon membuffet tapi ummi berjaya lagilah menahan nafsu. maybe sebab pilihan tak banyak. so balik takdelah kenyang giler, tapi makan banyak lah dari hari-hari biasa.


4 comments:

Lady Windsor said...

waahh maryam lucky kena dukung dengan atuk chef tu..len kali cakap kat atuk chef, maryam nak ikut dia pi london, biar maryam jadi maskot restoran atuk chef kat london...nanti ummi maryam juga yang untung..

Lady Windsor said...

waahh maryam lucky kena dukung dengan atuk chef tu..len kali cakap kat atuk chef, maryam nak ikut dia pi london, biar maryam jadi maskot restoran atuk chef kat london...nanti ummi maryam juga yang untung..

etiey.com said...

geram mak cik tengok maryam ni. farahh nape lain benar muka awak? rasa sebelum peknen dulu dulu lain mukanya ececceccece makin lawa lah

♥MAMASYAZA♥ said...

mmg geram tgk muka maryam, aunty cubit sikit bolehhh..??
sedap tu ada asam pedas ngan ikan bakar