Pages

Sunday, 3 July 2011

perkara menggembirakan housewife

sabtu lepas pergi prince court, checkup and jab untuk 6 bulan. saya tak pernah menghafal nama-nama injection ni. sebab semua yang tersenarai samaada yang wajib ataupon optional, atas nasihat doctor semua kami ambik. heheh. yang tak cover insurans pon ambik jer. sebab rasa bersalah jer kalau tak ambik. rotavirus 2 bulan lepas kut ambik (saya ibu pelupa!). tapi tengok bila dia bagi nampak banyak keluar dari yang masuk. huhu

Photobucket

Photobucket

Photobucket



dia dah boleh duduk untuk beberapa saat. pinggang dah kuat. tapi dia yang tak nak. kejap jer ni. nanti dia sendiri akan jatuh kan badan dia ke belakang. so kena lah tahan

doktor maryam dari awal-awal dulu lagi tak bagi lelak maryam dalam ape-ape yang membataskan pergerakan dia. biar jer dia bergolek-golek. jangan belikan dia walker, jangan belikan bumbo chair, jangan letak tempat sempit. biar jer dia bebas. dengan kata lain beli tikar je kat maryam ni. biar dia bergolek-golek main toys atas tikar.

sekarang maryam dah boleh bergerak heret dada ke arah benda and grab benda tu sendiri. dengan syarat benda tu jarak dia kurang dari 2 kaki. kalau jauh sangat dia malas. hehe

Photobucket
sekarang doctor suruh latih dia duduk. biar jer dia duduk posisi ni. kalau dia support badan dia ngan tangan pon tak pe. lama-lama dia confident lah.

Photobucket
maryam kalau dok ngan ummi nampak kecik jer. heheh. ke ummi yang besar



Photobucketmemanjang dengan jaya nya budak ni. cepat jer.

Photobucket
berat dia turun 200g, tapi tinggi bertambah banyak. padan lah ummi rase maryam ni mengurus.

doctor cakap normal berat turun awal-awal belajar makan.

Photobucket



Photobucket
ni memang dah hobby dia.

perkembangan maryam sangat bagus kata doctor. dia baby yang happy. berat bagus tinggi bagus. kulit bagus. aktif. minat nak belajar yang tinggi. doctor belek-belek dia punya lampin, kulit maryam sangat cantik. doctor pon tanya,

" sapa jaga maryam ni? mama kerja tinggal ngan siapa?"

" saya tak kerja. so saya jaga sendiri jer"

"owh padan lah. kita boleh nampak beza. perkembangan dia sangat positif"

(kalau dia puji bab kulit sebenarnya bukan sebab i pandai jaga pon. maryam memang tak sensitif kulit dia. huhu) kalau pasal perkembangan lain alhamdulillah.

sebenarnya setiap kali check up pon dia tanya siapa yang jaga maryam. setiap kali tu jugak i jawab tak kerja. and setiap kali tu jugak dia kan cakap macam tu.

huhu.

walaupon setiap kali check up dengar benda sama, ianya amat menggembirakan hati i.

nak bodek pon tak pe. tak kisah.

sangat memuaskan hati.

sangat melegakan hati.

dan boleh buat penyedap hati bila masa-masa down.

sometimes bila husband kita tak layan kita sebagaimana kita harapkan, bila kawan-kawan kita bergurau yang menusuk kalbu, bila orang sekeliling kita memandang rendah sebab kita tak kerja, bila family kita tak menyokong apa yang kita buat, atau apa-apa saja yang menjatuhkan semangat i, benda-benda kecik macam ni sangat membantu.

bila doktor cakap macam tu dah cukup buat i happy dan puas hati.

biarlah i susah, biarlah tak bagus untuk masa depan i, biarlah i membazir masa sendiri, asalkan benda ni bagus untuk maryam.

susah, sentap, sedih, rasa tak dihargai, rasa tak penting, rasa rendah diri, rasa ketinggalan, rasa ditinggalkan tuh tak pe. MOJ!

7 comments:

gee ryder said...

jaga anak sendiri memang senang hati.
kalau orang lain jaga asik susah hati jer huhu...
good girl maryam. progress yg +ve :)

nieda said...

sangat comel pic ibu dan anak...

ramai kt luar sana jeles tak dapat jadi fulltime housewife sebenarnya..bersyukur kita dapat melihat setiap momen terindah anak

alyyani said...

tebalik dgn kitorg. doktor tanya duduk nursery eh? kitorg angguk. dia oooo hahah... terus tambah supplement vitamin. maryam mmg kulit dia cantik. adel lak selalu naik heat rashes. tak leh panas langsung.

NenekPenne said...

rasa rendah diri sebab tak kerja? compare dgn kawan yang kerja?
actually kawan yang bekerja mcm i ker siapa2lah sebenarnya jangan look down pada mereka yang tak bekerja tapi dok jaga anak kat rumah..

u boleh jaga anak kat rumah tapi make sure u keep urself update...baca buku, baca suratkhabar, surf internet and much more

tapi i kenalah kerja kan, kalau tak kerja siapa nak tanggung makan minum i dan segala keperluan i yang gila tu...

oh btw maryam comelllll.....

ederq said...

i jeles. i nak duduk rumah jaga eisya jugakkkkkk :(

♥MAMASYAZA♥ said...

rasa puas hati kalo dpt jaga anak sendiri. biarlah apa org nak ckp, yg penting kita tau apa yg kita buat n kita puas hati...thats enough

apapun...maryam mmg cute...gerammmm sgt tengok dia

Ara Zainal said...

ala jangan la rasa down sebab tak keje. i pun klu bole tanak keje pas kawen and ada bby. nak jaga sendiri mcm awk jaga maryam.. baru puas hati. kan kan sep sikit! (: