Pages

Friday, 1 July 2011

semua benda nak excited!

sangat senang nak buat saya teruja. sebab saya adalah orang yang teruja dengan semua benda. haha

bila maryam masuk jer 6 bulan saya lah orang yang paling teruja di dunia. tak sabar-sabar nak masakkan maryam food. tak sabar-sabar nak tahu ape dia suka, ape yang dia tak suka. tak sabar-sabar nak tahu reaksi dia makan.

setiap kali suap dia makan saya akan teruja. sebab budak-budak biasalah. banyak peel. dia tak nak makan makanan saya buat, tutup mulut rapat-rapat. sedikit pon saya tak frust. malahan sungguh lah teruja tengok riaksi dia reject makanan.

dia geleng-geleng kepala bila dah tak nak. sekali lagi saya teruja.

dia suka carrot sampai ternganga ikut sudu lagi lah saya teruja. macam nak suap carrot hari-hari. haha. over. oren anak aku nanti.=p

semalam saya bagi dia bubur nasi. first time bagi dia try nasi. suka bukan main. mula-mula jual mahal. jilat-jilat. penat saya nyanyi-nyanyi buat bunyi kapal terbang suruh bukak mulut kapal terbang nak masuk. dia tak nak bukak jugak. still nak jilat-jilat. lepas rasa 2,3 kali baru nganga luas-luas.

Photobucket
malas nak layan ummi. saya pon tak se-excited ummi

memang pon. dia kalau time makan macam muka kene paksa makan jer. mulut bukak. tapi muka tak happy.

Photobucket
nasi carrot 

Photobucket
bihun bandung untuk orang-orang tua. maryam sila jangan jeles.

13 comments:

molliesa said...

awww..saye nampak bcg dia! nice capture lah ummi!!

Dong, Dia & Azra said...

Farah, leh gantikan ikan bilis dengan ikan segar. Bilis tak bagus. Tak begitu hygiene dan entah2 ada garam kita tatau.

mrs.spicy said...

molliesa: tq. tapi walid yang amik gambar. heheh

dong: ok. noted. tq2

Ara Zainal said...

hahaha pandai maryam pose (:

~LIZA~ said...

makin comel maryam ni :)

~~zaa~~ said...

bakpo la maryam ni gebussss sangat!!!!????gere wehhhh!!!!

maya amir said...

mommy ni..die sorang jek nak makan bihun..bak sini sket;p

gee ryder said...

saya nak makan meehoon bandung jugakla ummi.
mane aci makan bubur jer :p

ederq said...

eh sedapnya mihun bandunggg!
ehh ummi walid la pulok? hehe

Intan & The Boys said...

baru lepas 2 hari takde bw, terkejut tetiba dah tukar panggilan ummi-walid. wahhh!!!

mamalieyna said...

alolo..pose menggoda betoiii..geram..eeiii... ^_^

sedap eh ummi masak?

nieda said...

kalau farah masak selalu buat i terliur

♥MAMASYAZA♥ said...

teruja tgk bihun bandung tu